Warning: fopen(/tmp/d44322633cd756f90eba2cf336a17f6e-nlmrub.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/d44322633cd756f90eba2cf336a17f6e-nlmrub.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Macaroni Cheese Terlajak Sedap. Ada Bahan Rahsia Untuk Rasa Lebih Padu.

0 5,077

Ramai kat sini yang sukakan cheese kan? Dari kek, pizza, dessert, sampailah ke makanan western. Mana-mana yang ada cheese mesti jadi kegemaran. Resepi macaroni cheese ni salah satu menu bercheese yang sedap anda boleh buat.

Spagethi ke, macaroni ke, sebenarnya memang dah sinonim dengan cheese. Dalam resepi ni gunakan kepingan cheese atau cheese mozzarella. Tapi ada satu lagi bahan tambahan lain yang buatkan rasa dia lebih sedap dan terangkat iaitu serbuk cheese.

Melimpah ruahlah rasa cheesenya. Selain rasanya yang sedap, nak buatnya pun mudah je. Bahan sangat ringkas. Masak 15 minit je dah siap. Resepi mudah ni dikongsikan oleh Noratiqah Nordin.

Buat makan petang atau makan malam memang sesuai sebab nak sediakannya senang. Rasa pun sedap dan mengenyangkan.

Rasa macaroni cheese ni sedap berlemak-lemak. Macam biasalah, sedap berlemak tu disebabkan bahan susu segar. Ada pula campuran herbs yang buatkan macaroni cheese ni lebih wangi.

 

RESEPI MACARONI CHEESE

Sama ada nak buat kuah lebih atau kurang terpulang pada anda. Kalau nak kuah lebih, boleh lebihkan susu segar. Begitu juga sebaliknya. Tapi kebiasaannya orang buat kuah yang sedang elok dengan kuantiti macaroni tu.

Sebab kebanyakannya cepat muak kalau kuah susu berlebihan. Namun, semuanya terpulang pada selera masing-masing.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan macaroni:
  • 3 cawan macaroni
  • Air secukupnya untuk rebus macaroni
  • Sedikit minyak untuk rebus macaroni
Bahan lain:
  • 3 pcs cheese keping
  • 1 sudu parsley, 1 sudu basil, 1 sudu oregano
  • 3 cawan susu segar

Cara buat macaroni cheese:

▶️ Masukkan air dalam kuali/pan.

▶️ Kemudian tuangkan sedikit minyak dan macaroni.

▶️ Lepas tu rebus sehingga macaroni kembang. Ketepikan.

▶️ Dah rebus macaroni, buat kuahnya pula.

▶️ Mula-mula masukkan susu segar dalam pan.

▶️ Masukkan kepingan cheese. Kalau anda nak masukkan sekali mozzarella cheese pun boleh.

▶️ Kemudian masukkan serbuk cheese. Inilah rahsia kesedapan macaroni cheese ni.

▶️ Dah gaul sebati, masukkan semua ketiga-tiga herbs Italy pula.

▶️ Dan akhir sekali masukkan macaroni yang telah direbus tadi.

▶️ Gaul sehingga semua sekata.

▶️ Dah siap, sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Macaroni Goreng Tepung Rangup. Tak Sangka Dengan Makaroni Boleh Buat Snek Kudapan Yang Sangat Sedap!

 

Kalau anda nak kuah banyak, boleh lebihkan susu segar. Sesetengah orang taburkan lagi mozzarella cheese di akhir sekali masakan. Lepas tu bakar. Rasanya lebih sedap. Kalau anda ada oven, bolehlah cuba.

Tapi kalau tak ada oven pun, masak je sekali mozzarella cheese dan gaulkan dengan macaroni. Akan ada ‘effect’ cheese tarik-tarik tu. Yang hantu cheese mesti bertambah suka.

Nak buat resepi macaroni cheese sedap ni sebenarnya kena tahu selera tekak masing-masing. Sama ada suka cheese banyak atau tak. Atau kalau suka pedas boleh masukkan cili sikit. Ikut kreativiti anda. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.