Segalanya Tentang Makan..

Dah Nak Raya. Jom Lihat Resepi Rendang Ayam Hari Raya Mudah Dah Terlajak Sedap Ni.

0 3,651

Menjelang pagi raya, salah satu menu wajib mesti ada ialah rendang, tak kira rendang ayam atau daging. Nak makan dengan lemang, ketupat atau nasi sekali pun, memang sedap makan dengan rendang ni. Apa kata simpan dulu beberapa resepi rendang yang boleh dibuat nanti, antaranya resepi rendang ayam hari raya yang mudah dan sedap ni.

Nanti malam raya boleh terus ready nak masak je. Rendang ni, lain tempat kadang-kadang tu lain cara masakannya. Ada yang jenis berkuah. Ada yang lebih banyak seladak. Rasanya pun berbeza bergantung pada bahan-bahan yang digunakan.

Ada kepelbagaian resepi ni sebenarnya best. Boleh bertukar selera dan nikmati rasa rendang yang berbeza. Kali ni saya nak kongsikan resepi rendang ayam yang mudah dan cepat untuk disediakan. Resepi rendang ni tak ada masukkan pelbagai rempah.

Bahannya jauh lebih simple tapi masih beri aroma yang wangi dek daun limau purut dan juga daun kunyit. Bila kuahnya rasa lebih berlemak dan wangi, lagi sedap kalau dilebihkan kuahnya. Tak perlu dimasak hingga kering.

Resepi rendang ayam yang sangat menyelerakan ni dikongsikan oleh Liza Idris. Menarik untuk dihidangkan di pagi raya nanti.

 

RESEPI RENDANG AYAM HARI RAYA MUDAH DAN SEDAP

Rendang ni sebenarnya ikut citarasa kita juga. Kalau anda lebih suka yang kering sikit, boleh masakkan atas dapur lebih lama. Janji rasa kuah atau seladaknya tu masih rasa kelazatan yang sama.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan kisar:
  • Bawang besar saiz sederhana 2 biji
  • Halia 3 inci
  • Lengkuas 2 inci
  • Kunyit 3 inci
  • Serai 2 batang
  • Cili merah 3 biji
  • Cili padi 3 biji
  • Buah keras 3 biji

 

Bahan-bahan lain:
  • Kerisik 2 sudu
  • Cili kering 3 sudu
  • Asam keping 3 keping
  • Daun limau purut 5 helai
  • Daun kunyit 3 helai
  • Santan kara ½ kotak
  • Garam 1 sudu
  • Gula 1 sudu

Cara masak rendang ayam simple hari raya:

▶️ Mula-mula kisar semua bahan kisar. Potong kecil-kecil dulu kesemuanya sebelum dikisar.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali. Kalau masukkan minyak yang banyak lagi sedap.

▶️ Dan masukkan bahan yang dah dikisar tadi.

▶️ Tumis sehingga naik bau.

▶️ Kemudian masukkan cili kering dan juga daun limau purut. Tumis lagi sehingga pecah minyak dan warna bertukar lebih pekat.

▶️ Lepas tu masukkan ayam dan gaul sebati. Bairkan mendidih, sambil tu boleh balik-balikkan ayam tu.

▶️ Terus biarkan sehingga ayam kecut dan masak elok macam dalam gambar.

▶️ Kemudian masukkan santan kotak kara. Kalau nak masukkan santan pekat asli pun boleh juga.

▶️ Masukkan juga asam keping. Kacau sebati.

▶️ Lepas tu masukkan kerisik dan kacau sebati.

▶️ Perasakan dengan garam dan gula. Kalau ada gula merah, boleh masukkan gula merah. Rasanya lebih sedap.

▶️ Dan akhir sekali taburkan daun kunyit yang diracik halus.

 

BACA JUGA: Resepi Rendang Daging Repah Simple, Tapi Sedap Tak Terkata. Resepi Orang Kampung.

 

▶️ Sedia dihidangkan.

Kalau nak kuah lagi kering atau banyak seladak, lebihkan sikit kerisik dan masak lama sikit hingga kering. Bila buat rendang hari raya, kadang-kadang ada yang suka yang lebih kering untuk cicah dengan lemang. Ikut pada selera anda.

Nanti jangan lupa cuba resepi ni. Sebelum tu kongsikan dulu resepi ni wall Fb anda supaya nanti senang nak rujuk semula. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.