Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Fish And Chip Dengan Sos Black Pepper Homemade Yang Padu.

0 2,424

Mudah je sebenarnya nak buat fish and chip macam kat kedai western tu. Paling penting ialah cara gorengan fillet ikan untuk dapatkan rasa yang sedap dan crunchy. Makan pula dengan sos black pepper yang pekat, bahang dan cukup berasa.

Kalau teringin nak buat sendiri, jom ikut cara buat fish and chip bersama dengan sos black pepper homemade yang dikongsikan oleh Nurul Jannah ni. Kalau sekali cuba, mesti tak cari kat restoran western di luar dah.

Fish and chip ni sebenarnya satu hidangan yang terdapat fillet ikan digoreng rangup, yang dihidangkan sekali dengan chips atau kentang goreng. Kita buat gorengan ikan je. Chips tu boleh beli dan goreng biasa.

Apa yang penting ialah penyediaan sos black pepper yang melengkapkan hidangan. Kena ada rasa bahang dan aromanya yang menambatkan lagi selera. Kesedapan fish and chips ni memang terletak pada sos black pepper.

Dalam resepi ni bukan je tunjukkan resepi gorengan fillet, malah ada cara penyediaan sos black pepper homemade yang sedap dan pekat sebagai sos pelengkap.

 

RESEPI FISH AND CHIPS (DENGAN SOS BLACK PEPPER)

Nak makan hidangan fish and chips yang lengkap macam kedai, boleh hidangkan sekali dengan sayuran salad atau coleslaw, kentang putar, sos cheese dan brokoli. Ikut cara penyediaan yang anda suka.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan untuk sos black pepper:

  • Butter 2 sudu besar
  • Bawang putih 3 biji yang dicincang halus
  • Bawang holland 1/3 biji dicincang halus juga
  • Kiub pati ayam 1
  • Tepung gandum 1 sudu besar
  • Lada hitam 1 sudu besar ditumbuk kasar
  • Air 800 ml
  • Kicap manis ABC
  • Sos lada hitam Life
  • Susu segar fullcream ½ cawan
  • Oregano flakes 1 sudu besar
  • Parsley flakes 1 sudu besar

 

Bahan-bahan untuk fish & chip:
  • 2 fillet ikan dory
  • Telur 2 biji
  • Tepung goreng tempura (Bistari)
  • Serbuk roti

 

Bahan sampingan:
  • Salad campuran klasik
  • Buah tomato ceri

Cara buat sos black pepper:

▶️ Panaskan kuali, dan masukkan butter. Biarkan butter mencair.

▶️ Kemudian masukkan bawang putih dan bawang holland. Tumis sehingga naik bau dan bawangnya layu.

▶️ Masukkan kiub pati ayam dan lada hitam. Kacau sekata.

▶️ Kemudian masukkan tepung gandum dan gaulkan sehingga sebati.

▶️ Seterusnya tuangkan air, kicap ABC, sos lada hitam dan susu segar. Gaulkan.

▶️ Akhir sekali masukkan oregano dan parsley flakes. Gaul dan masak hingga kuah sos black pepper ni pekat. Kemudian tutup api.

▶️ Dah siap sos black pepper, jom buat fillet ikan pula.

 

Cara buat fish and chip:

▶️ Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul sebati.

▶️ Kemudian salutkan fillet ikan dory dalam telur, dan tepekkan pada tepung tempura Bistari.

▶️ Kemudian celup semula dalam telur, dan salut pula pada serbuk roti secara rata dan padat.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng fillet ikan ni sehingga garing keperangan. Pastikan minyak betul-betul panas supaya tak serap minyak.

▶️ Dah masak, toskan.

 

BACA JUGA: Resepi Wrap Ayam Sedap Dan Mampat. Nama Lainnya Burrito! Wajib Cuba ni.

 

Sedia dihidangkan dengan sos black pepper tadi, bersama dengan salad campuran dan tomato ceri.Mudah je cara buatnya kan. Lagi-lagi penyediaan sos black pepper tu.

Kalau pandai buat sos black pepper yang pekat dan cukup rasanya macam ni, boleh juga hidangkan dengan chicken chop, chicken gril, ayam panggang dan macam-macam lagi.

Lepas ni boleh buat sebagai hidangan istimewa hujung minggu untuk anak-anak. Jangan lupa kongsikan cara buat fish and chip ni di wall Fb anda. Supaya dapat manfaatnya bersama. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.