Hari ni jom buat masakan orang barat pula. Tengah-tengah malam kalau lapar, selain Maggi apa kata buat resepi fettucine carbonara sedap dan simple ni pula. Campak-campak je dah siap. Sedap sangat dengan rasa lemak berkrim. Mau makan sampai licin.
Masakan carbonara ni ada bermacam cara. Ada yang masak penuh dengan bahan segala herbs atau sayuran bagai. Tapi resepi ni gunakan 6 bahan asas je yang mudah untuk disediakan, tapi rasanya masih sedap dan menyelerakan.
Resepi ni masukkan campuran isi ayam yang ditumis dengan bawang putih dan bawang holland. Jadi, akan ada bau dan aroma wangi dalam kuah nanti yang buatkan kita tak cepat muak.
Tambahan lagi kalau tumiskan juga sikit cili padi untuk bagi rasa pedas-pedas dan bahang. Bila ada rasa pedas ni, berselera sikit bila makan kan. Tapi kalau nak buat untuk anak-anak, boleh skip cili padi ni.
Resepi fettucine carbonara simple ni dikongsikan oleh Asrinna Bakri. Untuk resepinya sediakan 6 bahan asas je. Itu pun dah cukup sedap. Tapi kalau nak tambahkan apa-apa bahan atau perasa boleh ikut citarasa anda.
RESEPI FETTUCINE CARBONARA SEDAP DAN SIMPLE
Kalau nak letak sayuran, boleh juga kalau anda nak masukkan lobak merah,cendawan butang, brokoli, malah nak letakkan sosej pun boleh juga untuk membangkitkan lagi selera. Tapi tak jadi resepi simple orang bujang lagilah. Ikut suka anda, janji sedap pada tekak.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Secekak fettucine
- Isi ayam
- Sekeping cheese
- Bawang holland yang dicincang
- Bawang putih yang dicincang
- Susu segar 2 cawan (boleh juga nak gantikan susu cair)
- Cili padi (optional)
- Daun ketumbar (dihiris)
Cara masak fettucine carbonara:
▶️ Mula-mula panaskan sikit minyak dalam kuali.
▶️ Kemudian masukkan bawang putih dan bawang holland yang dicincang bersama dengan sedikit cili padi.
▶️ Tumiskan sehingga warnanya bertukar keperangan dan naik bau wangi.
▶️ Seterusnya masukkan pula isi ayam. Kalau nak masukkan bahagian tulang pun boleh juga. Bahagian tulang ayam juga ada rasa manisnya dan wangi.
▶️ Kemudian masak isi ayam ni sehingga empuk.
▶️ Tuangkan susu segar (atau susu cair). Biarkan kuah mendidih sedikit.
▶️ Kemudian masukkan kepingan cheese. Biarkan je cheese tu mencair.
▶️ Nak tambahkan lagi rasa, boleh juga kalau nak taburkan sikit lada hitam dan mixed herbs. Kalau tak letak pun tak apa.
▶️ Kemudian masukkan fettucine. Perlahankan api, dan tutup dengan penutup kuali sekejap.
▶️ Biarkan sehingga fettucine melembut.
▶️ Selepas tu boleh masukkan air dan adjust tahap kepekatan kuah yang anda mahu.
▶️ Akhir sekali perasakan dengan garam dan sedikit pati ayam.
▶️ Dah siap! Taburkan hirisan daun ketumbar.
BACA JUGA: Resepi Baked Macaroni Cheese Leleh. Cara Simple Tapi Sangat Sedap Dan Puas Makan!
Rasanya yang creamy berlemak dengan campuran cheese ni memang berikan rasa yang sedap dan berselera bila hirup kuahnya.
Hidangan ni sedap kalau sediakan waktu petang-petang atau malam nak melayan tekak yang selalu craving makanan berkuah pekat ni. Lagipun mudah je nak sediakan resepi fettucine carbonara sedap ni. Jangan lupa mencubanya!