pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Masak Nasi Carrot Dengan Lauk Ayam Masak Merah Kenduri! Sedap Sangat Confirm Makan Bertambah-Tambah!

0 4,896

Pernah dengar tak nasi carrot? Selalu kita dengar nasi tomato je kan. Kalau kat kenduri kawin pulak makan nasi minyak. Kali ni jom try cara masak nasi carrot atau lobak merah ni. Dan padankan dia dengan lauk ayam masak merah kenduri.

Confirm makan bertambah-tambah! Nasi carrot ni sebenarnya sedap juga, dan lain dari yang lain. Walaupun kalau nak ikutkan rasa dia tak ‘strong’ atau kuat sangat berbanding sayuran lain seperti tomato, tapi ada rasanya yang tersendiri.

Cara masak nasi carrot ni pun mudah je. Lebih kurang macam masak nasi minyak atau nasi tomato, cumanya kali ni dimasukkan sekali carrot. Nasi kita akan tambah lebih berkhasiat. Tumisan rempah pada awal masakan nasi tu pun masih ada.

Jadi, ada aroma rempah dalam nasinya, dan ditambah lagi  dengan carrot yang ada rasa-rasa manisnya pula. Tomato juga akan diblend bersama. Boleh bayangkan dah rasanya macam mana kan.

Perkongsian resepi ni dari Nur Aisya, dan ditunjukkannya cara masak nasi carrot yang simple. Selain tu resepi ayam masak merah kenduri yang sedap juga turut dikongsikan untuk dimakan bersama dengan nasi carrot ni.

 

RESEPI NASI CARROT/LOBAK MERAH

Dah ramai orang kongsikan resepi nasi carrot ni. Ada antaranya yang masukkan carrot yang dipotong halus semasa menumis. Namun resepi ni kita kisarkan dulu carrot dengan tomato, dan terus ditumiskan bersama untuk blend kan lagi rasa dia.

Bahan-bahan perlu ada:
  • Beras basmathi (kalau tak ada, boleh pakai beras lain. Kalau guna beras basmathi, rendamkan dulu selama 30 minit kemudian toskan)
  • Carrot 1 batang yang siap direbus
  • Tomato 1 biji yang dipotong dan dibuang biji (turut direbuskan juga)
  • 1 kiub ayam
  • Bawang besar yang dah siap dihiris
  • Halia juga dihiris
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sekawan
  • Marjerin dan juga minyak masak untuk menumis

Cara masak nasi carrot:

▶️ Mula-mula kisarkan carrot dan tomato yang dah siap direbus tu bersama.

▶️ Lepas tu panaskan kuali atas dapur, dan masukkan marjerin dan minyak masak.

▶️ Setelah dah panas minyak dan merjerin, masukkan 3 sekawan, bawang besar dan halia. Tumis kesemua bahan ni sehingga naik bau dan garing.

▶️ Seterusnya masukkan daun pandan dan terus menumis lagi.

▶️ Selepas tu masukkan carrot dan tomato yang dah siap diblend tadi. Kacau sehingga sekata.

▶️ Masukkan kiub ayam dan garam. Pada waktu yang sama masukkan juga gula 1 sudu. Kacau sehingga semuanya sebati.

▶️ Selepas tu padamkan api, dan masukkan bahan-bahan ni ke dalam periuk nasi yang dah berisi beras basmathi yang dah ditos pada awal tadi.

▶️ Masukkan pula air ke dalam periuk nasi. Bagi beras basmathi, ukuran airnya ialah 2 cup beras bersamaan dengan 4 cup air. Kalau anda pakai beras selain basmathi, boleh ikut sukatan beras biasa anda.

▶️ Masakkan nasi seperti biasa.

▶️ Kemudian masak pula ayam masak merah kenduri.

 

Bahan-bahan ayam masak merah:
  • Ayam yang dah siap digoreng dengan kunyit dan garam
  • 4 sekawan
  • Tomato dipotong, dibuang biji dan dihiris
  • Cili kering, bawang putih dan bawang merah yang dikisar bersama
  • Sos cili
  • Daun pandan
  • Gula merah
  • Bawang besar hiris

Cara buat ayam masak merah kenduri:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis 3 sekawan, bawang besar hirisan dan daun pandan sehingga naik bau.

▶️ Seterusnya masukkan tomato yang dah siap dihiris.

▶️ Masukkan pula pes cili blend dan sambung tumis sehingga garing.

▶️ Kemudian masukkan pula sos cili, gula merah dan garam secukup rasa. Boleh rasa-rasa dan adjust manis dan masinnya.

▶️ Akhir sekali masukkan ayam yang dah siap digoreng, dan gaulkan sebati sambal merahnya ke seluruh ayam.

▶️ Selepas beberapa minit, padamkan api.

Dah siap dan sedia dihidangkan bersama nasi carrot.

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Daging Air Asam Utara, Kuah Air Asam Yang Padu, Sedap Bila Digaulkan Dengan Nasi!

 

Wahh, nampak berselera nasi carrot ni kan? Nanti boleh dihidangkan sekali dengan ulaman dan sambal belacan. Sedap sangat dijamah bersama keluarga pada hujung minggu.

Musim-musim tak ada kenduri ni, boleh masak sendiri di rumah lauk macam ni kalau teragak sangat nak makan lauk kenduri kan. Boleh makan bertambah-tambah. Nanti jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.