Segalanya Tentang Makan..

Nak Buat Burger Sendiri. Jom Buat Burger Chicken Chop Siap Sos Honey Mustard! Serius Padu.

0 832

Kali ni memang terliur kalau anda lihat bahan-bahan yang disediakan untuk buat burger chicken chop mewah ala burger bite ni. Bukan je chicken chop yang digunakan, malah segala sos dan ramuan dalam dia memang bak kayangan.

Sosnya bukan setakat letak dalam burger, kalau nak buat cicah kentang pun sedap. Pendek kata dah alang-alang buat burger mewah tu siap boleh sediakan set menu western. Lengkap burger chicken chop, kentang dan sos honey mustard.

Perkongsian resepi dari Nor Asiah ni agak menarik. Sebab roti burger pun dibuat sendiri. Sebab tu rotinya nampak lain dari yang lain dan elok naik gebunya.

Anak-anak mesti teruja kalau lihat burger ni. Dah kalah kedai western pula. Nak lagi sedap dan menyelerakan, hiaskan dengan sayuran lengkap seperti salad, tomato dan juga kepingan cheese.

Sebenarnya kesedapan burger ni pun bergantung juga pada bahan sosnya. Honey mustard ni antara sos paling sedap cicah dengan makanan western. Yang penting sos cili tu juga wajib anda.

 

RESEPI BURGER CHICKEN CHOP

Untuk roti burger ni kalau anda nak mudah boleh je beli terus dah siap. Tapi kalau teringin, boleh cuba buat sendiri ikut resepi ni.

Bahan-bahan roti:
  • 500 gram tepung roti
  • 70 gram gula kastor
  • 1 sudu makan yis kering (saf)
  • 1 sudu makan susu tepung
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh garam
  • 50 gram marjerin atau butter
  • 10 gram pelembut roti
  • 280-300 gram air sejuk

Cara buat roti:

▶️ Masukkan kesemua bahan dalam bread maker kecuali garam.

▶️ Kalau tak ada bread maker boleh buat dalam mixer. Kemudian putar.

▶️ Dah uli 5 minit tu baru masukkan garam.

▶️ Sediakan mold burger dengan ring size 4 inci (ada dijual dalam shopee).

▶️ Masukkan adunan tadi dalam 75-80 gram dalam mold.

▶️ Kemudian bakar pada suhu 170’c dalam 20 minit atau bergantung pada oven masing-masing.

Bahan-bahan honey mustard:
  • ½ cawan mayonis
  • 3 sudu mustard
  • 1 sudu lemon atau cuka
  • ¼ sudu black pepper
  • 2 sudu madu

Cara buat honey mustard:

▶️ Masukkan je kesemua bahan dalam mangkuk.

▶️ Dan pukul sehingga sebati.

▶️ Dah siap.

Bahan-bahan ayam goreng chicken chop:
  • Ayam bahagian chicken chop
Anggaran bahan tepung kering:
  • 300 gram tepung bestari
  • 3 sudu tepung jagung
  • 3 sudu tepung beras
  • 3 sudu tepung ubi
Bahan perap:
  • 1 biji telur
  • Sikit tepung bestari

Cara buat chicken chop:

▶️ Mula-mula pecahkan telur dan campurkan sikit tepung bestari.

▶️ Ketuk bagi sebati.

▶️ Masukkan ayam dan perap dalam ½ jam atau lebih.

▶️ Dalam mangkuk lain, campurkan kesemua bahan tepung kering. Gaul sebati.

▶️ Bila dah nak goreng, panaskan minyak dalam kuali. Minyak kene banyak supaya ayam tenggelam.

▶️ Minyak dah betul-betul panas, salutkan ayam perap tadi dalam tepung kering dan masukkan dalam kuali.

▶️ Goreng sehingga ayam masak, garing dan keperangan.

▶️ Boleh angkat dan toskan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Homemade Paling Sana, 20 Minit Siap. Puahs Hati Buat Cheese Tebal!

 

Cara hidangannya anda susunlah salad dulu, kemudian sos, chicken chop, cheese, tomato, honey mustard dan sos lagi. Kemudian tutup dengan roti. Ikut cara mudah bagi anda untuk buat burger.

Yang penting buat sos leleh lagi sedap dan menyelerakan. Ada honey mustard lebih tu buat cicah fries dan hidangkan bersama.

Kecur liur kan tengok hidangan burger kali ni. Kalah kedai western. Kat kedai mau harga cecah RM10. Lepas ni nak buat burger, bolehlah cuba burger chicken chop dengan honey mustard yang sedap ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.