Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Chicken Crispy Cheese Wrap. Isi Ayam Padat Baru Puas Makan.

0 560

Jom cuba buat sendiri chicken wrap yang sedap dan padat dengan isi, baru puas hati makan. Anak-anak confirm mintak repeat. Chicken crispy cheese wrap ni lagi sedap sebenarnya dari chicken wrap biasa. Sebab ayam digoreng rangup dulu dengan tepung goreng ayam serbaguna.

Kalau goreng dengan tepung yang sedap berperisa macam tepung bistari lagilah sedap. Gaulkan dengan sos apa pun enak. Resepi ni dikongsikan oleh Ummu Amar. Mudah je bahan-bahannya. Tak perlukan sos banyak-banyak pun dah sedap.

Sebab ayam goreng rangup tu pun dah berperisa. Lepas tu campurkan pula dengan bahan tambahan atau sayuran lain seperti kidney bean, salad dan tomato. Kalau macam ni hidangan dia, dah jadi menu sihat pula kan.

Anda yang nak berdiet pun boleh buat chicken wrap versi ni. Sedap dan tak cepat muak. Sebelum ni banyak dah resepi chicken wrap yang dikongsikan oleh Ummi amar ni.

Ada antaranya yang masukkan juga kepingan cheese untuk menambahkan lagi rasa. Ikutlah selera masing-masing. Kalau ada cheese lebih sedap. Anak-anak mesti suka.

 

RESEPI CHICKEN CRISPY CHEESE WRAP

Untuk bahan sos, masukkan sos cili, thousand island dan mayonis pun dah sedap. Ada juga yang suka letak sos cheese, sos black pepper dan sebagainya. Ikut citarasa anda. Tapi tak sesuai letakkan semua. Cukup 2-3 sos yang kena dengan selera tekak anda dah memadai.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Isi ayam (dipotong kecil-kecil)
  • 1 biji telur
  • Tepung goreng serbaguna (atau tepung bistari)
  • Kidney bean
  • Iceberg lettuce (salad)
  • Tomato
  • Sos thousand island, sos cili dan mayonis
  • Wrap (jenama mission – ada di pasaraya)
  • Nak masukkan kepingan cheese pun boleh
Cara buat chicken crispy wrap:

▶️ Mula-mula gaulkan ayam yang dah dipotong kecil-kecil dengan telur.

▶️ Kemudian salutkan dengan tepung serbaguna.

▶️ Goreng dalam minyak panas. Kemudian angkat dan toskan minyak.

▶️ Campurkan kidney beans, sos thousand island dan juga mayonis, dan gaulkan sebati (kidney beans tu boleh beli dalam tin, tapi basuhkan dulu dan tapis sebab rasa dia manis dengan sirap gula).

▶️ Panaskan sekejap wrap atas kuali tanpa minyak. Kalau tak panaskan nanti keras.

▶️ Kemudian masukkan campuran ayam dan kidney bean yang digaulkan dengan sos tadi.

▶️ Susun salad dan tomato yang dihiris nipis.

▶️ Picitkan sikit sos cili. Kalau ada kepingan cheese juga susunkan atasnya.

▶️ Gulung wrap macam gulung popia.

▶️ Dah siap. Boleh terus jamah!

 

BACA JUGA: Cara Buat Fish And Chip Dengan Sos Black Pepper Homemade Yang Padu.

 

Mudah je nak buat chicken wrap ala menu western ni. Rasa pun sedap dan mengenyangkan. Kalau nak diet atau buat makan santai tu sesuai sangatlah.

Apa yang sedap resepi ni ialah ayamnya digoreng rangup dulu dengan tepung yang enak. Untung bila buat sendiri sebab boleh letak isinya padat-padat.

Tapi janganlah padat sangat sampai lepas wrap pun isinya terkeluar pula. Bolehlah petang ni cuba chicken crispy cheese wrap ni untuk hidangan minum petang. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.