Segalanya Tentang Makan..

Resepi Shell Out Sedap Dan Padu. Kuah Sedap tak Terkata. Lagi Special Dari Kedai.

0 36,088

Ini dia resepi yang menggiurkan bagi penggemar seafood. Tengok pun boleh buat kecur air liur. Resepi shell out sedap dan padu dari Raja Amanina ni ada segala bahan seafood. Kuah pula cukup dengan rasa masin, masam, manis dan pedas.

Pendek kata nak dapat hidangan shell out yang padu macam ni jangan kedekut bahan. Bukan resepi simple kata orang tu. Sesuailah kalau anda nak buat hidangan istimewa untuk keluarga pada hujung minggu.

Kat kedai memang susah nak dapat macam ni. Buat sendiri ni dapatlah buat kuah pekat likat, bahan selambak dengan segala macam seafood anda suka dan sayuran semua lengkap.

Kuahnya lebih kepada rasa manis, pedas dan ada aroma rempah. Itu yang anda nampak warnanya cantik berkilat berseri-seri sebab bahan sosnya pun ada pelbagai.

Tapi bahan masih mudah untuk disediakan walaupun banyak. Tak rugi cuba sebab berbaloi kalau nak makan sedap kan. Hidangkan dengan nasi panas-panas, fuhh memang terangkat.

 

RESEPI SHELL OUT

Dalam hidangan ni bukan hanya seafood je, boleh juga kalau anda nak tambah ikan. Kuahnya sedap sebenarnya dimakan dengan ikan. Sebelum mula buat kuah, ikan perlu digoreng dulu. Begitu juga seafood yang perlu direbus atau dicelur.

Bahan-bahan seafood:
  • Udang
  • Sotong
  • Ketam
  • Kerang
  • Lala
  • Kupang
  • Ikan siakap atau tilapia (optional)

*Ikan tu anda siang dan lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng garing.

*Seafood pula cuci bersih dan celurkan atau rebus sekejap.

Bahan sayur-sayuran:
  • Jagung (dipotong 4)
  • Brokoli
  • Lobak merah

*Sayuran pula dikukus sehingga lembut.

Bahan kuah manis pedas atau kuah rempah:
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan
  • 2 senduk cili kisar
  • 5 batang serai diketuk
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara masak kuah manis pedas shell out:

▶️ Mula-mula kisar bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia dan belacan sehingga halus.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan tumis. Tumis sehingga garing dan keperangan.

▶️ Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga terbit minyak.

▶️ Kemudian masukkan serai, serbuk kari, sos tiram, sos ikan, sos cili, kicap dan kiub pati ayam.

▶️ Masak lagi sehingga pecah minyak.

▶️ Lepas tu masukkan sikit air, garam dan gula. Kacau sehingga sebati.

▶️ Asingkan sikit kuah ni untuk curahkan atas ikan nanti.

▶️ Kuah yang ditinggalkan tu masukkan seafood yang telah dicelur. Kacau sebati dan masak sekejap je.

▶️ Selain hanya celur je seafood, boleh juga kalau anda nak buat style goreng tepung.

▶️ Asingkan sikit udang dan sotong dari awal tadi.

▶️ Buat bancuhan tepung. Iaitu tepung gandum, 1 sudu teh serbuk kari, sikit air sejuk peti ais, 1 biji telur dan sedikit garam.

▶️ Satukan kesemua bahan ni sebati dan celupkan dengan udang dan sotong. Goreng sehingga garing.

▶️ Nanti boleh hidangkan sekali dengan shell out seafood yang berkuah tadi.

▶️ Dah siap, sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Sedapnya Buat Paprik Ayam Campur Seafood, Dengan Kuah Pekat Likat. Bahan Simple Je.

 

Sedapnya makan shell out dari air tangan sendiri ni. Mana lagi nak dapat shell out yang ada ikan goreng, udang dan sotong goreng tepung dalam kuah. Selalunya ada seafood je.

Kalau nak buat makan besar keluarga sesuai sangatlah. Sekejap je masak sebenarnya. Lagi-lagi kalau ramai yang tolong sediakan seafood, goreng tepung semua. Nak masak kuah sekejap je siap.

Lepas ni kalau dapat berkumpul balik sekeluarga bolehlah buat resepi shell out sedap dan padu ni. Hidangkan atas daun pisang barulah nampak special sikit. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.