Warning: fopen(/tmp/a6c400b78d75e062f70f89982ca37a3f-DrPKSC.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/a6c400b78d75e062f70f89982ca37a3f-DrPKSC.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Nasi Ayam Madu Terlajak Sedap. Senang Dan Simple Je Bahannya!

0 1,830

Resepi nasi ayam madu boleh dikatakan kegemaran semua orang. Memang antara nasi berperisa yang paling banyak orang buat. Kalau nasinya tu dimasak lembut, dan ayam pula cukup lengkap rasa dia, boleh buatkan kita makan bertambah-tambah.

Nasi ayam ni rasanya memang istimewa. Kesedapan nasi ayam boleh dikatakan terletak pada perapan ayamnya tu sebelum digoreng. Jadi amat penting nak sediakan bahan perapan ayam yang sedap dan cukup rasa.

Nasinya pula dimasak dengan bahan tumis rempah yang menaikkan lagi selera. Aroma nasinya tu memang sedap dimakan dengan ayam goreng yang lepas diperap. Lepas tu makan pula dengan sup. Kalau buat nasi ayam time hujung minggu, memang anak-anak berulang-ulang makan nasi kat dapur.

Perkongsian kali ni ialah nasi ayam madu oleh Muliadi Ramli yang menggunakan beras basmathi yang sedap dan menyelerakan. Ayamnya pun cantik berkilat dan warnanya membangkitkan lagi selera.

Resepi yang disediakan bukan sahaja nasi dan ayam, ada juga cara buat sambal cili dan kicap hitam yang diambil dari kuah perapan ayam tadi dan juga sup. Jom kita lihat resepinya.

 

RESEPI NASI AYAM MADU

Untuk resepi ni menggunakan seekor ayam. Namun untuk nasi, kalau tak nak guna beras basmathi pun terpulang nak guna jenis beras apa dan berapa banyak yang anda inginkan. Ikut cara masak beras biasa anda masak.

Bahan-bahan utama yang diperlukan:
  • Bawang putih 1 labu
  • Halia 5 inci (sebaiknya halia muda)
  • Ayam 1 ekor yang dipotong 4
  • 2 kiub ayam
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Kicap cair
  • Madu
  • Daun pandan 2 helai
  • Rempah 4 sekawan
  • Mentega 2 sudu besar
  • Serai 2 batang
  • Beras basmathi
  • Serbuk kunyit
  • Garam

Bahan-bahan untuk sambal cili:
  • Cili merah 4 biji
  • Cili api 10 biji
  • Cuka makan 1 sudu besar
  • Garam dan gula

 

Bahan-bahan untuk sup:
  • Kentang
  • Sup bunjut
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Garam

 

Cara masak nasi ayam madu:

▶️ Untuk bahan utama di atas iaitu 1 labu bawang putih dan 5 inci halia, ianya akan ditumbuk halus dan kemudian akan dibahagikan kepada 4 bahagian.

▶️ 1 bahagian darinya akan digunakan untuk rebusan ayam, 1 bahagian untuk perapan ayam, 1 bahagian untuk sambal cili dan 1 bahagian lagi untuk nasi.

▶️Jadi, untuk perapan ayam, ambil 1 bahagian bawang dan halia dikisar tu, kemudian sapukan pada ayam yang dah dipotong 4, dan rebus ayam tersebut.

▶️ Masukkan 1 kiub ayam dan rebus sehingga empuk dan masak.

▶️Selepas dah siap direbus, keluarkan ayam dan biarkan sejuk sekejap. Simpan air rebusan ayam tu.

▶️ Kemudian perap ayam dengan 1 lagi bahagian bawang putih dan halia yang dah dikisar tadi. Campurkan sekali sos tiram, kicap manis dan kicap cair. Boleh agak-agak kuantitinya.

▶️ Selepas dan perap, gorengkan ayam dengan api yang sederhana. Jangan masak api besar supaya ayam lembab di dalam dan garing di luar.

▶️ Selepas dah goreng, angkat dan toskan minyak. Selepas tu sapukan ayam dengan madu.

▶️ Potong kecil-kecil dan sedia dihidangkan nanti dengan nasi ayam.

▶️ Seterusnya masak nasi pula. Panaskan periuk elektrik dan masukkan mentega 2 sudu besar ke dalamnya.

▶️ Bila dah cair mentega, masukkan daun pandan 2 helai, 4 sekawan dan 2 batang serai yang diketuk. Kacau sebati.

▶️ Kemudian masukkan beras basmathi (yang dah siap direndam ½ jam dan ditos). Dan masukkan bersama 1 lagi bahagian bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi.

▶️ Kacau beras dan bahan-bahan lain bagi sekata, kemudian masukkan air rebusan ayam ikut sukatan beras anda.

▶️ Masukkan pula 1 kiub ayam, serbuk kunyit sedikit, dan garam secukup rasa. Tanak nasi seperti biasa sehingga masak.

▶️ Seterusnya sediakan sambal cili. Mudah je. Ambil 1 lagi bahagian bawang putih dan halia yang ditumbuk tu, dengan cili merah, cili api, 1 sudu cuka makan, gula dan garam secukup rasa.

▶️ Kemudian kisarkan kesemuanya sehingga hancur.

▶️ Dan masakkan atas api yang kecil sehingga masak dan mendidih. Dah siap sambal cili.

▶️ Untuk sambal kicap pula, ambil lebihan air perapan ayam tadi, dan campurkan dengan kicap lemak manis, garam dan gula ikut citarasa masing-masing. Boleh agak-agak pekat dan manisnya.

▶️ Akhir sekali untuk penyediaan sup. Gunakan tulang ayam dan kaki ayam.

▶️ Tapis air rebusan ayam pada awal-awal tadi, kemudian campurkan dengan air biasa. Masukkan tulang ayam, kaki ayam, kentang dan sup bunjut.

▶️ Didihkan seperti masak sup biasa dan perasakan dengan garam. Akhir sekali taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Dah siap supnya.

Boleh hidangkan semua sekali dengan sayuran seperti timun, salad dan tomato.

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Daging Air Asam Utara. Kuah Air Asam Yang Padu, Sedap Bila Digaulkan Dengan Nasi!

 

Memang betul-betul menyelerakan kalau dibuat makan tengah hari. Bila tengok resepi ni nampak macam nasi ayam yang macam biasa dimasak, namun lepas sapu je dengan madu, terus nampak mewah dan sangat istimewa hidangan nasi ayam kita.

Kemanisan madu tu pun nampak cantik dan sedap lepas disapu dengan ayam goreng yang garing di luar dan juicy di dalam. Sesuai sangat kalau nak buat hidangan untuk keluarga dan tetamu.

Nanti jangan lupa membuatnya! Kongsikan resepi resepi nasi ayam madu ni di wall anda supaya dapat manfaatnya bersama. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.