pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Buat Resepi Ayam Goreng KFC Sendiri. Siap Lengkap Hidangan Ala KFC Di Rumah! Mesti Anak Suka.

0 446

Hujung-hujung minggu tu kat rumah apa kata tak perlu kemana-mana bawa anak makan di luar. Ini idea ibu-ibu untuk buat hidangan ala KFC di rumah. Tak perlu berbelanja banyak. Buat resepi ayam goreng KFC sendiri dengan hidangan lengkap lain lebih jimat lagi. Betul tak?

Saya nak kongsikan beberapa resepi mudah dari Rohana Benjamin untuk menu yang selalu laris di KFC iaitu ayam goreng, cheesy wedges dan juga coleslaw. Kalau ke KFC tu tak sah kalau tak order menu ni, lagi-lagi anak-anak yang memang gemarkan ayam dan kentang bercheese.

Kalau nak kata rasanya sebiji macam KFC tu tidaklah. Bak kata orang ini versi simple atau ‘homemade’ yang lebih mudah untuk disediakan. Tak mungkin dapat rasa sebiji seperti KFC yang dah tentu resepinya lebih eksklusif.

Tapi hidangannya masih sedap untuk anak-anak nikmati ketika waktu santai di rumah. Kalau rasa sekali mereka jatuh hati, silap-silap dimintanya ulang set menu yang sama esok-esoknya.

Dalam banyak-banyak menu tu, ayam goreng dah tentu yang paling digemari. Kalau nak buat ala KFC ni, syaratnya ayam perlulah digoreng crispy. Jom lihat cara penyediaannya.

 

RESEPI AYAM GORENG KFC, CHEESY WEDGES DAN COLESLOW

Bila buat sendiri di rumah ni untung sebab boleh buat sekali banyak. Ayam pun boleh buat ayam goreng pilihan bahagian mana kita suka.

Bahan untuk ayam goreng tepung:
Bahan perap:
  • Ayam drumstick 5 ketul
  • Pes bawang putih sesudu
  • Lada putih dan lada hitam
  • Garam sedikit

 

Bahan lain:
  • Tepung biasa
  • Serbuk paprika, serbuk kunyit dan lada putih 1 sudu untuk setiap satunya
  • Garam sedikit
  • Telur sebiji

Cara buat ayam goreng:

▶️ Mula-mula satukan pes bawang putih, lada putih, lada hitam dan garam sedikit.

▶️ Kemudian lumurkan pada ayam dan perap selama 1 jam atau lebih.

▶️ Dalam bekas lain, satukan pula tepung, serbuk paprika, serbuk kunyit, lada putih dan garam.

▶️ Kemudian pecahkan sebiji telur pada ayam perapan tadi.

▶️ Dan salutkan pada tepung untuk digoreng.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Bila minyak dah betul-betul panas, gorengkan ayam sehingga garing dan warna keperangan.

▶️ Boleh angkat dan toskan.

▶️ Sekarang sediakan coleslaw pula.

 

Bahan-bahan untuk coleslaw:
  • Kubis ½ biji (hiris halus)
  • Lobak merah sebiji (diparut)
  • Gula sesudu
  • Mayonis sebotol
  • Jus perahan lemon ½ biji

Cara buat coleslaw:

▶️ Satukan kesemua bahan di atas, kemudian gaulkan sehingga sebati.

▶️ Boleh adjust berapa banyak mayonis anda ingin letak dalam bahan. Ikut citarasa.

▶️ Dah siap.

 

Bahan-bahan untuk cheesy wedges:
Bahan potato:
  • Kentang 4 biji
  • Lada putih dan lada hitam
  • Garam sedikit
  • Tepung jagung sedikit

 

Bahan lain:
  • Serbuk cheese
  • 2 gelas air
  • Mayonis

 

Cara buat cheesy wedges:

▶️ Mula-mula potong kentang halus dan memanjang.

▶️ Kemudian lumurkan lada putih, lada hitam dan juga garam padanya.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali. Sementara tunggu minyak panas, taburkan sedikit tepung jagung pada kentang sebelum digoreng.

▶️ Lepas minyak dah panas, masukkan kentang dan goreng sehingga empuk dan garing.

▶️ Bancuhkan serbuk cheese dengan 2 gelas air. Dan gaulkan sebati.

▶️ Picitkan atas kentang bersama-sama dengan mayonis.

▶️ Sedia untuk dihidangkan bersama dengan ayam goreng dan juga coleslaw.

 

BACA JUGA: Kalau Nak Jimat, Buat Sendiri Sos Cheese Leleh Ala Kfc. Cicah Dengan Apa Pun. Sedap Sampai Menjilat Jari!

 

Ini dinamakan juadah KFC di rumah! Memang layan dan sesuai buat hidangan special hujung minggu. Ayam drumstick tu paling puas sekali sebab memang favorite semua.

Makan dengan sos cili Thai lagi bertambah menyelerakan. Nak rasa lagi lengkap macam kat KFC, hidangkan sekali dengan air Pepsi. Jangan lupa mencubanya. Selamat berKFC di rumah!

Leave A Reply

Your email address will not be published.