Kalau masak nasi berperisa ni, bila dikukus tak perlu risau kalau nasi cepat basi. Tambah lagi nasinya tak akan lembik atau pun keras. Sedang elok je. Kalau anda nak cuba resepi nasi tomato kukus, jom ikut perkongsian resepi dari Zadariah Zakaria ni.
Kesedapan nasi tomato ni tak perlu disangkal lagi. Nasi tomato ni memang sedia kalanya sedap dan wangi. Bila dikukus, aromanya akan lebih terasa. Lagi bertambah sedap bila dihidangkan dengan ayam masak merah yang cukup menyelerakan.
Cara kukus nasi tomato ni menggunakan kaedah apollo. Kalau anda biasa dengar selalunya teknik kukus apollo ni sering dibuat di kenduri-kendara kawasan kampung. Lebih kepada ‘wap’ kan nasi dalam periuk pengukus.
Secara kaedahnya, beras akan dibasuh dan dimasukkan ke dalam loyang bersama dengan air tumisan bahan. Kemudian masukkan loyang ke dalam pengukus dan masak nasi seperti biasa.
Hasil nasi yang dikukus akan nampak cantik sebutir-sebutir. Kalau hidangkan semasa rumah terbuka atau kenduri memang sangat sesuai.
RESEPI NASI TOMATO KUKUS DAN AYAM MASAK MERAH
Nasi tomato ni memang tak kan lengkap tanpa ayam masak merah. Resepi ayam masak merah ni pun sungguh menyelerakan sebab berkuah. Dan uniknya resepi ni ialah dimasukkan jus lobak merah untuk warna lebih cantik dan rasa yang lebih mengancam.
Bahan-bahan nasi tomato kukus:
- 3 cawan beras basmathi (rendam 30 minit, basuh dan tos) – Kalau pakai beras biasa tak perlu rendam
- Bawang merah 1 ulas
- Bawang putih 1 ulas
- Halia 2 cm
*Ketiga-tiga bahan di atas ni ditumbuk
- 2 sudu besar minyak sapi atau marjerin
- 4 sekawan (tak perlu banyak)
- ½ tin tomato pure (resepi ni gunakan duChef tin 220 gram)
- 2 sudu makan gula (ikut citarasa)
- 1 sudu teh garam (ikut citarasa)
- Secubit aji (optional)
- 1/3 tin susu cair
- 2 ½ cawan air
- Daun pandan
Cara-caranya:
▶️ Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan 4 sekawan. Tumis sampai naik bau.
▶️ Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan tunggu sampai mendidih.
▶️ Masukkan beras yang dah dicuci dan ditoskan ke dalam loyang.
▶️ Tuangkan air tumisan tadi ke dalam loyang.
▶️ Kemudian kukus dalam periuk kukus selama 15 minit.
▶️ Selepas 15 minit, buka penutup dan gembur nasi.
▶️ Dan sambung semula kukus sehingga masak.
Bahan-bahan untuk ayam masak merah:
- Ayam 1 ekor (ambil bahagian yang digemari)
*Cuci bersih dan lumurkan serbuk kunyit dan garam untuk digoreng
- Bawang besar 3 labu
- Bawang putih 4 ulas
- Lengkuas 1 ruas
- Halia 1 ruas
- Serai 2 batang
*Kisar halus bahan-bahan di atas
- Rempah 4 sekawan
- Cili kisar 1 senduk kecil
- ½ tin tomato pure (baki yang digunakan untuk nasi tadi)
- Lobak merah 1 batang (kisar halus bersama air)
- Sos tomato 2 sudu makan
- Sos cili 1 sudu makan
- Gula perang 4 sudu makan (ikut citarasa snediri)
- Garam 1 sudu teh (ikut rasa)
- ½ sudu teh cukup rasa
- 1/3 tin susu cair
- Minyak untuk menumis
- Daun pandan
- Bawang besar 2 labu dipotong bulat (untuk dimasukkan akhir)
- Daun bawang (jika suka)
Cara masak ayam masak merah:
▶️ Goreng ayam tak perlu terlalu garing, kemudian ketepikan.
▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan 4 sekawan serta daun pandan. Tumis sampai naik bau.
▶️ Masukkan cili kisar, tomato pure, sos tomato dan sos cili.
▶️ Gaulkan sebati dan masak sampai terbit minyak.
▶️ Kemudian masukkan lobak merah yang dah dikisar (masuk semua sekali, jangan tapis).
▶️ Masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Kacau sekata.
▶️ Masukkan 1 cawan air kalau terlampau kering.
▶️ Renihkan sebentar, lepas tu masukkan susu cair dan perasa-perasa lain.
▶️ Masak sampai pecah minyak.
▶️ Kuah anda boleh adjust nak kepekatan macam mana atau banyak mana.
▶️ Akhir sekali masukkan bawang besar dipotong bulat dan juga daun bawang.
▶️ Dah siap boleh padamkan api.
Bahan-bahan jelatah timun:
- 1 batang timun
- 1 batang lobak merah
- 1 labu bawang besar
- 1 biji cili merah
*Potong ikut citarasa
- 1 sudu makan gula
- 2 cubit garam
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan cuka
Cara buat jelatah timun:
▶️ Satukan kesemuanya dan gaul sebati.
▶️ Kalau nak pedas boleh tambah cili padi.
▶️ Kalau suka nenas boleh masukkan.
BACA JUGA: Nasi Dagang Terengganu, Gulai Ikan Tongkol Pekat Padu. Sekali Buat Tak Puas Makan!
▶️ Sedia dihidangkan dengan nasi tomato kukus dan ayam masak merah.
Makan nasi kukus dengan kuah ayam masak merah ni memang bertambah sedap bila digaulkan bersama. Sebab nasi tak lembik atau keras dan masaknya sekata.
Hidangan nasi tomato akan jadi lengkap dengan adanya ayam masak merah dan jelatah timun untuk hidangan istimewa keluarga pada hujung minggu.
Resepi nasi tomato kukus ni boleh juga diguna pakai untuk masak nasi berperisa lain seperti nasi ayam, nasi minyak dan sebagainya. Bolehlah nanti anda mencubanya.