Warning: fopen(/tmp/2cece8ab0eebc2ea2c68930cbcc84903-7F8VbT.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/2cece8ab0eebc2ea2c68930cbcc84903-7F8VbT.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Nasi Minyak Terengganu Gulai Daging Sedap, Hidangan Yang Cukup Istimewa!

10,410

Dengar nama je pun dah tau, pasti sedap dan menambat selera. Kalau anda nak sediakan hidangan special kat rumah, resepi nasi minyak Terengganu gulai daging ni paling sesuai sangat untuk dijadikan hidangan!

Nasi minyak ni memang nasi berperisa yang orang suka makan lagi-lagi kalau dalam majlis keramaian. Memang berselera dimakan dengan lauk seperti ayam dan daging. Kalau sebut pula gulai daging, terus teringat dengan resepi gulai daging yang cukup popular dari pantai timur.

Resepinya lain dari yang lain sebab menggunakan rempah khasnya yang memang sedap kalau dijamu dengan nasi minyak ni. Dan juadah tu akan jadi lebih lengkap lagi kalau dihidangkan dengan acar mentah.

Resepi nasi minyak Terengganu gulai daging ni kalau dilihat memang banyak cara masak yang orang kongsikan. Lain-lain air tangannya yang memenuhi citarasa sendiri. Kali ni saya nak kongsikan resepi nasi minyak dan gulai daging ini yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli.

Cara masaknya mudah diikuti walaupun menggunakan bahan yang pelbagai, namun hasilnya amat sedap dan menyelerakan. Jom kita lihat cara penyediaannya.

 

RESEPI NASI MINYAK TERENGGANU

Nasi minyak ni sedap dan lagi cantik kalau dihidangkan dengan nasi dari beras basmathi. Tambahan lagi dengan warna dan texturenya yang lembut membuatkan hidangan tu lagi menambat selera. Tetapi kalau tak ada beras basmathi, boleh masak nasinya menggunakan beras biasa yang anda masak.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk nasi minyak:
  • 6 cawan beras basmathi (jenama yang digunakan ialah Jasmin parboil). Beras ni direndam dulu selema ½ jam dan ditoskan.
  • 1 biji bawang besar yang dimayang
  • 4 sekawan
  • 2 batang serai yang diketuk
  • 2 helai daun pandan yang disimpul
  • Minyak sapi
  • Minyak masak
  • Biji gajus atau kismis
  • ¼ tin susu cair
  • 3 sudu besar sos tomato
  • Garam
  • 1 sudu kecil pewarna kuning telur

Cara masak nasi minyak:

▶️ Mula-mula panaskan periuk nasi elektrik. Kemudian masukkan minyak sapi dan minyak masak.

▶️ Setelah dah panas, masukkan bawang besar, 4 sekawan, serai dan daun pandan. Kacau dan tumis sehingga naik bau wangi.

▶️ Kemudian masukkan beras basmathi yang dah siap ditos tadi. Kacau sekata dan masukkan air.

▶️ Kalau menggunakan beras basmathi jasmin parboil ni, sukatan airnya adalah sama dengan sukatan beras. Bagi anda gunakan beras lain, ikut sukatan biasa yang anda masak.

▶️ Seterusnya masukkan susu cair, sos tomato, garam dan pewarna kuning telur. Kacau sehingga sekata.

▶️ Selepas tu tanak nasi seperti biasa. Lepas nasi baru je masak dan masih belum kering sepenuhnya, boleh taburkan biji gajus atau kismis dan kacau berhati-hati nasi tu. Sebab takut nasi patah.

▶️ Tutup semula tudung periuk nasi dan biarkan lagi masak 20 minit sehingga kering sepenuhnya. Dah siap masak nasi.

▶️ Kemudian jom sediakan gulai daging.

 

Bahan-bahan untuk gulai daging:
  • 1 kilo daging (potong sederhana je, tak terlalu kecil atau besar. Dan pastikan potong melawan urat daging)

 

Bahan perapan daging:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • ½ inci lengkuas
  • 4 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
  • 1 setengah sudu besar rempah masak cap bunga ros
  • 5 sudu besar sos tomato
  • Biji badam yang disangai dan ditumbuk halus
  • Bawang goreng 1 cawan

 

Bahan tumisan:

  • 1 biji bawang besar yang dimayang
  • 2 helai daun pandan yang disimpul
  • 4 sekawan
  • 2 sudu besar cili boh
  • 2 batang serai yang diketuk
  • Minyak masak

 

Bahan-bahan lain:

  • ½ tin susu cair
  • Gula melaka
  • Garam secukup rasa

 

Cara membuat gulai daging:

▶️ Mula-mula sediakan bahan perapan daging. Kisar bawang besar, bawang merah, halia dan lengkuas.

▶️ Kemudian satukan bahan kisar ni dengan rempah gulai cap bunga ros, rempah masak cap bunga ros, sos tamoto, biji badam yang dah siap ditumbuk halus dan bawang goreng.  Biji badam tu dimasukkan untuk rasa lemak pada kuah.

▶️ Perap ayam dengan semua bahan-bahan ni selama setengah jam.

▶️ Selepas tu panaskan minyak di kuali, dan masukkan semua bahan tumisan. Tumis sehingga naik bau wangi dan pecah minyak.

▶️ Seterusnya masukkan daging yang diperap tadi.

▶️ Tutup kuali dengan tudung periuk dan biarkan air daging keluar, dan biarkan sebati dengan rempah perapannya tu bersama bahan tumisan.

▶️ Masukkan air 3 cawan untuk kuahnya.

▶️ Masukkan pula susu cair secukup rasa.

▶️ Terus renihkan daging dengan api yang sederhana.

▶️ Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau sebati.

▶️ Masak sehingga daging betul-betul empuk. Boleh tengok dulu daging. Kalau masih tak empuk lagi dan air merenih semakin kering, tambahkan air panas sedikit.

▶️ Masak sehingga kuah juga jadi pekat.

▶️ Dah masak daging dan pekat kuahnya, bolehlah padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

Sangat menyelerakan bila tengok kuah gulai daging yang pekat ni kan. Dan bila tengok je nasi yang lembut dan cantik kejadiannya, jadi tak sabar pula nak cuba resepi nasi minyak Terengganu gulai daging yang menambat selera ni.

Kalau nak masak hidangan istimewa untuk keluarga dan tetamu, bolehlah buat hidangan ni seolah-oleh macam hidangan kenduri. Orang tengok pun dah cukup teruja.

Pada yang nak mencuba, ikutlah resepi ni. Pasti anda berpuas hati. Jangan lupa sediakan sekali dengan acar mentah, sambal belacan dan papadom, barulah lengkap hidangannya. Selamat mencuba!

Comments are closed.