pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Mee Kari Seafood Sedap Dengan Kuah Pekat Dan Lemak Manis. Hirup Sampai Licin.

0 1,667

Mee kari ni memang kegemaran ramai. Lagi-lagi kuahnya yang pekat dan manis berlemak. Kalau kuahnya dimasak dengan bahan simple seperti fishcake dan fishball pun dah cukup sedap. Apatah lagi jika buat resepi mee kari seafood yang dimasukkan seafood yang pelbagai.

Mee kari ni yang buatkan sedap dan ada aroma wangi kuah ialah disebabkan oleh tumisan bawang, 3 sekawan dan rempah kari yang ditumis sehingga naik bau. Bertambah sedap bila ada rasa manis dari bahan-bahan seafood.

Kalau nak menaikkan lagi selera, boleh buat kuahnya rasa pedas sikit. Kemudian hidangkan sama ada dengan bihun atau mee kuning dan juga bahan-bahan hiasan. Pasti makan dan hirup kuahnya sampai licin.

Jika selama ni anda tercari-cari resepi mee kari seafood yang sedap, boleh rujuk resepi yang dikongsikan oleh Iza Abu Bakar ni. Bahan seafood yang dimasukkan ialah kerang dan udang.

Kedua-dua ni yang berikan rasa yang enak dan manis dari air kerang dan udang tu sendiri. Cara buatnya pun mudah dan ringkas je.

 

RESEPI MEE KARI SEAFOOD

Nak rasa kuah lebih sedap dan enak, sebaiknya masukkan kerang dan udang yang segar dan saiz besar. Barulah puas untuk dinikmati.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Bawang besar 4 biji (dikisar)
  • Bawang putih 5 ulas (dikisar)
  • Serbuk kari daging 2 pek
  • Serbuk kari ikan 2 sudu besar
  • Cili kisar 2 sudu besar
  • 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
  • Fishball
  • Fishcake
  • Tauhu kering

  • Kerang
  • Udang
  • Daun kari
  • Serai 1 batang (diketuk)
  • Santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Ikan bilis 1 genggam (dikisar halus)

Bahan lain/hiasan:
  • Mee kuning atau bihun (dicelur)
  • Sawi (dicelur)
  • Teugeh
  • Daun bawang
  • Daun ketumbar
  • Bawang goreng
  • Hirisan cili merah
  • Limau kasturi/nipis

 

Cara masak kuah mee kari seafood:

▶️ Mula-mula kisarkan bawang merah dan bawang putih, dan tumiskannya bersama 3 sekawan, cili kisar dan rempah kari sehingga pecah minyak dan naik bau.

▶️ Masukkan pula ikan bilis yang dikisar halus dan kacau rata.

▶️ Kemudian masukkan kerang, udang, fishcake, fishball dan masukkan air secukupnya. Biarkan ia masak sampai mendidih.

▶️ Selepas tu masukkan santan, garam dan gula secukupnya. Boleh agak-agak ikut kepekatan kuah yang diinginkan.

▶️ Kalau suka, boleh masukkan kiub pati ayam sebagai penambah perasa.

▶️ Kemudian masukkan tauhu kering dan kacau lagi sehingga mendidih.

 

BACA JUGA: Resepi Bihun Soto Dengan Rahsia Kuah Sup Sedap Dan Padu. Confirm Makan Sampai Licin!

 

▶️ Dah masak, boleh tutup api.

▶️ Sedia dihidangkan dengan mee dan bahan hiasan yang lain.

Mee kari ni kalau makan waktu ia dah lama dimasak sebenarnya lagi sedap. Sebab kuahnya dah betul-betul sebati sepenuhnya. Akan lebih pekat dan berasa.

Sebab tu kalau nak makan mee kari waktu petang, eloklah kalau dimasak waktu tengah hari atau pagi. Sangat sedap untuk dinikmati. Nanti boleh hidangkan untuk keluarga dan tetamu yang datang ke rumah. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.