https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

giok77

nexus slot

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Rendang Soyamate Special. Rendang Baru Yang Sedap Yang Boleh Anda Cuba!

0 854

Pernah tak anda makan soyamate? Mungkin ada yang jarang dengar atau tak pernah makan makanan ni, apatah lagi yang dibuat rendang. Soyamate ni sejenis protein sayuran yang diproses jadi ketulan bertekstur seakan bebola. Pendek kata, resepi rendang soyamate special ni dimasak untuk berasaskan sayuran je.

Sesekali kalau nak cuba rendang selain daging, ayam atau kambing. Boleh cuba buat rendang soyamate ni. Jadi, bagi yang vegetarian pun boleh juga rasa masakan rendang walau bukan dengan daging. Kalau sebut rendang, memang sinonim dah dengan masakan melayu, tak kira raya atau tak.

Rendang ni asasnya gunakan bahan seperti santan, kerisik, cili padi atau cili kering. Yang membezakan beberapa resepi rendang ikut negeri ialah bahan tambahan seperti rempah atau bahan lain yang bagi aroma wangi dalam masakan rendang.

Untuk rendang soyamate ni pun macam tu juga. Semua bahan asas sama je macam rendang lain, cuma sesuai dimasak dengan banyak bahan wangi seperti bawang-bawang, halia, daun kunyit dan sebagainya.

Kalau dimasak pedas, lagilah berselera dimakan dengan lemang atau nasi. Perkongsian resepi rendang soyamate special ni dikongsikan oleh Ana Rohana. Mudah je cara masaknya.

 

RESEPI RENDANG SOYAMATE

Masakan rendang ni sebenanrnya lagi banyak bawang lagi sedap. Sebab nanti bawang-bawang ni yang menjadi kuah atau selupat rendang. Yang itu buatkan sedap untuk cicah dengan lemang atau gaul pada nasi.

Bahan-bahannya:
  • 1 bungkus soyamate 250 gram (rendam siap-siap dengan air suam dalam 15 minit, kemudian perah)

  • Bawang kecil 15 biji
  • Kunyit hidup sedikit
  • Lada kering 15 batang
  • Cili padi 8 batang
  • Lada hijau 2 batang
  • Halia dan bawang putih siap kisar dalam 1 sudu besar
  • Serai 2 batang (diketuk)
  • Asam keping 1
  • Daun kunyit 2 helai (dipotong halus)
  • Santan 10 sudu besar (guna santan kotak pun boleh)
  • Kerisik 4 sudu besar
  • Air 1 cawan
  • Garam dan aji secukup rasa

Cara masak rendang soyamate:

▶️ Rendam dulu soyamate dalam 15 minit dengan air suam.

▶️ Kemudian perah dan tos. Ketepikan.

▶️ Lepas tu kisar semua bawang, kunyit hidup dan semua jenis lada dan cili.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan halia dan bawang putih kisar.

▶️ Masukkan juga serai yang dah diketuk dan juga bahan-bahan kisar tadi. Masukkan juga sikit air dalam blender dan tuangkannya.

▶️ Tumiskan kesemuanya sehingga garing dan naik bau.

▶️ Kemudian masukkan air, asam keping dan juga daun kunyit.

▶️ Masukkan kerisik dan santan. Kacau sehingga sebati.

▶️ Kemudian masukkan soyamate yang dah siap rendam dan perah.

▶️ Tambahkan sikit air dalam masakan untuk renehkannya sekejap.

▶️ Terpulang juga kalau anda nak jenis berkuah lebih atau kurang. Boleh adjust airnya.

▶️ Akhir sekali perasakan dengan garam dan aji secukup rasa.

▶️ Dah siap, boleh hidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Sambal Goreng Jawa Yang Sedap, Kering Dan Padu Rasanya! Siap Boleh Meratah.

 

Buat tidak je resepi rendang soyamate ni. Hidangannya nampak sangat menyelerakan lagi-lagi kuah rendang tak berapa kering atau tak berapa banyak kuah.

Memang boleh cuba resepi ni buat hidangan sekeluarga. Kalau nak hidangkan untuk anak-anak, boleh kurangkan kuantiti cili untuk elakkan terlampau pedas. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.