pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Daging Kerutuk Sedap, Original Dari Kelantan. Memang Padu Kuahnya!

0 34,553

Masakan kerutuk ni memang terkenal kat negeri Kelantan. Kalau masak kena dengan bahan dan resepinya, boleh makan sampai meleleh air mata. Padu sangat lauk ni kalau dimakan dengan nasi putih panas-panas.

Nak rasa makan lauk kerutuk yang sedap ni semuanya bergantung pada kepekatan kuah dia. Orang kata kalau dek terlalu sedap kuah kerutuk ni, cicah dengan roti biasa pun dah terasa betul nikmatnya. Yang paling mengancam sekali kalau dimasak dengan daging atau itik.

Rahsia yang membuatkan kuahnya sedap sangat tu ialah disebabkan rempah kerutuk timbang yang biasa dapat kat Kelantan. Memang tak boleh go lah kalau tak ada bahan ni. Sebab tu dah ramai sekarang orang jual rempah ni melalui shopee dan Lazada.

Bagi anda yang nak cuba masak sendiri lauk ni, apa kata jom ikut resepi daging kerutuk sedap yang dikongsikan oleh Afy Al Habibi ni.

Resepi beliau paling nampak menyelerakan, dan rasa dia memang setandinglah dengan kedai makan kat Kelantan. Rugi kalau tak mencubanya!

 

RESEPI DAGING KERUTUK SEDAP

Gulai kerutuk ni tak rasa begitu pedas. Dan lebih pada rasa rempah dan manis kuahnya. Kalau anda yang suka sedikit pedas, bolehlah lebihkan sikit cili kisar. Namun tak perlu banyak-banyak sebab nanti jauh pula rasanya dari rasa kerutuk yang sebenar.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Pes bahan kisar:

  • Bawang merah 3 biji saiz bola pingpong
  • Bawang putih seulas
  • Serai 2 hiris bulat
  • Halia sehiris nipis
  • Lengkuas sehiris nipis
  • Jintan putih ½ sudu kecil
  • Rempah ketumbar ½ sudu kecil

Bahan-bahan ni perlu dikisar sehingga lumat.

Bahan-bahan lain:
  • 4 sekawan
  • Cili kisar 1 sudu kecil
  • Rempah kerutuk timbang Kelantan 3 ½ sudu besar
  • Air asam jawa (asam jawa secubit yang dibancuh dengan ½ cawan air)
  • Kerisik 1 sudu besar
  • Santan ½ cawan
  • Perasa secukupnya (iaitu garam, nise Kelantan dan gula)
  • Daging ½ kilo yang dipotong nipis dan lebar
  • Air

 

Cara masak daging kerutuk:

▶️Mula-mula panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis 4 sekawan.

▶️ Setelah dah naik bau, masukkan cili kisar. Kacau dan biarkan cili kisar masak sedikit.

▶️ Masukkan pula rempah kerutuk dan terus kacau menggunakan api yang perlahan. Kacau sehingga naik minyak.

▶️ Kemudian masukkan air asam jawa.

▶️ Seterusnya masukkan gabungan bahan perasa iaitu garam, nise Kelantan dan gula secukup rasa. Yang ni ialah perasa peringkat pertama. Selepas ni akan dimasukkan lagi.

▶️ Selepas tu masukkan daging. Kacau sehingga rata dengan bahan dan kemudian tutup kuali dengan penutup. Biarkan daging dimasak kira-kira 40 minit dengan menggunakan api perlahan.

▶️ Setelah dah empuk daging, masukkan sesudu besar kerisik. Kacau sedikit.

▶️ Kemudian masukkan pula santan dan ditambahkan sedikit air.

▶️ Kacau sehingga santan dan bahan sebati.

▶️ Seterusnya masukkan peringkat kedua perasa secukup rasa.

▶️ Dalam api yang perlahan, renehkan lauk lebih kurang dalam 30 minit. Rasanya akan lebih naik dan menyerlah.

▶️ Dah siap boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Cara Buat Creampuff Sedap Dan Senang. Gebu Di Luar, Lembut Berkrim Isi Di Dalam!

 

Wahh, padukan kuah dia! Proses mereneh ni inilah yang membantu menaikkan lagi aroma masakan. Bila adanya rempah dan santan, boleh terasa gabungan aroma rempah dan lemak santan tu. Memang berhantu rasa dia!

Bila nak menjamu selera tu, hidangkan dengan nasi putih panas dan ulam-ulaman. Memang puas hati makan tengahari dan malam anda nanti dengan juadah ni. Confirm bertambah-tambah nasi!

Untuk yang nak mula belajar masak kerutuk tu, ikutlah resepi daging kerutuk sedap ni. Jangan lupa kongsikan resepi ni di Facebook anda supaya nanti senang nak rujuk resepi semula. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.