Segalanya Tentang Makan..

Kentang Bakar Dengan Topping Daging Dan Salutan Cheese Leleh. Sekali Cuba Confirm Repeat!

0 526

Sedapnya tengok hidangan kentang bakar yang penuh toppingnya macam hidangan hotel atau restoran mewah. Padahal nak buatnya mudah je. Terus rasa nak kongsikan resepi kentang bakar daging dan cheese ni pada anda semua.

Sekali pandang pun dah terliur kan. Kalau mula makan, habis licin sampai ke kulitnya. Kentang bakar ni sedap dimasak dengan kentang US yang besar saiznya dan lebih lembut berbanding kentang lain. Sebab tu sesuai kalau nak padatkannya dengan topping yang menarik.

Buat ibu-ibu yang selama ni pening memikirkan makanan santai yang sesuai dengan selera anak-anak, bolehlah buat hidangan kentang ni.

Kentang bakar ni memang unik ala hidangan makanan western. Memang boleh menarik perhatian anak-anak. Walaupun nampak santai makanannya, tapi amat sedap dan mengenyangkan.

Jadi tak perlu risaulah kalau rasa tak berbaloi buat hidangan kentang ni. Toppingnya bukan sekadar daging dan cheese, malah dagingnya tu dimasak dengan pelbagai bahan perasa. Jom lihat perkongian resepi dari Mrs Nor Wahid ni.

 

RESEPI KENTANG BAKAR DAGING DAN CHEESE

Mesti ada yang tertanya-tanyakan macam mana nak masak kentang dan daging tu. Cara masaknya mula-mula perlu korekkan isi kentang yang dah direbus. Kemudian dilenyekkan dan masakkan dengan daging. Bila disebatikan tu buatkan rasanya makin sedap!

Bahan-bahannya:
  • Kentang US 3 biji (atau apa-apa kentang pun okay janji besar)
  • Cheese cheddar 6 keping
  • Daging cincang 1 mangkuk (kalau tak ada daging cincang, gunakan je daging burger)
  • Garam secukupnya
  • Minyak zaiton
  • Serbuk kecil lada hitam 1 sudu
  • Bawang besar 1 biji (dicincang)
  • Bawang putih 4 ulas (dicincang)
  • Sos prego/sos tomato 3 sudu kecil
  • Mayonis 3 sudu kecil
  • Serbuk kari daging 2 sudu kecil
  • Cili 1 sudu
  • Daun bawang (dihiris kecil-kecil)
  • Oregano
  • Butter sedikit

Cara-cara penyediaannya:

▶️ Mula-mula cuci bersih kentang dengan gosok-gosokkan kulitnya sebab kulit akan dibakar sekali nanti.

▶️ Kemudian belah 2 kentang tu.

▶️ Sapukan minyak zaiton pada kentang dan taburkan sikit garam.

▶️ Lepas tu letakkan kentang atas tray bakar. Sambil tu panaskan oven 200’c.

▶️ Kemudian bakar selama 40 minit.

▶️ Selepas 25 minit pertama, boleh balikkan kentang supaya masak sekata. Kemudian sambung lagi bakar sampai cukup 40 minit atau sampai ianya masak dan lembut.

▶️ Dah masak tu, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

▶️ Lepas tu korek isinya. Hanya perlu tinggalkan ¼ – ½ inci isi kentang. Tengok juga saiznya sebanyak mana sesuai untuk ditinggalkan.

▶️ Lepas dah korek tu, lenyekkan separuh isi tu untuk dijadikan inti nanti.

▶️ Panaskan kuali, kemudian masukkan butter. Bila dah cair, masukkan bawang pula dan tumis sehingga garing dan naik bau.

▶️ Kemudian masukan daging, sos, serbuk kari, mayonis, garam dan lada hitam. Kacau sebati dan biarkan masak.

▶️ Bila daging dah masak, masukkan isi kentang tadi, tapi jangan masukkan semua. Separuh je dah cukup. Kemudian kacau sekata.

▶️ Dah masak tu, boleh padamkan api dan masukkan daun bawang.

▶️ Lepas tu boleh intikan setiap kentang yang dikorek tadi dengan ramuan daging dan letakkan kepingan cheese di atasnya.

▶️ Taburlah sikit oregano atau mixed herbs di atas cheese.

▶️ Akhir sekali, aturkan kentang atas baking tray. Dan bakar selama 8-10 minit atau sehingga cheese cair.

 

BACA JUGA: Resepi Makaroni Cheese Bakar Sedap Dengan Rasa Lemak Creamy! Boleh Buat Makan Santai.

 

Dah siap dessert mewah ni yang sedap tiada tandingan. Sebab apa dianggap mewah? Lihatlah cheese leleh tu. Kalau dari segi hidangan, memang padulah nampaknya.

Kalau nak tukar dari daging kepada ayam pun boleh juga. Ikutlah selera anda. Nak mudah, gunakan je burger daging lembu atau burger daging ayam Ramly. Siat-siatkan je.

Tak sangka ada menu kentang yang unik ni dengan nama kentang bakar daging cheese. Kalau ada masa lebih kat rumah tu, bolehlah cuba resepi ni. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.