Warning: fopen(/tmp/11ed217cd10f1954d6120fed6652dcd3-fELHZe.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/11ed217cd10f1954d6120fed6652dcd3-fELHZe.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Goreng Perap Sedap Tak Terkata. Guna Bahan Simple Je!

0 9,485

Selama ni kalau makan ayam goreng, paling tidak pun goreng dengan salut tepung untuk bagi rasa yang lebih sedap. Betul tak? Kali ni kalau anda nak rasakan kelainan dan lebih advance lagi, apa kata jom buat resepi ayam goreng perap yang lagi sedap dan berperasa ni.

Bukan makan dengan nasi je, malah enak juga kalau dimakan macam tu je! Confirm anak-anak suka. Makan ratah macam tu je dengan sos pun dah cukup sedap. Boleh melayan tekak anak-anak yang memang suka dengan ayam goreng ni.

Kadang-kadang pening kepala juga kan hari-hari fikir nak masak menu apa untuk keluarga. Untuk resepi ayam goreng ni, nampak je simple tapi rasa dia cukup padu sebab aroma bahan perapannya tu. Lagi lama kita perap, lagilah berasa.

Kenalah rajin menunggu ayam diperap sebelum di goreng. Sebaiknya perap lebih sejam dalam peti sejuk. Resepi ni dikongsikan oleh Zana Mokhtar dan penyediaan bahan perapannya senang sangat. Memang gunakan bahan yang biasa ada kat dapur je.

Dah lah rasanya sedap, bahan pula simple. Memang berbaloi untuk dijadikan juadah makan beramai-ramai. Jom kita lihat resepinya.

 

RESEPI AYAM GORENG PERAP

Resepi yang dikongsikan ni menyediakan senarai bahan-bahan yang perlu ada dalam perapan. Bagi kuantiti bahan-bahan yang digunakan, anda boleh tentukan sendiri mengikut berapa banyak ketul ayam nak dimasak.

Bahan-bahannya:
  • Ayam
  • Bawang putih yang dah siap dikisar
  • Bawang merah yang juga dikisar
  • Halia kisar
  • Serbuk lada hitam kasar sedikit
  • Rempah sup 1 sudu besar
  • Serbuk cili
  • Kunyit
  • Garam
  • Gula
  • Chili flake jika nak kan rasa pedas

Cara buat ayam goreng perap:

▶️ Cuci ayam dulu kemudian potong mengikut saiz yang anda mahukan.

▶️ Kemudian campurkan kesemua bahan-bahan asas di atas dalam 1 bekas atau mangkuk besar.

▶️ Masukkan ayam sekali ke dalamnya dan gaul sekata.

▶️ Selepas dah satukan ayam dan bahan, perapkan ayam dalam 1 jam lebih. Lagi lama lagi baik. Simpankan ia dalam peti sejuk.

▶️ Selepas dah diperap, keluarkan dari peti sejuk dan biarkan sekejap. Kemudian rebuskan ayam tu dalam periuk. Dan masukkan sekali bersama kiub ayam.

▶️ Bahan perapan tadi pastikan disimpan sebab akan digunakan nanti.

▶️ Selepas dah rebus, boleh angkat dan tos. Dan salutkan semula ayam dalam bahan perapan tadi.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali. Gunakan minyak dalam kuantiti yang banyak supaya semasa menggoreng, ayam akan tenggelam semua. Cantik bila dimasak sekata.

▶️ Pastikan minyak betul-betul panas baru goreng. Dan tak perlu goreng terlalu lama sebab ayam tu dah masak masa direbus tadi.

▶️ Lepas dah garing sikit, boleh angkat.

Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Ayam Penyet Sedap. Dengan Sambal Dan Ayam Gorengnya Yang Padu!

 

Ayam goreng perap ni, nak makan macam tu je dengan sos pun dah sedap. Kalau nak hidangkan dengan nasi, boleh sediakan sup kosong dan sambal cili. Hidangkan sekali bersama ulaman atau sayuran seperti salad dan timun. Simple je juadah ni, tapi cukup berselera.

Cara gorengan ayam tu pun penting juga untuk dapatkan rasa yang sedap. Ayam goreng ni lagi nikmat dimakan kalau belah dalamnya sedikit juicy dan belah luarnya garing. Gigit-gigit macam tu je pun tak kan muak.

Kalau nak buat makan dengan nasi ayam dan nasi kukus pun tak ada masalah. Sedap dan kena je kombinasinya.

Nanti bolehlah ikut resepi ayam goreng perap ni untuk sesekali mengubah selera makan tengah hari kita. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.