Segalanya Tentang Makan..

Buat Sendiri Air Jagung Sedap, Serius Bikin Ketagih. Sedap Ya Amat! Bahan Senang Je.

0 7,252

Peminat air jagung, selalu kalau nampak air jagung orang jual tepi jalan mesti beli kan. Air jagung ni kalau buat pekat-pekat, lepas tu letak air batu, fuhh bukan main nikmat rasanya. Lagi-lagi waktu cuaca panas. Ada cara buat air jagung sedap yang anda boleh cuba.

Kalau buat ni sekali, memang boleh bikin ketagih. Anda tak kan cari air jagung kat luar lagi. Tak perlu gunakan buah jagung sebenar pun. Hanya gunakan pati perisa jagung, dan campurkan beberapa bahan lain untuk menaikkan lagi rasanya.

Berbaloi-baloi buat seperiuk besar. Rasanya berlemak-lemak. Resepi ni dikongsikan oleh Hajal Aishah Zakirai. Beliau terinspirasi dari resepi Miya Aira. Lepas cuba sekali, terus buat ulang-ulang. Patutlah bagi nama air jagung ketagih.

Buat sekali banyak, lepas tu simpan dalam botol dan letak dalam peti sejuk. Nak minum je, tambahkan lagi air batu. Atau minum macam tu je sejuk-sejuk.

Nak lagi sedap sebenarnya boleh masukkan jagung dalam tin tu. Yang ini memang tak akan dapatlah di luar. Jarang orang jual. Bila buat sendiri ni, bolehlah pelbagaikan untuk rasa yang lebih sedap.

 

RESEPI AIR JAGUNG KETAGIH

Air jagung ni warnanya kekuningan. Kalau nak nampak lebih menarik, boleh masukkan sedikit sirap. Nanti warna akan nampak oren-oren sikit. Kalau nak hidangkan untuk tetamu memang sesuai sangatlah sebab cantik sikit hidangannya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Pati perasa jagung (apa-apa brand pun boleh, janji pekat)
  • Susu pekat
  • Susu cair
  • Coffee mate (untuk rasa lebih berkrim. Kalau tak letak pun tak apa)
  • Sedikit gula (kalau suka)
  • Sedikit garam (sikit je, nak bagi rasa lemak-lemak lagi)
  • Sedikit pati sirap (nak cantikkan warna supaya oren-oren sikit)

Cara buat air jagung ketagih:

▶️ Mula-mula masukkan air dalam periuk dan biarkan mendidih.

▶️ Kemudian masukkan pati perasa jagung.

▶️ Masukkan susu pekat.

▶️ Lepas tu masukkan susu cair.

▶️ Sebenarnya boleh agak-agak je bahan-bahan ni ikut kepekatan dan rasa manis air jagung anda.

▶️ Masukkan 3 sudu besar coffee mate untuk rasa lebih berkrim. Tapi kalau tak ada pun tak apa.

▶️ Kalau nak tambah lagi gula pun boleh kalau nak manis gula biasa.

▶️ Akhir sekali masukkan sedikit garam untuk naikkan lagi rasa lemak.

▶️ Kacau sehingga sebati, dan biarkan masak sampai mendidih dan berbuih.

 

BACA JUGA: Cara Buat Air Detox Semula Jadi Untuk Kurus Dan Kulit Cantik. Tak Percaya Boleh Cuba.

 

▶️ Dah siap boleh padamkan api.

▶️ Tunggu sejuk sekejap, lepas tu masukkan dalam jug dan tambahkan air batu untuk dihidangkan.

Sedapnya tiada tandingan. Lagi-lagi kalau anda buat cukup rasa jagung, manis dan lemaknya. Mahu bergelas-gelas minum.

Kalau nak lagi sedap, tambahkan jagung tin tu. Berketul-ketul jagung dalam tu lagilah nikmat. Tapi kalau anda jenis suka minum air je, tak letak jagung pun tak apa.

Lepas ni kalau ada tetamu datang rumah, cubalah hidangkan air jagung sedap ketagih ni. Mesti tetamu puji punya. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.