pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Air Detox Semula Jadi Untuk Kurus Dan Kulit Cantik. Tak Percaya Boleh Cuba!

0 19,419

Dah berapa lama agaknya kita makan tapi tanpa cuci apa yang ada dalam badan. Lagi-lagi kita jenis makan apa sahaja jenis makanan seperti fast food, makanan berminyak, minuman bergas dan macam-macam lagi. Jom saya kongsikan cara buat air detox semula jadi untuk cucikan dalaman badan.

Sekurang-kurangnya membantu menyihatkan badan dan kekal maintain dan cantik. Kalau yang menyimpan hajat nak kurus tu, minuman detox ni serius membantu sebab mudah nak cerna apa yang kita makan.

Tak perlu ragu-ragu lagi tentang jenis bahan yang digunakan. Air detox ni semua menggunakan bahan semula jadi. Kadang-kadang pengambilan pil ada yang meragukan kan. Air detox ni lebih kurang berkhasiat macam jus buah juga cuma berbeza dari segi campuran bahan dan rasanya.

Sesetengah orang memang suka bau dan aroma halia dan serai. Sesetengah mungkin tidak. Tapi, bahan-bahan inilah yang banyak fungsinya membantu beberapa sistem badan. Jom lihat cara buat air detox semula jadi yang paling simple dan ringkas bahan-bahannya ni.

Resepi ni dikongsikan oleh Resepi Tutorial Terbeak. Anda boleh lihat sekali kebaikan untuk setiap bahan ni.

 

RESEPI DETOX BAHAN SEMULA JADI

Air detox ni membantu untuk bersihkan kulit juga dan menambahkan seri wajah. Jangan tak percaya, kalau minum air masak dengan kuantiti yang banyak pun boleh buatkan kulit kita bersih. Apatah lagi ada campuran bahan-bahan khasiat yang lain.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Air masak: Sangat baik untuk badan dan kecantikan muka.
  • Timun: Tinggi anti oksida, hidrasi dan bantu legakan kulit dan kekal lembab. Pernah tengok orang leakkan timun pada permukaan wajah? Ya, kalau minum detox campuran timun, ianya membantu bersihkan kulit, keringkan parut jerawat dan tutup ruang pori!
  • Lemon atau limau nipis: Buah lemon ni ada kandungan asid yang baik. Boleh bantu cuci bersih segala kotoran dalam badan dan toksin. Memang boleh bantu hilangkan berat badan.
  • Serai: Membantu buang toksin dalam badan, serta tekanan darah dan juga kurangkan kolestrol.
  • Halia: Halia yang selalu buat masak tu ada khasiatnya. Kalau dalam badan jenis banyak angin yang selalu buatkan perut tak lega, halia ni bantu buangkan angin dan toksin. Selain tu boleh dapatkan kulit halus, naik seri muka dan hilangkan stress.

Cara penyediaan air detox semula jadi:

▶️ Potong semua bahan di atas dan masukkan dalam air.

▶️ Kemudian simpan dalam peti sejuk selama 3 jam atau lebih.

▶️ Dah siap. Boleh minum terus!

 

BACA JUGA: Buat Sendiri Kimbap Ala Korea. Resepi Homemade Yang Mudah Untuk Disediakan!

 

Air detox ni boleh minum tak kira berapa kali pengambilan sehari. Kadang-kadang boleh buatkan kita rasa kenyang je dan susah lapar bila minum detox ni.

Air ni akan tahan dalam 2 minggu jika simpan dalam peti sejuk. Selain baik untuk kesihatan, boleh juga bantu melegakan tekak lagi-lagi pada bulan puasa.

Tak rugi kita buat sebab fungsinya 2 dalam 1. Bukan je boleh maintain kurus, tapi naikkan seri wajah juga. Anda boleh cuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.