Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Tauhu Telur Atau Tauhu Jepun. Sedap Buat Masak Sup, Sayur Dan Macam-Macam Lagi.

0 1,338

Kalau di pasaraya kat bahagian peti sejuk chiller, selalu nampak tauhu telur atau tauhu jepun ni dijual dalam bentuk pek. Sebenarnya ada cara buat tauhu telur yang mudah dan ringkas je bahannya. Sesetengah orang memang tak suka beli dan rajin buat sendiri.

Tauhu telur ni banyak lagi jenis masakan anda boleh buat selain sup dan sayur. Ada buat masak sos pekat, sambal, goreng tumis, dan kalau di restoran Chinese dimasukkan dalam hidangan mee. Rasa berlemak dan teksturnya yang lembut dan kenyal buatkan sedap.

Tak sama teksturnya dengan tauhu biasa. Rasa pun ada kelainan dari segi kepadatan isi tauhu. Tapi cara masak lebih kurang sama je. Bila nak buat apa-apa jenis masakan, biasanya tauhu ni akan digoreng dulu.

Menurut resepi yang dikongsikan oleh Norlaila Dlaila, hanya 4 bahan je yang diperlukan untuk buat tauhu telur homemade ni iaitu kacang soya, telur, tepung jagung dan air.

Kalau tak ada kacang soya atau malas nak kisarnya, boleh je beli air soya kosong di luar sana. Pastikan yang asli.

 

CARA BUAT TAUHU TELUR ATAU TAUHU JEPUN

Sebelum kisar, kacang soya perlu direndam dan dibuang kulitnya dulu. Rendam dalam 5 jam kemudian kisar dan tapis. Sebenarnya lagi puas pakai kacang soya ni sebab dah yakin asli dan boleh tentukan kepekatannya.

Bahan-bahan:
  • 1 kilo kacang soya
  • 4 biji telur
  • 3 sudu tepung jagung
  • 1.5 liter air

Cara buat tauhu telur/teuhu jepun:

▶️ Mula-mula rendam dulu kacang soya lebih kurang 5 jam.

▶️ Kemudian ramas-ramas untuk buang kulitnya.

▶️ Ini hasil kacang soya yang dah dibuang kulit.

▶️ Kisar sehingga halus kacang soya.

▶️ Kemudian tapis menggunakan kain.

▶️ Pastikan tak termasuk hampas-hampas kacang yang tak hancur sepenuhnya.

▶️ Dalam periuk, masakkan dengan api yang perlahan sehingga mendidih.

▶️ Akan timbul buih nanti dipermukaan soya. Tapis dan buangnya juga.

▶️ Dalam bekas lain, masukkan 4 biji telur, tepung jagung dan secawan air soya tadi.

▶️ Kacaukannya sehingga sebati.

▶️ Air soya yang dah mendidih tadi dimasukkan sedikit garam.

▶️ Kemudian tutup api dan tunggu sekejap dalam 5 minit. Lepas tu, tuang bancuhan telur dan tepung tadi ke dalam air soya.

▶️ Pastikan tapis adunan masa tuang tu untuk elakkan ada bendasing yang tak hancur habis.

▶️ Kacau sebati adunan dalam keadaan api yang dah padam.

▶️ Kemudian tapiskan sekali lagi dalam bekas lain.

▶️ Sediakan loyang atau apa-apa bekas sesuai untuk dikukus. Lapikkan siap-siap dengan baking paper.

▶️ Tuang adunan di dalamnya dan kukus selama 20 minit.

▶️ Lepas kukus, sejukkan sekejap dan baru masukkan dalam peti ais.

▶️ Dah betul-betul sejuk baru potong.

 

BACA JUGA: Resepi Rojak Petis Homemade Sedap. Jom Buat Kuah Rojak Sendiri Tanpa Gunakan Petis Pun Dan Jadikan Stok!

 

Mudah je kan buat tauhu telur homemade ni. Cuma kena ulang-ulang proses menapis adunan yang mana ianya tak susah sangat pun.

Masa nak buat pun sekejap je siap. Bila ada stok sendiri ni bolehlah buat masakan tauhu telur yang serius sedap. Anak-anak mesti suka lagi-lagi buat sup atau masakan sos.

Kalau selama ni anda cari cara buat tauhu telur homemade yang mudah, bolehlah ikut step ni. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.