Segalanya Tentang Makan..

Buat Bebola Ketam Berkrim, Snek Rangup Dan Sedap. Lemak Berkrim Macam Carbonara!

0 548

Cekodok dah makan. Goreng pisang pun dah muak. Apa makan-makan santai minum petang boleh dibuat lagi musim-musim pkp ni? Bosan pula menu yang sama. Apa kata jom cuba snek bebola rangup yang dinamakan bebola ketam berkrim ni pula.

Ala-ala western sikit minum petang kali ni. Tapi serius sedap dan mesti kena dengan selera anak-anak. Apa yang buatkan sedap ialah bahagian luarnya yang digoreng sangat rangup, tapi isi dalamnya creamy dan lembut.

Krup krap krup krap bila makan. Isi dalam dah tentu sedap dengan crab stick, hirisan bawang, black pepper dan sebagainya. Yang buatkan creamy sebab dimasukkan susu segar sekali. Itu yang berlemak krim rasanya tu.

Bila nak goreng pula, salut dengan tepung Bestari dan serbuk roti. Hasilnya bukan main rangup. Paling suka bila gorengannya tebal. Puas hati bila makan.

Makan macam tu je dah cukup sedap sebab isi dalam dah berasa. Tapi kalau anda nak cicah sos cili atau sos tomato lagi bertambah padu rasanya. Jom lihat perkongsian resepi dari Tyra Manan ni.

 

RESEPI BEBOLA KETAM BERKRIM

Bahan-bahan creamy kat dalam bebola tu dapat hasil seolah-olah macam sos carbonara. Dengar je pun dah boleh bayangkan kesedapannya kan.

Bahan-bahan:
  • Crab stick (koyak-koyakkan)
  • Daun bawang
  • Bawang putih (dicincang)
  • Bawang holland (dicincang)
  • Black pepper
  • Butter

Cara-cara:

▶️ Mula-mula panaskan kuali dan cairkan butter.

▶️ Koyakkan crab stick. Kemudian cincang bawang putih dan bawang holland. Daun bawang pula dihiris halus.

▶️ Lepas tu masukkan bawang putih dan bawang holland dan tumis sampai warna keperangan.

▶️ Masukkan crab stick dan daun bawang dan gaul sebati.

▶️ Akhir sekali perasakan dengan black pepper.

Bahan untuk cream:
  • Butter
  • Tepung
  • Susu segar (fresh milk) – nak berkrim lagi gunakan full cream
Cara membuatnya:

▶️ Cairkan butter dalam kuali.

▶️ Kemudian masukkan tepung dan gaul sehingga sekata.

▶️ Padamkan api dan terus masukkan susu.

▶️ Kacau sehingga tepung dan susu sebati.

▶️ Pastikan jangan biar lama atas api sebab tepung tu nanti masak sangat yang buatkan ia tak creamy nanti.

▶️ Bila dah siap cream ni, masukkan ke dalam bahan crab stick tadi dan gaul sebati.

▶️ Bulat-bulatkannya ikut saiz yang anda suka.

▶️ Buat seberapa banyak bebola sampai adunan habis.

Bahan untuk menggoreng:
  • Telur
  • Tepung bestari
  • Bread crumbs

Cara menggoreng:

▶️ Pecahkan telur dan pukul sekata.

▶️ Celupkan bebola ke dalam telur dan salutkan atas tepung.

▶️ Celupkan semula dalam telur, dan kali ni golekkan pula dalam bread crumbs.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Dan goreng sehingga bebola garing dan warna keperangan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Popia Stick Coklat. Snek Rangup Krup Krap, Dengan Salutan Coklat Dan Nestum Yang Sedap!

 

▶️ Kemudian angkat dan toskan.

▶️ Sedia dimakan.

Nak rangup macam mana ikut selera anda. Tapi kalau ada salutan tepung dan bread crumbs ni, sebaiknya goreng garing baru betul-betul sedap.

Bila makan mesti anda paling suka bahagian kulit rangup ni. Lepas tu dapat pula ramuan cream dalamnya yang sedap. Memang tak cukup seketul dua seorang.

Lagi sedap dimakan waktu panas-panas. Jangan lupa cuba bebola ketam berkrim ni. Tak susah pun bahan dan cara membuatnya. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.