Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Corndog Rangup Dan Sedap Macam yang Dijual. Buat Untuk Anak-Anak Makan Puas.

0 1,663

Sekarang ni banyak dah orang jual corndog kat mana-mana. Dari food truck sampai pasar malam. Anak-anak bukan main suka lagi kalau nampak. Tapi harga ada yang sampai RM5. Kalau ada ramai anak mahu perhabis juga. Ada cara buat corndog rangup dan sedap macam food truck ni sebenarnya.

Mak-mak kalau nak buat untuk anak boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Nur Shafawati ni. Menarik resepinya sebab untuk bahagian roti tu bukan dibuat biasa. Ada cara untuk buat roti yang gebu, sedap dan wangi.

Bila digoreng dengan kulit yang rangup lagilah bertambah sedap. Untung juga kalau buat corndog sendiri ni. Bukan anak-anak je, mak ayah mau join makan sekali.

Cumanya kena rajin sikitlah menguli. Tapi kalau hasil sedap dan enak macam ni, berbaloilah anda menguli, ye tak? Untuk bahagian dalam nanti, dicucukkan cheese dan juga sosej dengan lidi.

Kemudian tu baru balutkan dengan doh tepung yang dibuat tadi. Bak kata orang tu tangan kena berseni juga nak membalutnya. Tak kisah gelek atau pakai tangan. Asalkan sosej dan cheese terbalut.

 

RESEPI CORNDOG RANGUP DAN SEDAP

Untuk rasa yang lebih sedap dan rangup kat bahagian luar roti tu, salutkan dengan breadcrumb atau serbuk roti. Lepas tu goreng dengan cara deep fry untuk gorengan cantik sekata.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Resepi ni untuk 10 biji corndog.

  • 1 pakej sosej (direbus dulu)
  • 1 paket slice cheese (untuk balut sosej nanti)
  • 1 paket yis mauripan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air (air hampir penuh)
  • 1 sudu susu pekat
  • 1 sudu besar pelembut roti/bread softener (ini bahan rahsia yang menyedapkan lagi)
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • 2 sudu besar minyak atau shortening atau pun marjerin
  • 1 sudu mix herb (kalau nak rasa wangi)
  • Breadcrumbs (serbuk roti)
Cara buat corndog:

▶️ Mula-mula bancuh yis mauripan dulu dengan susu pekat, gula, garam dan juga air suam.

▶️ Air suam tu tak perlu penuh sangat, 90% cawan sahaja. Kalau banyak nanti doh lembik dan melekat sangat. Biarkan yis kembang.

▶️ Lepas tu satukan kesemua bahan yang lain dalam 1 besen/mangkuk kecuali sosej dan cheese.

▶️ Gaul rata kesemuanya.

▶️ Kemudian masukkan yis dan uli adunan dalam 10-15 minit sehingga menjadi doh yang gebu.

▶️ Kalau ada mixer lebih senang. Masukkan je bahan dan set timer 15 minit. Kalau tak ada, uli je pakai tangan.

▶️ Selepas dah uli, rehatkan doh dalam 30 minit ke 1 jam supaya doh naik 2 kali ganda. Masa 20 minit pertama anda dah nampak doh naik sebab yis dah bertindak balas.

▶️ Kemudian dah naik je doh, tekan bagi kuncup balik dan anginnya keluar.

▶️ Lepas tu bahagikan doh kepada 10 bahagian. Ketepikan. Biar naik lagi.

▶️ Sambil tu siapkan untuk isi dalam. Cucuk sosej dengan lidi sate.

▶️ Kemudian balut sosej dengan kepingan cheese. Tapi kalau anda ada cheese stick mozzarella, cucuk cheese sekali pada lidi. Ikut mana-mana cara anda suka.

▶️ Bagi yang tak suka cheese, boleh skip part cheese.

▶️ Seterusnya baru balutkan sosej dan cheese ni dengan doh tadi.

▶️ Buatlah cara mana mudah. Boleh gelek doh tepung atau pakai tangan. Asalkan doh tu membaluti sosej dan cheese.

▶️ Lepas dah siap balut, letakkan atas dulang atau pinggan yang ditaburkan sikit tepung untuk elak melekat. Buat sampai doh habis.

▶️ Rehatkan sekejap supaya doh naik sekali lagi.

▶️ Tips untuk pastikan balutan melekat, kenalah kelim betul-betul. Kalau tak lekat dengan betul nanti masa menggoreng corndog boleh ternganga dan cheese terkeluar.

▶️ Lepas tu sedia untuk salutkan dengan breadcrumb. Caranya, celupkan dulu corndog dalam air sejuk untuk basahkan.

▶️ Kemudian golek-golekkan atas breadcrumb. Kalau anda ada cara lain nak salutkan breadcrumb boleh juga buat. Ikut mana mudah. Yang penting kena hati-hati.

▶️ Ketepikan sekejap dan biarkan naik sekali lagi. Doh ni akan mengembang lagi sedikit. Lepas tu baru boleh goreng.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali. Kuantiti minyak tu kena pastikan corndog tenggelam. Sebab nak goreng cara deep fry. Paling tidak pun tenggelam ¾.

▶️ Bila minyak dah betul-betul panas, masukkan corndog. Pastikan api medium untuk hasil yang cantik.

▶️ Kena pandai-pandai, sebab kalau api besar sangat cepat gelap. Tapi kalau kecil sangat mudah serap minyak. Jadi, api tu sedang-sedang je.

▶️ Biasanya gorengan pertama akan mudah gelap sikit sebab minyak betul-betul naik panas. Caranya, masa minyak tengah panas, padamkan api kejap lepas tu goreng. Dah separuh jalan baru buka api.

▶️ Goreng dalam 1-2 minit je. Tak lama.

▶️ Masa masukkan corndog dalam kuali tu, kalau lidi tak muat boleh patahkan.

▶️ Goreng sehingga coklat keperangan.

▶️ Dah siap, boleh angkat dan toskan.

▶️ Dah siap.

 

BACA JUGA: Buat Sendiri Chicken Wrap Ala KFC. Puas Hati Dengan Isi Padat Dan Ayam Crunchy!

 

Nak hidangkan, picitkan sos cili dan mayonis macam dijual tu. Bukan main sedap dan menyelerakan bila tengok. Anak-anak paling tak sabar.

Kena hati-hati kalau nak terus makan sebab cheese di dalam masih panas. Apa yang buatkan sedap corndog ni ialah adunan tepung yang sedap digoreng rangup. Cheese pula memang dah jadi favourite!

Lepas ni bolehlah cuba. Ikut cara buat corndog yang rangup dan sedap dikongsikan oleh pemilik resepi ni. Mesti jadi punya. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.