Segalanya Tentang Makan..

Resepi Nasi Minyak Paling Senang. Sedap Makan Gitu Je Atau Makan Dengan Lauk Apa Pun.

0 917

Bagi yang suka nasi minyak, anda pernah cuba resepi ni? Nasi minyak ni sedap dengan aroma rempahnya. Ini antara resepi nasi minyak yang paling senang dan sedap. Bila makan dengan lauk apa pun memang kena je.

Istimewanya resepi yang dikongsikan oleh Fairuz Abu Hassan ni, nasi minyak ni ada bahan isi ayam di dalamnya. Kalau nak makan macam tu je sedap. Atau nak makan dengan lauk lain pun berselera juga.

Musim-musim pandemik yang tak ada kenduri ni bolehlah buat nasi minyak sendiri kat rumah. Dalam membuat nasi minyak ni biasanya memang ada bahan rempah dan buah kurma atau kismis. Memang kena kombinasinya.

Kali ni bila ada ayam pula yang ditumiskan sekali dalam bahan tumisan, bau nasi minyak ni lebih wangi. Kalau ada anak-anak kecil jenis susah nak makan, boleh buat hidangan ni untuk mereka sebab nasi dan ayam dimasak sekali.

Paling senang kalau anda dah masak nasi minyak ni dan nak makan simple-simple je kat rumah, bolehlah buat telur goreng ke, sambal tumis ke dan sebagainya sebagai lauk tambahan.

 

RESEPI NASI MINYAK PALING SENANG

Dalam resepi ni akan dimasukkan sikit serbuk kurma dan juga susu sejat untuk beri aroma wangi kurma dan rasa lebih berlemak. Itu yang buatkan nasi ni berperisa dan sedap kalau makan macam tu je.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Beras (bersihkan dan toskan)
  • 5 biji bawang merah (hiris halus)
  • 4 ulas bawang putih (hiris halus)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • ½ inci halia (hiris halus)
  • 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih – agak-agak je tapi jangan terlampau banyak sebab rasanya kuat)

  • 1 ½ sudu serbuk kurma (boleh agak-agak ikut beras anda)
  • ¼ tin susu cair sejat (kalau nak rasa lebih lemak, masukkan lebih sikit)
  • 5 biji kurma (buang biji dan pecah-pecahkan)
  • Isi ayam (nak letak bahagian tulang sekali pun boleh)

Cara masak nasi minyak senang:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Masukkan halia dan serai, dan tumis sehingga garing.

▶️ Masukkan bawang yang dihiris dan tumis juga lagi sehingga garing.

▶️ Kemudian masukkan 3 sekawan.

▶️ Masukkan ayam yang siap dipotong saiz sederhana.

▶️ Lepas tu masukkan buah kurma yang dah dibuang biji dan juga garam. Kacau sekata.

▶️ Masukkan serbuk kurma pula dan kacau sebati.

▶️ Masukkan susu sejat dan kacau. Bairkan sekejap.

▶️ Lepas tu masukkan beras dan sedikit lagi air. Boleh agak-agak sukatan air dengan beras anda.

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Minyak Teregganu Gulai Daging Sedap, Hidangan Yang Cukup Istimewa.

 

▶️ Biarkan sehingga nasi masak.

Dah siap nasi minyak simple dengan bahan-bahan yang senang je nak masak. Rasanya sedap dan menyelerakan.

Bahan tumisan buah kurma dan rencah-rencah lain buatkan rasa masin dan manisnya sekata. Lagipun tak cepat muak sebab ada bahan-bahan wangi beraroma.

Kadang-kadang muak juga kan makan nasi minyak yang sama je rupa dan rasanya. Tak rugi kalau cuba resepi ni sebab ini antara resepi nasi minyak yang paling senang, dan rasanya juga memukau. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.