Bila sebut pau, terbayang pulak orang jual pau lembut, gebu dan panas berasap-asap keluar dari pemanas dia tu. Kena pula yang sedap inti dia. Memang tak pandang kiri kanan dah bila dapat.
Sebenarnya bila teragak tu, boleh je buat sendiri kat rumah. Ada cara buat pau gebu dan lembut yang anda boleh cuba. Masak dengan cara kukus, lepas tu boleh terus makan panas-panas. Buatlah apa-apa inti yang anda suka. Boleh berulang-ulang kali makan lebih dari sebiji.
Nak tau cara buat pau gebu dan lembut, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Faizah Awang ni. Tengok je hasil paunya dah boleh agak mesti sedap. Bila disiat paunya tu, nampak lembut. Untuk intinya pula dimasukkan inti kari ayam kentang. Wahh, betul-betul nampak menyelerakan.
Namun beliau tak kongsikan resepi kari ayam dan kentang ni. Anda boleh masak cara sendiri atau buat inti apa yang anda suka. Yang penting, dapat ikut cara buat pau gebu dan lembut sama macam beliau hasilkan.
Ada sesetengah orang tu, cuba nak dapatkan pau yang tak berkedut lepas kukus. Tapi kalau pau anda nanti berkedut pun, jangan risau. Yang penting rasanya tu. Tetap sama dan sedap. Jadi, jangan risau kalau ada sedikit kedut lepas kukus tu.
RESEPI PAU GEBU DAN LEMBUT
Buat pau ni sebenarnya taklah susah mana. Hanya putarkan semua bahan dalam mixer sehingga menjadi doh dan bentukkan menjadi pau. Cuma mungkin penyediaan intinya agak lama sikit. Ikut jenis inti apa anda nak buat.
Bahan-bahan buat pau:
- Tepug pau 500 gram
- Susu tepung 2 sudu besar
- Baking powder 1 sudu kecil
- Gula 2 sudu besar
- Yis 8 gram
- Susu pekat 2 sudu besar
- Shortening 44 gram
- Super cream 10 g (tak letak pun tak apa)
- 240-250 ml air
- Garam secubit
Cara buat pau gebu dan lembut:
▶️ Masukkan satu persatu bahan kecuali air ke dalam bekas agak sederhana besar. Kemudian putar menggunakan mixer.
▶️ Dalam pada tengah putar tu, masukkan sikit demi sedikit air. Dan putar dia sehingga menjadi doh yang licin.
▶️ Selepas dah jadi doh, cubit-cubitkan untuk dijadikan adunan kecil.
▶️ Timbang 45 gram untuk setiap satu adunan dan lakukan sehingga habis.
▶️ Kemudian bulat-bulatkan setiap adunan tu.
▶️ Biarkan sekejap atau perap dalam 10 minit.
▶️ Setelah dah agak kembang, ambil satu-satu adunan dan picit-picitkan menjadi leper. Tapi bukanlah begitu leper sebab adunan ni dah mengembang.
▶️ Tekan lebih sikit di bahagian keliling doh dan biarkan di bahagian tengah tinggi sedikit.
▶️ Di tengah-tengah tu, letakkan inti.
▶️ Kemudian tutup keliling adunan dengan rapi.
▶️ Yang dah siap dimasukkan inti akan dimasukkan dalam paper cup untuk setiap satu. Perap lagi selama 25-30 minit.
▶️ Panaskan pengukus siap-siap.
▶️ Selepas tu kukus dengan api yang kecil selama 8 minit.
▶️ Dah masak boleh keluarkan dan sedia dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Mee Sizzling Sama Macam Kedai. Sedap Dan Padu Kuah Dia!
Makan terus lepas siap ni. Memang betul-betul puas. Lagi-lagi kalau terasa panas sampai ke inti, confirm makan tak kurang 2 biji seorang!
Pau ni memang akan jadi tebal. Ketebalannya tu lah yang akan menyedapkan lagi sebab lembut dan gebu. Buat hidangan minum petang untuk keluarga, memang puas. Inti pun boleh dibuat pelbagai jenis.
Mudah dan simple je kan cara nak buat pau ni. Bolehlah anda cuba buat sampai mahir. Nanti boleh jadikan kebiasaan untuk hidangan keluarga dan tetamu. Jangan lupa mencubanya!