https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot thailand

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus

slot nexus engine

mahjong ways

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Garlic Bread Cream Cheese Meleleh-Leleh. Wangi Semerbak Macam Kedai Bakery.

0 642

Kalau tengok gambarnya, memang tak boleh tahan. Telan air liur dibuatnya. Roti ni merupakan salah satu dessert Korea yang pernah viral dulu di Malaysia. Dan dah mula ramai orang cuba resepi garlic bread cream cheese ni untuk rasainya sendiri.

Rasanya memang sedap sebab garing di luar, dan di dalamnya gebu dan lembut. Dimasukkan pula cream cheese leleh di dalamnya untuk menambahkan rasa lemak dan creamy. Bila gigit roti yang rangup terasa nikmat, tambah lagi dengan rasa manis dan lemak berkrim di dalamnya.

Resepi garlic bread cream cheese ni ada dikongsikan oleh Azizi Zamani. Ditunjukkan resepi untuk menghasilkan bun yang gebu dan lembut serta cream cheese leleh yang akan dijadikan filling roti nanti.

Nak menghasilkan roti yang gebu dan lembut ni perlulah ada proses menguli adunan sehingga teksturnya menjadi elastik. Kalau ada mixer pengadun doh lagi mudah. Namun boleh juga uli adunan dengan tangan.

Untuk sukatan adunan yang dikongsikan ni, boleh dapat dalam 4 bun bersaiz sederhana sebab adunan roti akan mengembang bila dibakar.

 

RESEPI GARLIC BREAD CREAM CHEESE

Selain perkongsian resepi roti dan juga filling cream cheese, disertakan juga cara untuk buat garlic butter sauce yang disapukan pada permukaan roti untuk rasa dan aroma yang lebih wangi. Hasil roti yang siap dibakar keseluruhannya lebih cantik berkilat, wangi dan sedap seperti yang dijual di kedai.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan untuk bun:
  • Tepung roti high protein 250 gram
  • Yis 4 gram
  • Gula 30 gram
  • Susu segar 110 gram (yang sejuk)
  • Telur 1 biji
  • Garam 3 gram
  • Butter/marjerin 20 gram

 

Bahan untuk cream cheese:
  • Cream cheese 200 gram
  • Gula halus 30 gram
  • Whipping cream 50 gram

 

Bahan untuk sos garlic butter:
  • Unsalted butter 130 gram (yang dicairkan)
  • Bawang putih 50 gram (dicincang)
  • Susu pekat 30 gram
  • Madu 20 gram (tak ada madu boleh letak gula)
  • Parsley 3 gram
  • Telur 1 biji

Cara buat doh roti:

▶️ Mula-mula satukan tepung, gula dan garam dalam mixer. Dan putarkan sehingga bahan sebati.

▶️ Kemudian masukkan susu dan juga telur dan putarkan sehingga adunan tak melekat pada bowl.

▶️ Kemudian masukkan butter atau marjerin dan juga yis. Teruskan putar atau uli sehingga doh menjadi elastik.

▶️ Yang ini bagi mereka yang gunakan mixer pengadun. Bagi yang gunakan tangan, boleh lakukan proses yang sama dalam mangkuk atau besen, dan sebatikan adunan menggunakan spatula. Kemudian uli doh dengan tangan sehingga ia menjadi elastik.

▶️ Lepas dah jadi doh yang elastik, bahagikannya kepada 4, dan bentukkannya bulat.

▶️ Letakkan atas dulang pembakar, dan biarkan doh kembang 2 kali ganda dalam 45 minit.

▶️ Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180’c selama 20 minit atau ikut oven masing-masing.

▶️ Sambil menunggu roti dibakar, boleh buat cream cheese dan juga sos garlic butter untuk diletak dan disapukan pada roti yang dah siap dibakar nanti.

Cara penyediaan cream cheese:

▶️ Masukkan cream cheese dan gula ke dalam mangkuk dan pukul menggunakan whisk.

▶️ Kemudian masukkan whipping cream dan kacau sebatikannya.

▶️ Dah siap. Masukkan dalam pipping bag.

 

Cara buat sos garlic butter:

▶️ Mudah je. Hanya masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk, dan kacau sehingga sebati. Dah siap!

▶️ Selepas roti dan siap dibakar, keluarkannya dari oven dan biarkan sejuk sekejap.

▶️ Kemudian potong atau keratkan bahagian atas roti kepada 8 bahagian jangan sampai putus.

▶️ Picitkan cream cheese ke dalam setiap bahagian keratan tadi.

▶️ Dan akhir sekali sapukan sos garlic butter pada sekitar permukaan roti.

▶️ Setelah sapu sos garlic butter, bakar lagi sekali roti pada suhu 170’c selama 15 minit.

▶️ Dah siap. Sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Roti Bun Inti Sardin Gebu Dan Lembut. Sedap Ya Amat Dengan Inti Yang Padat!

 

Boleh bau semerbak roti garlic ni satu rumah selepas je dibakar. Bangga bila dah pandai buat roti seperti kedai bakery. Boleh buat untuk hidangan santai anak-anak dan keluarga.

Step untuk membuatnya nampak je banyak, tapi sebenarnya mudah je. Mungkin cabaran sikit semasa buat doh roti sebab perlu menguli doh untuk jadikannya sampai elakstik.

Selebihnya ialah penyediaan bagi adunan cheese dan sos garlic butter yang agak mudah sikit, iaitu hanya sebatikan bahan-bahan. Lepas ni bolehlah cuba buat untuk hidangan sekeluarga.

Leave A Reply

Your email address will not be published.