Segalanya Tentang Makan..

Resepi Nasi Daging Utara Sedap Wangi, Makan Dengan Air Asam Kerisik Serius Padu Rasanya!

0 1,490

Siapa suka makan nasi daging, bolehlah anda cuba resepi ni. Nasi daging utara ni sebenarnya juadah yang sedap dan simple. Cukup dengan nasi, daging dan supnya yang dimasak sekali lalu. Lepas tu hidangkan dengan air asam kerisik yang mudah je untuk disediakan.

Antara sebab kenapa nasi daging ni sedap ialah sebab aroma rempahnya. Nasi daging ni ada rempahnya sendiri. Tapi kalau tak jumpa pun boleh guna rempah kurma dan rempah serbuk sup adabi. Serius sedap dan wangi.

Daging pun anda boleh pilih nak masak bahagian daging yang mana ikut selera sendiri. Sama ada isi, tulang, ekor, atau daging harimau menangis. Lepas rebus, masukkan sekali dalam bahan tumisan nasi. Menusuk baunya lepas je nasi masak.

Sebab tu kalau makan nasi daging ni memang tak pandang makanan lain lagi dah. Kalau anda nak cuba masak nasi daging hujung minggu ni, jom ikut perkongsian resepi dari Muhammad Ismail Mohd Ali.

Resepi beliau dipanggil nasi daging utara. Lihat resepi air asam kerisik pun boleh buat terliur. Gaul pula dengan nasi daging, fuhh cukup padu rasanya.

 

RESEPI NASI DAGING UTARA

Kalau buat nasi berperisa seperti nasi daging ni lagi sedap kalau gunakan beras basmathi. Hidangan lebih cantik, dan rasanya pun lembut dan sedap. Namun kalau anda nak gunakan beras biasa pun boleh juga. Ikut sukatan beras masing-masing.

Bahan-bahannya:
  • 1 kilo daging (rebus dan potong)
Bahan sup:
  • Ekor lembu dan daging harimau menangis
  • Akar daun sup, daun bawang dan daun ketumbar
  • 7 biji bawang kecil
  • 7 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • 2 perencah sup adabi
  • 2 sup bunjut
Cara masak sup:

▶️ Tumis kesemua bahan di atas. Kemudian masukkan air.

▶️ Masak sampai daging lembut.

▶️ Air daging akan digunakan masa masak nasi nanti.

Bahan nasi:
  • 1 kilo beras basmathi (rendam dulu 30 minit, kemudian toskan)
Bahan rempah:
  • Bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis (4 sekawan)
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • Minyak masak
  • ½ tin susu cair
  • 1 helai daun pandan
  • 3 sudu besar rempah nasi daging (kalau tak ada, guna serba satu rempah kurma dan rempah sup adabi pek kecil)
Bahan hiris:
  • 7 biji bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • Halia besar ibu jari
Cara masak nasi:

▶️ Mula-mula panaskan minyak sapi dan minyak masak.

▶️ Lepas tu masukkan 4 sekawan, daun pandan disimpul dan bahan hiris. Tumis sehingga naik bau wangi.

▶️ Masukkan rempah nasi daging dan kacau rata.

▶️ Lepas dah naik bau rempah, masukkan pula air dan kacau lagi sampai pecah minyak.

▶️ Masukkan beras yang telah direndam dan ditos tadi. Kacau rata.

▶️ Masukkan daging, air rebusan daging dan susu cair. Campur kesemuanya ikut ukuran sukatan beras anda.

▶️ Kemudian pindahkan ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.

▶️ Kalau anda masak kat dapur gas, perlu jaga api elok-elok supaya tak hangit.

▶️ Lepas je nasi dah masak, boleh kacau perlahan-lahan supaya nasi tak hancur/putus.

RESEPI AIR ASAM KERISIK

Bahan kisar:
  • 10 tangkai cili merah
  • 10 tangkai cili padi (campur warna merah dan hijau)
  • Belacan ikut suka (dibakar untuk bagi wangi)
  • Garam secukup rasa
  • Gula 2 sudu besar
Bahan lain:
  • 3 biji tomato kurang masak (hiris nipis-nipis)
  • 10 biji bawang kecil (belah 2 dan hiris nipis)
  • 2 sudu kerisik
  • Asam jawa ikut citarasa

Cara buat air asam kerisik:

▶️ Sediakan mangkuk. Campurkan bahan kisar dan bahan yang dihiris.

▶️ Kemudian masukkan air asam jawa. Gaulkan sebati.

▶️ Dah siap. Hidangkan dengan nasi daging dan sup.

 

BACA JUGA: Rindu Nak Makan Nasi Minyak Kenduri Dan Daging Masak Hitam. Jom Buat Sendiri Ikut Resepi Mudah Ni.

 

Kalau dapat buat hidangan nasi daging ni, puas makan sekeluarga. Menu macam ni sesuai hidangkan untuk tetamu sekali.

Nak buat pun tak susah sebenarnya. Sebab lauknya dikira sup dan daging tu je. Lepas tu buat air asam yang tak perlu dimasak pun. Hanya gaul dalam mangkuk je.

Hujung minggu ni kalau tak tahu nak buat masakan special apa, bolehlah buat nasi daging utara sedap dan wangi beraroma ni. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.