Segalanya Tentang Makan..

Resepi Nasi Lemuni Sedap Dan Menyelerakan. Boleh Jadi Hidangan Special Pada Hujung Minggu!

0 6,299

Pernah dengar tak nasi lemuni? Orang belah KL dan selatan negara memang jarang dengar sebab nasi lemuni ni terkenal kat belah utara. Banyak dah orang share kan resepi nasi lemuni sedap dan penuh berkhasiat ni.

Lemuni ni sejenis daun herba yang berwarna ungu dan hijau yang penuh dengan khasiat. Kalau dimasukkan dalam masakan terutamanya nasi, memang memberikan kelainan. Bak kata orang, seenak nasi lemak yang lagi wangi dan naik aroma dia.

Cara penyediaan nasi lemuni ni memang macam buat nasi lemak. Nasi dimasak dengan santan, dan ada hidangan sambalnya, ikan bilis, kacang dan telur. Cuma nasinya ditambah dengan daun herba lemuni. Kalau anda tak kenal daunnya, boleh cuba google dan lihat banyak contohnya.

Bila siap dimasak, nasi tu akan jadi warna kelabu dan wangi. Kalau dimasak dengan beras yang menghasilkan nasi yang lembut, memang betul-betul cantik terhidang. Bukan sahaja sesuai untuk makan sarapan pagi je, nak buat hidangan special buat tetamu pun sesuai sangat.

Resepi nasi lemuni sedap dan menyelerakan ni ada dikongsikan oleh seorang pengguna FB, Puan Balkhais Rifaie. Bukan sahaja nasi lemuni, disediakan sekali resepi sambal tumis untuk dihidangkan bersama. Jom kita lihat resepinya.

 

RESEPI NASI LEMUNI

Sukatan resepi ni ialah untuk 2 cawan beras. Kalau anda nak masak lebih, boleh agak-agak sukatan yang sesuai terutama bahagian santan dan air. Boleh guna sukatan yang anda biasa masak nasi lemak mengikut beras yang dimasak.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Beras 2 cawan
  • Santan 3 cawan
  • Daun lemuni segenggam
  • Sedikit halia yang dihiris
  • Bawang merah 2 ulas atau ½ biji bawang besar yang dihiris
  • Bawang putih 2 ulas juga dihiris
  • Halba kuning sedikit
  • Daun pandan yang dah siap disimpul
  • Garam secukup rasa

Cara masak nasi lemuni:

▶️ Mula-mula kisar halus daun lemuni dengan secawan santan. Lepas kisar tapiskan.

▶️ Kemudian masukkan kesemua bahan di atas, dan masak sehingga air dan santan kering.

▶️ Lepas tu perlahankan api dan biarkan sehingga nasi masak.

▶️ (Ini guna teknik masak di dapur. Boleh juga masak di periuk nasi seperti biasa)

▶️ Seterusnya sediakan sambal tumis.

 

Bahan-bahan untuk sambal tumis:
  • Cili kisar 1 mangkuk kecil (kisarkan cili dengan sedikit belacan)
  • Air asam jawa 1 mangkuk kecil
  • Bawang besar 1 mangkuk kecil yang dikisar (boleh lebihkan bawang kalau cili kisar terlalu pedas)
  • Garam dan gula secukup rasa
Kredit: fivefootfivesg.blogpsot
Cara masak sambal tumis:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan cili kisar. Kacau rata dan tumis dalam 10 minit.

▶️ Seterusnya masukkan bawang kisar, air asam jawa, garam dan gula.

▶️ Terus menumis sehingga masak dan hampir pekat.

▶️ Boleh rasa masam, manis dan masin. Boleh tambah apa yang kurang.

▶️ Dah siap boleh padamkan api.

Kredit: KNizam Artwerk

Hidangkan nasi lemuni dan sambal tumis ni dengan hidangan sampingan lain seperti telur rebus atau telur goreng, kacang, ikan bilis dan timun.

Kalau nak sediakan nasi lemuni berlauk, boleh hidangkan dengan ayam rendang, daging, ayam berempah, paru dan sebagainya. Kombinasi nasi lemuni ni dengan lauk-pauk yang pelbagai memang boleh membuatkan masakan tu lagi special.

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Ayam Madu Terlajak Sedap. Senang Dan Simple Je Bahannya!

 

Untuk pengetahuan, daun lemuni ni pun mempengaruhi warna nasi kita juga. Kalau nak buatkan warna yang lembut dan cair sikit, boleh masukkan daun lemuni warna hijau.

Begitu juga sebaliknya untuk daun lemuni warna ungu. Warna sedikit berlainan tapi rasanya masih sama dan wangi juga.

Bagi anda yang nak rasakan kelainan, bolehlah cuba resepi nasi lemuni sedap dan wangi aromanya ni. Boleh sesekali ubah selera. Jangan lupa kongsikan resepi ni di Facebook anda supaya nanti senang nak rujuk semula. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://tigaprediksi.com/

https://armynavysuperstores.com/

https://dutawarta.com/

https://woaynews.com/

https://pupwb.org/

https://haraznews.com/

https://toysmatrix.com/wp-includes/slot-gacor/

https://girimenangnews.com/

https://geprekbensuindonesia.com/

https://everythinginclick.com/wp-content/uploads/slot-bonus/

https://caraslot.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.casablancahire.com/blogs/wp-includes/slot-bonus/

https://www.genesiscalbeautystudio.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.hookdonthehudson.com/

https://bimbelruangprestasi.com/wp-includes/slot-bonus/

https://thenews100.com/

https://expertautokool.ee/wp-includes/slot-bonus/

https://www.padslakecounty.org/wp-content/uploads/rekomendasi-situs-slot-gacor-gampang-menang/

https://broichconstruction.com/

https://rapbooster.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.karotuto.fr/wp-includes/slot-bonus/

https://hastshilpchennai.com/wp-includes/slot-nexus/

https://www.fincaelpinero.com/wp-includes/slot-nexus/

https://www.barberdepot.nl/wp-includes/slot-gacor/

https://infobiliaria.es/wp-includes/slot-bonus/

https://www.hinterlaces.com/wp-includes/slot-gacor/

https://hastshilpchennai.com/wp-includes/slot-bet-200/

https://diarioevolutiva.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.teesdreams.com/wp-includes/slot-bonus/

https://virginprinting.com/wp-includes/slot-bonus/

https://hastshilpchennai.com/wp-includes/mahjong-ways/

https://dragonfly-retreat.com/wp-includes/slot-bonus-new-member/

https://profumeriafontanelli.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.periodico24.com/wp-includes/slot-bonus/

https://homesteadfibercrafts.com/slot-bonus/

https://bollywoodkanafusi.com/wp-includes/slot-bonus/

https://choicewaresproducts.com/wp-includes/slot-bonus/

slot bet kecil