Segalanya Tentang Makan..

Tips Untuk Buat Mee Goreng Basah Sedap. Ikut Sebiji, Confirm Makan Bertambah!

0 10,923

Biasanya kalau nak makan benda yang menggantikan nasi ni yang paling sedap ialah mee goreng kan. Dapat pula mee goreng yang lembab-lembab dan banyak rencah. Bukan main layan. Siap makan bertambah. Ada tips nak buat mee goreng basah sedap dan menyelerakan yang anda boleh cuba.

Kalau nak buat mee sedap ni sebenarnya jangan kedekut bahan terutamanya bahan sos. Yang itulah buatkan perisanya naik dan rupa mee pun tak plain. Salah satu rahsia lagi ialah gunakan bawang putih lebih dan tumbuk secara kasar. Bau bawang putih ni yang menyedapkan masakan.

Kalau anda nak rasa kelainan, guna air rebusan daging dan hirisan daging. Kalau ini anda cuba memang tak akan menyesal. Rasa mee akan lebih sedap berganda. Tak percaya cubalah.

Satu lagi tips untuk membangkitkan lagi rasa ialah cuka makan. Yang ini mungkin jarang anda dengar kan? Masukkan sikit je dah memadai. Rasa masam-masam cuka tu akan seimbangkan lagi rasanya.

Rencah dalam mee ni terpulang nak masukkan apa. Biasanya ada udang dan ayam lagi sedap. Sayuran pula semestinya kena ada baru nampak cantik menghijau. Jom lihat perkongsian resepi dari Suhasnida Ismail.

 

RESEPI MEE GORENG BASAH SEDAP

Selain sos cili, sos tomato dan sos tiram, masukkan satu lagi jenis sos iaitu sos ikan. Sos ikan ni biasanya masak dalam masakan Thai. Tapi kalau anda masukkan dalam masakan mee, serius sedap dan kena dengan selera.

Bahan-bahannya:
  • 1 paket mee kuning
  • 8 ulas bawang putih
  • ½ biji bawang holland
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • Minyak untuk menumis
Bahan sos dan perasa:
  • 5 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos ikan
  • ½ sudu teh garam halus
  • 1 sudu besar gula atau secukup rasa
  • ½ sudu teh ajinomoto (optional)
  • ½ cawan air
Bahan-bahan lauk (ikut citarasa):
  • Ayam cincang
  • Udang
  • Daging
  • Telur
  • Sawi
  • Tomato
Cara masak mee goreng basah:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Masukkan bawang putih dan tumis sampai naik bau.

▶️ Kemudian masukkan bawang holland. Tumis lagi.

▶️ Masukkan cili kering kisar. Kacau dan biarkan sampai terbit minyak.

▶️ Lepas tu masukkan bahan lauk yang anda suka.

▶️ Tumis sehingga masak.

▶️ Masukkan kesemua bahan sos dan kicap.

▶️ Sambil tu boleh masukkan air sikit.

▶️ Kacau kesemua bahan sehingga sebati.

▶️ Perasakan dengan garam dan gula.

▶️ Jangan lupa masukkan sedikit cuka.

▶️ Udang ni dimasukkan hujung-hujung sebab ianya cepat masak.

▶️ Pecahkan telur secukupnya.

▶️ Masukkan mee yang dah dibersihkan. Lalukan je bawah air paip. Jangan basuh beria-ria sebab nanti mee kembang.

▶️ Gaulkan mee dengan rencah sehingga sekata.

▶️ Akhir sekali masukkan sayur sawi.

 

BACA JUGA: Resepi Mee Kuah Terlajak Sedap. Rahsia Bahan Tambahan Untuk Menaikkan Lagi Rasa.

 

▶️ Kacau sehingga sayur layu.

▶️ Dah siap, boleh padamkan api.

Fuhh, kalau dapat goreng mee macam ni, memang makan tak toleh kiri kanan dah. Mee goreng basah macam ni memang tak akan dapat di kedai.

Sebab bahannya banyak. Buat sendiri memang sedaplah untuk layan citarasa mewah macam ni. Padu sangat rasanya. Sesuai nak hidangkan untuk tetamu juga.

Lepas ni kalau nak buat mee goreng untuk keluarga, ikut tips buat mee goreng basah sedap ni. Mesti lepas ni anda tak kan ikut resepi lain dah. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.