Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Kebab Daging Roti Pita Dengan Inti Sedap Penuh Perisa. Mudah Je Buatnya.

0 4,643

Sebut kebab je teringat pasar malam kan? Selalu kalau ke sana je bersepah-sepahlah jumpa orang jual kebab ni. Tapi sekarang dah musim covid ni pasar malam pun dah tak ada. Jomlah cuba-cuba buat kebab sendiri. Kebab daging roti pita ni antara yang paling famous kat sana.

Cumanya bermacam-macam caralah orang buat inti kebab yang kita jumpa. Daging diguna bermacam-macam jenis. Macam tu juga ramuan dan perisa dia. Bila buat sendiri ni dapatlah buat ikut kehendak selera sendiri.

Kadang-kadang kebab kat pasar malam tu dagingnya sikit, dan bawangnya je yang lebih. Kali ni resepi kebab daging roti pita yang dikongsikan oleh Hazirah Ngaimin antara yang menarik untuk dicuba.

Mudah je resepinya dengan hanya gunakan daging kisar. Tapi yang penting ramuan dan perisa yang dimasukkan. Sedap dan cukup dengan rasa.

Berbaloi bila buat sendiri sebab boleh letakkan seberapa banyak inti yang anda suka. Nak buat style sos leleh atau kering pun terpulang pada anda.

 

RESEPI KEBAB DAGING ROTI PITA

Biasanya kalau beli kebab pasar malam tu sosnya selalu dibuat leleh atas kebab untuk menambahkan tarikan dan menaikkan lagi rasa.

Tapi resepi ni simple je. Tak curahkan sos pun tak apa sebab ramuan dalam inti kebab tu pun dah cukup berasa. Tapi terpulanglah pada anda kalau nak buat lebih berperisa lagi.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 3 keping roti pita (kerat 2 menjadi 6 keping)
  • 250 gram daging kisar
  • 3-4 ulas bawang putih (dikisar kasar)
  • 1 ulas bawang merah (dikisar kasar)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • ½ biji bawang holland (dipotong dadu)
  • 1 sudu serbuk kasar lada hitam
  • 2 sudu sos black pepper
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
Cara buat kebab daging roti pita:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Masukkan bawang putih dan bawang merah yang dikisar kasar.

▶️ Lepas bawang dah garing dan naik bau, masukkan daging kisar. Gaul sebati.

▶️ Kemudian masukkan serbuk kasar lada hitam.

▶️ Masukkan tomato yang telah didadukan.

▶️ Seterusnya masukkan sos cili, sos tiram dan sos black pepper. Kacau sehingga sebati.

▶️ Masukkan bawang holland dan kacau mesra.

▶️ Lepas dah masak sebati boleh padamkan api. Tunggu sejuk sekejap.

▶️ Sambil tu bakar sekejap roti pita yang telah dibelah 2 ke dalam air fryer pada suhu 200’c selama 3 minit je.

▶️ Kalau tak ada air fryer, bakar je atas kuali sekejap.

▶️ Kemudian masukkanlah salad dan juga inti daging yang telah dimasak tadi.

▶️ Dah siap. Sedia untuk dimakan.

 

BACA JUGA: Resepi Wrap Ayam Sedap Dan Mampat. Nama Lain Dia Burrito! Wajib Cuba Ni.

 

Nak curahkan sos cheese, sos cili atau mayonis atas kebab terpulanglah pada anda. Biasanya kalau dah cukup rasa pun intinya, masih juga rasa nak makan kebab ni dengan sos kan. Barulah bertambah sedap.

Buat untuk anak-anak pasti mereka suka. Kalau anda suka ayam, boleh juga gantikan dengan ayam kisar. Serius rasanya masih sedap dan menyelerakan.

Duduk-duduk rumah tu kalau terasa nak makan ala western sikit bolehlah buat kebab daging roti pita ni. Memang layan dengan bahannya yang simple dan sedap. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.