Segalanya Tentang Makan..

Roti Keju Bakar 5 Bahan Je. Resepi Ala Lasagna Tapi Versi Simple Dan Cepat!

0 346

Kalau sebut je dessert yang ada cheese ni, mulalah tertarik untuk cuba. Terutama ibu-ibu yang nak buat juadah makanan santai untuk anak-anak yang kebanyakannya memang sukakan cheese. Roti keju bakar ni wajib anda cuba! Sebab ianya mudah untuk dibuat dan hanya perlukan 5 bahan je.

Resepi ni simple tapi sedap. Sebab cukup berasa dengan rasa lemak kejunya lagi. Kalau diamati, resepi ni seolah-olah lasagna tapi versi yang simple dan ringkas je. Walaupun boleh menjadi hidangan makanan santai, tapi mengenyangkan juga sebab terdapat roti, daging dan juga lelehan cheese.

Resepi roti keju bakar yang dikongsikan oleh Fairuz Abu Hassan ni ialah resepi ciptaan beliau sendiri yang simple dan ringkas. Bila ada lebihan roti bahagian tepi, sayang untuk dibuang, maka dibuatnya roti keju bakar ni.

Nak mudah, boleh gunakan daging burger je untuk jadikan ramuan dalam roti keju bakar ni. Sama juga seperti lasagna roti, daging dalam resepi roti keju bakar ni juga akan dimasak atau ditumis dahulu.

Cuma bezanya dalam resepi ni ada tumiskan tomato puri bersama dengan bawang. Kemudian dimasukkan juga cheese di dalamnya untuk jadikan kuah lebih pekat berlemak.

 

RESEPI ROTI KEJU BAKAR

Disebabkan resepi ni dicipta selepas pemilik resepi ni ada lebihan roti, roti yang beliau gunakan tu ialah di bahagian tepi. Kalau untuk anda, boleh gunakan kesemua bahagian roti untuk lebih berasa.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Roti
  • Daging burger ayam (nak gunakan daging lembu pun boleh juga, ikut citarasa)
  • Keju keping (tidak kira apa-apa brand pun)
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1 tin tomato puri (saiz kecil) -boleh agak-agak kuantitinya asalkan tak terlebih masam

Cara buat roti keju bakar:

▶️ Pastikan daging burger lembut dan bukannya baru lepas keluar dari freezer.

▶️ Hancurkan daging burger atau lumatkan.

▶️ Kemudian goreng daging burger tu sampai sedikit garing.

▶️ Dah garing, boleh angkat dan ketepikan.

▶️ Dalam lebihan minyak menggoreng tadi, gunakan untuk tumis bahan kuah atau topping.

▶️ Tumbuk halus bawang putih. Kalau nak lagi sedap boleh tambahkan sikit lada hitam.

▶️ Kemudian tumiskan sehingga garing dan naik bau.

▶️ Masukkan tomato puri dan kacaukannya sebati.

▶️ Masukkan pula kepingan keju. Ikut selera anda nak masukkan banyak mana.

▶️ Tambahkan sikit air supaya berkuah sikit. Kemudian perasakan dengan garam atau apa sahaja perasa yang anda suka.

▶️ Kalau nak letakkan oregano pun boleh juga ikut citarasa.

▶️ Susunkan roti yang dicarik kecil-kecil ke dalam bekas.

▶️ Kemudian tabur daging burger yang dah digoreng awal-awal tadi.

▶️ Curahkan kuah tomato puri.

▶️ Dan akhir sekali letakkan lagi kepingan cheese.

▶️ Ulangi proses yang sama sampai habis.

▶️ Bakar pada suhu 180’c selama 2 minit.

▶️ Dah siap untuk dijamah!

 

BACA JUGA: Cara Buat Agar-Agar Roti Sedap. Kali Ni Tak Kisar Roti. Sebatikan Terus Dengan Adunan Agar-Agar!

 

Lepas je bakar, lagi sedap kalau terus makan. Memang sedap bila ramuan tomato puri yang masam-masam tadi dimakan dengan cheese leleh.

Yang penting sekali, boleh buat ikut citarasa sendiri. Yang mana anda suka lebih rasanya, boleh masukkan lebih sikit terutama cheese atau pun kuah tomato tu.

Makanan dessert macam ni memang orang suka buat. Tapi paling digemari kalau cara masaknya ringkas tapi sedap. Roti keju bakar 5 bahan ni antara dessert ringkas yang boleh anda cuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.