Warning: fopen(/tmp/350a9f90dd84603ee18bdd2e8b1f7a0f-ZZev04.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/350a9f90dd84603ee18bdd2e8b1f7a0f-ZZev04.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Pau Goreng Atau Kuih Piang. Garing Di Luar, Lembut Di Dalam. Confirm Jadi!

0 18,358

Anda pernah makan pau goreng? Atau orang Sabah Panggil Kuih Piang. Kuih ni antara yang sedap kalau buat minum petang. Lagi-lagi makan panas-panas. Kulitnya rangup dan di dalamnya lembut. Letak apa-apa inti pun sedap. Cara buat pau goreng ni mudah je.

Macam nak buat kuih donut juga. Perlu uli tepung sampai jadi doh. Kalau tak betul uli, susah nak naik kembang dan gebu pau anda nanti. Cara buat kuih piang ni dikongsikan oleh Sii Nurul. Resepi dari ibu beliau. Bila air tangan orang lama ni jarang tak menjadi kan.

Ikut je bahan-bahan dan step yang ditunjukkan. Hasilnya puas hati. Nak goreng separuh garing, atau goreng sehingga rangup terpulang pada selera anda.

Biasanya pau goreng ni inti yang sedap dan paling digemari ialah kacang hitam atau merah. Tapi nak buat inti apa pun ikutlah citarasa masing-masing.

Sekarang ni inti pau pun dah banyak dijual yang readymade di kedai bahan-bahan kek. Pilih je nak inti apa. Tak perlu buat lagi dah inti sendiri.

 

RESEPI PAU GORENG/KUIH PIANG

Buat pau goreng ni tak perlu saiz besar-besar sangat. Saiz sederhana live casino je dah memadai dan sedap dimakan. Gorengannya tak perlu lama sebab cepat garing. Kena jaga-jaga depan kuali dan balik-balikkan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan yis
  • 1 biji telur
  • 2 sudu gula
  • 2 sudu besar susu
  • Mentega
  • Inti kacang hitam
  • Minyak untuk menggoreng
Cara buat pau goreng/kuih piang:

▶️ Satukan tepung, garam, yis, telur dan gula dalam 1 mangkuk besar yang sesuai.

▶️ Kacaukannya sampai sekata. Kacau pakai tangan je, macam buat kuih donut tu. Yis tu masukkan sekali tanpa air.

▶️ Kemudian bancuh susu pekat dengan air jadikannya 1 gelas.

▶️ Masukkan slot bet 100 susu ni dalam adunan tadi.

▶️ Gaul sehingga sebati (tak keras dan tak cair). Gaul sampai boleh diuli dengan tangan.

▶️ Lepas tu tambah mentega dan uli adunan sehingga menjadi doh yang tak melekat di tangan.

▶️ Biarkan adunan kembang selama 15-20 minit.

▶️ Lepas dah kembang, ambil adunan sikit dan buat seperti bebola ikan.

▶️ Kemudian leperkan (macam nak buat karipap tu).

▶️ Masukkan inti kacang hitam dan tutup. Bentukkan membulat semula.

▶️ Lepas dah isikan inti, leperkan adunan. Tekan pakai tapak tangan je atau uli pakai penguli tepung.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.

▶️ Goreng pau sehingga kemerahan. Jangan terlalu lama pula.

 

BACA JUGA: Cara Buat Biskut Tambun Rangup-Rangup Lembut. Dipanggil Juga Tau Sa Piang. Serius Sedap!

 

▶️ Dah kemerahan, boleh angkat dan toskan minyak.

▶️ Dah siap. Sedia untuk dihidangkan.

Hidangkan untuk minum petang dengan kopi panas. Serius sedap makan panas-panas tu. Dengan kelembutan pau dan kulitnya yang garing. Confirm cepat licin.

Selain inti kacang hitam, nak letak inti coklat, sambal bilis, kari ayam/daging, sardin, pandan atau apa sahaja terpulang pada anda. Buat sekali bermacam-macam jenis inti lagi puas makan.

Lepas ni nak makan pau goreng atau kuih piang ni, buat sendiri je. Tak perlu beli lagi dah di luar. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.