Segalanya Tentang Makan..

Resepi Tauhu Berlauk Sedap Dengan Isi Padat. Buat Sekali Banyak Boleh Frozenkan!

0 9,331

Selama ni tauhu berlauk ni selalu kita dengar orang buat. Kalau tengok rupanya memang buat kita terliur tapi tak pernah lagi cuba buat sendiri. Rupanya nak buat tauhu berlauk ni mudah je. Antara resepi yang boleh diikut ialah resepi tauhu berlauk sedap dengan isi padat yang dikongsikan oleh Lynn Koo ni.

Rasa tauhu berlauk ni enak sebab banyak campuran bahan iaitu tauhu tu sendiri, sayuran, daging dan rempah perasa. Bila bahan-bahan ni disatukan dan dikukus sekali, itu yang membuatkan rasanya sangat sedap dengan aroma dan rasanya yang sudah sebati.

Campuran bahan ni sahaja dah cukup lazat. Lepas tu dicelur pula dengan telur dan digoreng sehingga garing. Tauhu berlauk ni memang boleh jadi makanan kegemaran selepas anda merasanya sekali. Bila dibuat dengan isi yang padat, lepas tu cicah pula dengan kicap pedas, lagilah betul-betul nikmat rasanya.

Makan macam tu je pun dah cukup sedap. Tapi kalau cicah dengan kicap pedas lagi menambat selera. Ada sesetengah orang suka makannya dengan hidangan nasi. Rupanya tauhu berlauk ni kalau digaulkan dengan nasi memang sedap sebab penuh dengan isi dan rasa.

Sebenarnya bahan-bahan lauknya boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masing. Kalau tak nak masukkan daging, boleh gantikan dengan ayam. Kalau nak masukkan sayuran kegemaran sendiri pun tak ada masalah. Tak semestinya setiap orang sama bahan-bahan isi yang ingin dimasukkan.

 

RESEPI TAUHU BERLAUK SEDAP DAN ISI PADAT

Selain makan sendiri, tauhu berlauk ni juga dah banyak dijadikan sumber jualan makanan santai yang bergoreng dan enak. Ramai permintaan untuk makanan ni. Bagi yang nak berniaga, boleh ikut resepi ni untuk menambat selera pelanggan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan kisar:

  • 4 keping tauhu biasa
  • 2 batang tauhu telur (egg tofu)
  • 2 biji telur
  • Sedikit air

 

Bahan A:
  • Daging atau ayam kisar (goreng dulu tanpa minyak)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Lobak merah (dihiris)
  • Daun bawang (dihiris)
  • Daun sup (dihiris)
  • Cili besar merah (dihiris)
  • Lada hitam (kisar)
  • Lada putih (kisar)
  • Garlic powder
  • Bahan perasa
  • Gula sedikit

Bahan yang dicelup dan digoreng:
  • Telur (pecah dan ketuk dalam 1 mangkuk)

 

Cara buat tauhu berlauk:

▶️ Kisar kesemua bahan-bahan yang perlu dikisar tadi sehingga hancur.

▶️ Kemudian masukkan bahan kisar dan bahan A ke dalam 1 mangkuk. Gaul sehingga sekata.

▶️ Selepas dah gaul sekata, masukkan campuran bahan ni dalam bekas tupperware kecil-kecil. Pastikan isi penuh-penuh sebab semasa mengukus nanti, bahan tu akan menurun.

▶️ Kemudian susun bekas-bekas ni dalam loyang dan kukus selama 20 minit.

▶️ Selepas dah masak, angkat keluar dari kukusan dan sejukkan sebentar.

▶️ Keluarkan dari bekas tupperwear. Kalau nak frozenkan untuk dimakan esok boleh, atau nak goreng terus pun boleh juga.

▶️ Bagi yang nak makan, celupkan adunan tauhu ke dalam telur yang diketuk tadi.

▶️ Kemudian goreng sehingga garing dan bertukar warna.

▶️ Dah siap, boleh dihidangkan bersama sambal kicap sedap dan power.

 

Bahan-bahan sambal kicap:
  • Bawang putih seulas yang dibakar sehingga hitam
  • Cili padi
  • Gula
  • Kicap manis

Cara penyediaan sambal kicap:

▶️ Tumbuk bawang dan cili padi.

▶️ Kemudian gaulkan bersama kicap dan gula.

▶️ Dah siap!

 

BACA JUGA: Murtabak Roti Daging Crunchy. Tak Sangka Sedap Setanding Murtabak Bazaar!

 

Tauhu berlauk ni sesuai dijamah bila-bila masak sekali pun. Nak buat makan sarapan pagi dan minum petang amat sesuai. Kalau dapat makan waktu hujan-hujan selepas je tauhu berlauk digoreng, memang nikmat rasanya.

Tiap kali buat tu, buatlah sekali banyak. Kemudian frozenkan. Nanti bila teragak, boleh terus goreng dalam beberapa minit je. Dah boleh terus menikmatinya. Kalau anda dah lama cari resepi tauhu berlauk sedap tu, ikutlah resepi ni. Pasti anda menyukainya. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.