Segalanya Tentang Makan..

Resepi Nasi Ayam Thai Mudah Dan Sedap, 30 Minit Siap. Wajib Cuba Ni!

0 282

Dulu kalau nak masak nasi ayam, leceh je rasa nak tumis-tumis bahan bagai. Kali ni jom cuba resepi nasi ayam Thai yang mudah untuk disediakan ni. Ayam yang dah siap direbus, dimasukkan sekali dalam nasi. Style nasi ayam thai ni tak perlu goreng ayam.

Yang menarik, sosnya berbeza macam sos merah nasi ayam yang biasa kita masak. Faham-faham jelah masakan style thai ni. Sosnya lebih padu dan wangi. Resepi ni dikongsikan oleh Nur Aisya. Kalau anda peminat nasi ayam, wajib cuba resepi ni.

Resepinya simple sebab tak perlukan bahan yang banyak. Tapi cukup menyelerakan sebab aromanya terasa. Nak ikutkan ramai yang suka ayam digoreng kan? Tapi sebenarnya masak style macam ni tak kurang juga enaknya.

Ayam akan lebih lembut. Dan bila dimasukkan sekali dalam periuk nasi yang sedang dimasak, ayam tu lebih wangi.

Hujung minggu ni bolehlah cuba. Paling senang nak masak. 30 minit je dah siap. Nak buat menu makan malam pun sesuai. Balik dari kerja tu sempat lagi masak untuk makan malam.

 

RESEPI NASI AYAM THAI

Untuk bahagian supnya, air rebusan ayam tu terus jadikan sup. Cuma kalau nak lebih menarik, boleh tambah bahan-bahan lain seperti fishball, fish cakes, cendawan tiram dan sebagainya. Ikutlah selera anda.

Bahan-bahan rebusan ayam:
  • 2 peha ayam keseluruhan (whole leg)
  • 1 batang serai
  • 3 hiris halia
  • 1 pokok daun ketumbar (dengan akar sekali)
  • 1 kiub ayam
  • Sedikit garam
  • Air
Cara rebus ayam:

▶️ Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan rebus sampai ayam masak.

▶️ Air rebusan ni nanti akan digunakan untuk masak nasi dan jadikan sup untuk makan.

Bahan-bahan nasi:
  • Beras (cuci bersih)
  • Air rebusan/sup ayam tadi
Cara masak nasi:

▶️ Masukkan beras dan sup ayam tadi dalam periuk nasi. Jangan lupa tinggalkan sup untuk makan nanti.

▶️ Masukkan kesemua bahan-bahan daunnya juga.

▶️ Letak ayam kat atas beras.

▶️ Sukat air untuk beras macam biasa anda masak nasi.

▶️ Lepas tu tanak nasi seperti biasa.

▶️ Ini nasi yang dah siap dimasak.

Bahan-bahan sos Thai:
  • 1 ulas bawang putih
  • Cili api (ikut kepedasan anda)
  • 1 batang cili besar merah
  • Tangkai pokok ketumbar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • Sos ikan (nampla)
  • 2 ulas bawang putih (racik)
  • 1 tangkai pokok ketumbar (hiris halus)

Cara buat sos Thai:

▶️ Kisar 1 ulas bawang putih, cili api, cili merah dan tangkai pokok ketumbar sehingga halus.

▶️ Kemudian masukkan dalam periuk dan masak sekejap.

▶️ Masukkan sos tiram, sos cili, dan sos nampla. Boleh agak-agak kepekatannya.

▶️ Lepas dah masak, tuangkan dalam mangkuk.

▶️ Masukkan bawang putih yang diracik dan juga setangkai pokok ketumbar yang dihiris.

▶️ Gaul sebati, dah siap.

 

BACA JUGA: Cara Masak Nasi Carrot Dengan Lauk Ayam Masak Merah Kenduri! Sedap Sangat Confirm Makan Bertambah-Tambah!

 

Hidangkan sos dengan nasi ayam tadi. Untuk sup pula, boleh tambah fish cakes, fishball dan cendawan ikut suka anda. Akhir sekali taburkan daun sup.

Nasi ayam ni walaupun simple, tapi serius sedap. Muak juga kan kalau makan nasi ayam style sama je. Buat style thai ni mesti anak-anak suka. Ayam dan nasi lebih lembut dan wangi.

Lepas ni kalau nak masak nasi ayam, cubala resepi nasi ayam thai ni pula. Mudah dan cepat je masak. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.