Warning: fopen(/tmp/6ec0146e29c3599a32fddad320b02e60-c8WCsm.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/6ec0146e29c3599a32fddad320b02e60-c8WCsm.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Udang Butter Nestum Rangup Dan Sedap. Wajib Cuba! Resepi Paling Ringkas Tapi Terangkat.

0 5,061

Udang butter ni memang selalu dah kita dengar. Bagi yang selalu makan udang butter, tau lah macam macam mana rasa sedapnya. Tapi mesti jarang dengar atau belum pernah rasa udang butter nestum pula kan? Kalau dapat makan, rasa sedapnya memang tak ingat dunia! Lagi-lagi dapat makan udang butter nestum rangup dan cukup berasa.

Nestum ni ada rasanya yang tersendiri dan wangi. Bila disalut pada udang dan digoreng pula, naik aroma wanginya. Sebelum tu tak ada nestum pun, rasa butter tu dah cukup mengancam kan. Ini pula dicampur gorengan nestum. Kalau dapat makan waktu nya lepas digoreng, memang padu rasanya.

Cara buat udang butter nestum rangup dan sedap ni ada dikongsikan oleh Rosni Musa. Sekali pandang memang jatuh hati. Resepinya tak gunakan bahan yang banyak pun. Hanya 6 bahan asas je yang mudah untuk didapati. Kalau anda penggemar seafood, wajib cuba resepi ni.

Makan macam tu je pun dah cukup sedap. Tak perlu cicah sos atau sambal apa-apa lagi. Tapi terpulang juga pada selera anda. Biasanya orang makannya cicah dengan sos manis macam selalu makan udang atau sotong goreng tepung. Makan dengan cara apa pun masih sedap dan menyelerakan.

Kalau hujung minggu tu nak buat makanan istimewa sikit untuk anak-anak dan keluarga, boleh lah buat resepi ni. Jom lihat cara buatnya step by step.

 

RESEPI UDANG BUTTER NESTUM RANGUP

Selain udang, kalau anda nak cuba buat dengan sotong pun boleh juga. Salutkan nestum yang wangi ni pada keseluruhan sotong yang dipotong bulat-bulat saiz sederhana. Gorengkannya rangup-rangup dan rasanya sama enak macam udang juga.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Udang ½ kilo (dapat yang besar lagi sedap)
  • Butter 3 sudu besar
  • Bawang putih 2 ulas dicincang
  • Cili api 2 biji diracik
  • Tepung jagung
  • Lada sulah

Cara masak udang butter nestum rangup:

▶️ Mula-mula basuh bersih udang dan siang potong sikit bahagian kepala.

▶️ Taburkan sedikit garam padanya.

▶️ Dan taburkan juga lada sulah. Gaul sehingga sekata.

▶️ Kemudian masukkan tepung jagung dan gaul sekata lagi menyeliputi keseluruhan udang.

▶️ Panaskan minyak dan goreng udang ni sehingga garing.

▶️ Dengan api yang besar, goreng sekejap je. Kemudian angkat dan toskan.

▶️ Seterusnya masukkan butter dalam kuali dan biarkan mencair.

▶️ Masukkan bawang putih, cili api dan daun kari dan tumis sehingga naik bau wangi.

▶️ Selepas tu masukkan nestum dan kacau sekata.

▶️ Perasakan dengan sedikit rencah maggi cukup rasa.

▶️ Masukkan juga sedikit gula dan kacau sehingga sebati.

▶️ Akhir sekali masukkan udang yang dah digoreng tadi.

 

BACA JUGA: Sotong Biskut Crackers Rangup Dan Sedap. Gunakan Biskut Crackers! Sedap Ala Sotong Goreng Tepung!

 

▶️ Ini rupanya selepas gorengan nestum tadi menyeliputi keseluruhan udang.

▶️ Sedia untuk dihidangkan!

Nyummy, nampak sangat sedap dan menyelerekan. Kalau goreng je udang butter nestum ni, boleh bau wangi 1 rumah. Tergoda dibuatnya. Bilik gigit pula, boleh rasa krup krap krup krap kerangupan gorengan nestum dan udang tu sendiri.

Kalau buat sekali ni confirm repeat lagi. Tapi syaratnya kena pakai udang besar-besar lah baru puas makan. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.