Segalanya Tentang Makan..

Resepi Bubur Sagu Sum Sum, Lemak-Lemak Manis. Sedap Lalu Kat Tekak.

0 1,064

Pada yang suka pencuci mulut berlapis-lapis dan rasa lemak-lemak manis, wajib cuba resepi bubur sagu sum sum ni. Tengok je pun dah nampak sedap dan menggiurkan. Lagi bertambah enak makan sejuk-sejuk atau buat makan santai.

Kadang-kadang tekak ni mencari benda manis-manis. Makan kek atau dessert lain kurang lalu kat tekak. Tapi kalau makan pencuci mulut yang ada lemak santan dan manis air gula ni sedapnya lain macam. Bila mengalir kat tekak terasa nikmatnya.

Bubur sagu sum-sum ni lebih menarik sebab ada lapisan sagu tu sendiri. Kalau anda jenis suka makan dessert yang ada sagu, tahulah kesedepan rasa dan teksturnya yang kenyal-kenyal tu.

Pencuci mulut akan terasa lengkap dengan adanya lapisan sagu, santan dan air gula melaka. Nak buat bubur sagu sum sum ni mudah je.

Ikut resepi yang dikongsikan oleh Nur Balqis. Mudah nak faham stepnya. Bahan yang diperlukan pun tak banyak, dan kesemuanya masak atas dapur je.

 

RESEPI BUBUR SAGU SUM SUM

Biasanya bila nak hidangkan bubur sagu sum sum ni baru tuang sirap gula melaka. Untuk tahap kemanisannya, terpulang pada anda nak letak banyak mana. Ikut selera anda sendiri.

Bahan lapisan sagu:
  • 1 cawan sagu
  • 3 cawan air
  • 2 titik esen pandan
  • Sedikit pewarna hijau
Cara buat lapisan sagu:

▶️ Masak air bersama sagu dalam periuk sehingga mendidih.

▶️ Kemudian masukkan esen pandan dan pewarna hijau. Bajet-bajet warna hijaunya. Kacau sehingga jernih.

▶️ Kalau ikut resepi asalnya, lepas masak, sambung pula kukus sampai sagu jernih.

▶️ Tapi untuk resepi ni, nak mudah masak terus sampai jernih. Kena rajin kacau.

▶️ Sediakan bekas sesuai.

▶️ Lepas tu sendukkan sagu dan masukkan dalam bekas.

▶️ Sejukkan.

Bahan lapisan bubur sum sum:
  • 4 cawan santan
  • ½ cawan tepung beras
  • Garam secukupnya
Cara buat lapisan bubur sum sum:

▶️ Satukan kesemua bahan dalam periuk.

▶️ Kacau sehingga sebati dan masak atas dapur sehingga pekat dan meletup-letup.

▶️ Kena pastikan sentiasa kacau dengan api sederhana untuk elakkan berketul-ketul.

▶️ Lepas masak elok, terus tutup api.

▶️ Tuangkan adunan ni atas sagu tadi.

▶️ Sejukkan.

Bahan sirap gula melaka:
  • 1 keping gula melaka
  • 4 sudu besar gula pasir
  • ½ cawan air
  • 1 titik esen pandan
Cara buat sirap gula melaka:

▶️ Satukan kesemua bahan dalam kuali dan kacau sehingga bahan semua larut sebati.

▶️ Lepas dah elok cair, tutup api.

 

BACA JUGA: Puding Karamel Pandan Cheese Tanpa Telur. Lembut-Lembut Gedik, Manis Dan Wangi!

 

▶️ Tapiskan ke dalam bekas sesuai.

▶️ Sejukkan.

Bila nak hidangkan je, tuang sirap gula melaka anda ikut tahap manis anda suka. Gabungan sagu, bubur sum sum yang lemak masin dan sirap gula ni memang padu rasanya.

Makan pula waktu sejuk-sejuk, lega rasanya tekak ni. Tak sedar habis dah sebekas makan sorang-sorang. Kalau anda jenis suka makan panas-panas pun boleh. Buatlah cara hidangan yang anda suka.

Pencuci mulut seperti bubur sagu sum sum ni sesuai juga nak jadikan dessert untuk tetamu. Nak buat waktu bulan puasa pun sesuai. Penyediaannya mudah je. Selamat mencuba.2

Leave A Reply

Your email address will not be published.