pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Acar Ikan Bilis Campur Dengan Ikan Masin Kurau! Memang Sedap Dan Padu Rasa Dia!

0 1,516

Siapa pernah makan acar ikan bilis? Jarang dengar kan masakan ni? Selalu kita makan acar buah atau sayuran je. Kali ni ikan bilis dibuat acar, dan campur pula dengan ikan masin kurau! Kalau dimakan dengan nasi panas, memang sedap sangat.

Lauk ni cukup rasa pedas, manis, perasa, dan aroma rempah. Cara buat acar ikan bilis campur ikan masin kurau ni mudah je. Hanya proses menumis, lebih kurang macam masak sambal ikan bilis kering. Kalau lagi pekat atau banyak ecak-ecak kuahnya, lagi sedap.

Acar ikan bilis ni memang jarang orang buat. Yang ada pun ada bermacam-macam cara masak yang berbeza. Kali ni saya nak kongsikan resepi ni dari page Selera Tekak Keluargaku. Nampak sangat menyelerakan dan mudah je resepinya.

Selalunya memang masak dengan ikan masin kurau sebab ikannya lagi lembut dan tebal. Dan kombinasinya dengan ikan bilis memang sesuai dalam hidangan.

Bagi peminat ikan bilis tu, dari selalu makan sambal kering ikan bilis, apa kata kali ni jom cuba masak acar ikan bilis pula. Boleh bertukar-tukar selera sesekali tu.

 

ACAR IKAN BILIS CAMPUR IKAN MASIN KURAU

Sebenarnya acar ikan masin sahaja pun dah banyak orang buat berbanding acar ikan bilis. Namun resepi ni sesuai bila digabungkan ikan bilis dan ikan masin. Terpulang pada anda nak ikut selera macam mana.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ikan masin kurau 50 gram yang dipotong dadu (dibasuh dan digoreng dahulu)
  • Ikan bilis 100 gram (dibasuh dan digoreng juga dahulu)
  • Bawang merah kecil 20 biji
  • Bawang putih 20 biji
  • Halia 3 cm yang dihiris halus
  • Kismis 3 sudu besar
  • Cili padi merah 10 biji. Ataupun cili merah besar 4 biji (dibelah 4 bahagian)
  • Cili padi hijau 10 biji. Ataupun cili hijau besar 4 biji (dibelah 4 bahagian)
  • Cili kisar 3 sudu besar
  • Serbuk kari daging 1 sudu besar
  • Serbuk lada hitam 1 sudu kecil
  • Cuka setengah cawan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Serbuk perasa kalau mahu
  • Minyak masak

Cara buat acar ikan bilis campur ikan masin:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.

▶️ Selepas tu masukkan pula serbuk kari, lada hitam, cuka, cili merah dan cili hijau.

▶️ Kacau dan biarkan masak seketika.

Sumber: Majalah Keluarga

▶️ Kemudian masukkan ikan bilis, ikan masin dan kismis. Kacau sehingga sebati.

▶️ Masukkan garam dan gula secukup rasa.

▶️ Bagi yang nak masukkan perasa, boleh letakkan juga.

▶️ Setelah dah masak boleh padamkan api.

▶️ Untuk resepi ni, ada dimasukkan sos cili dan sos tiram sedikit kerana nak dapatkan ecak kuah yang pekat.

▶️ Namun, bagi yang tak nak letak pun tak apa.

▶️ Sedia dihidangkan!

 

BACA JUGA: Agar-agar Santan Pandan Sedap Dan Senang Nak Buat! Makan Sejuk-Sejuk Serius Marvellous!

 

Fuhh, tengok gambar je dah buat terliur. Bahan-bahan yang digunakan pun boleh bayangkan macam mana rasanya. Ada pelbagai rasa yang menambatkan lagi selera.

Nak masaknya pun mudah dan cepat. Kalau makan acar ikan bilis ni je tanpa lauk lain lagi dah cukup. Memang menusuk rasa dia. Sesuai sangat kalau nak buat juadah sahur bulan puasa nanti.

Semoga perkongsian resepi ni boleh menambahkan lagi idea masakan ikan bilis yang anda suka. Boleh dihidangkan nanti untuk keluarga dan tetamu yang datang ke rumah. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.