Musim-musim pandemik ni, duduk rumah kadang-kadang boring tak buat apa kan. Kalau dapat buat pemanis mulut sedap-sedap, dapat juga habiskan masa sambil melayan tekak benda-benda manis. Apa kata jom buat kek tart coklat 3 lapisan atau nama lainnya ialah triple chocolate tart with hazelnut crust.
Sebut pemanis mulut coklat ni kita dah dapat gambarkan rasanya yang sedap. Kali ni lebih dari sedap dengan rasa coklat yang mewah dan premium. Dapat buat dessert macam ni memang ‘win’ sebab selalunya kek coklat berlapis ni biasanya dijual atau terdapat di kedai bakery je.
Nama dessert ni triple chocolate tart with hazelnut crust sebab ianya mewah dengan 3 lapisan jenis coklat. Memang berbeza ketiga-tiganya sebab bawah sekali teksturnya lebih kepada biskut. Yang lapisan kedua pula lebih lembut, manakala lapisan ketiga ialah topping coklat leleh.
Sekali rasa pasti jatuh cinta. Biasanya orang jual dessert ni untuk pelanggan yang ingin hidangkan buat tetamu. Perkongsian resepi triple chocolate tart daripada Nur Shafawati ni tak perlu disangkal lagi kesedapannya.
Beliau sendiri menerima banyak tempahan dari pelanggan yang ‘repeat order’ setelah beli buat kali pertama. Bolehlah kita cuba.
TRIPLE CHOCOLATE TART WITH HAZELNUT CRUST
Kalau nak buat dessert mewah macam ni, bak kata orang nak sediakan bahan-bahan tak boleh berjimat atau kedekut. Baik dari segi kuantiti mahupun kualiti. Sebab takut tak menjadi dan kurang rasanya. Bagi yang pencinta coklat tak perlu risau sebab pasti ianya berbaloi.
Bahan-bahan crust (lapisan bawah):
- 77 gram biskut (digestive biscuits, cream crackers) -hancurkan guna lesung tapi jangan terlalu halus
- 60 gram hazelnut (beli yang dah siap hancur)
- 14 gram serbuk koko
- 12 gram gula icing
- 60 gram buttercup (cairkan)
Cara buat crust (lapisan bawah):
▶️ Satukan biskut, hazelnut, serbuk koko dan gula ising dalam 1 bekas/mangkuk besar.
▶️ Tuangkan buttercup yang telah dicairkan ke dalam bahan-bahan ni dan gaul rata.
▶️ Kacau rata sampai jadi crumbs seperti ni. Pastikan tak terlalu lembik sebab nanti takut tak rangup.
▶️ Panaskan siap-siap oven.
▶️ Sediakan loyang saiz 8×8 macam ni supaya senang nanti nak keluarkannya. Atau boleh juga guna loyang spring foam atau loyang tart.
▶️ Lapikkan loyang dengan baking paper, kemudian letakkan crumbs tadi di dalamnya.
▶️ Tekan-tekankan supaya padat, dan bakar dalam oven selama 9-15 minit pada suhu 180’c.
▶️ Pastikan oven memang dah dipanaskan awal-awal supaya tak perlu lama membakar nanti.
▶️ Bakar crust ni sampai agak nampak garing, tapi jangan sampai hangit sebab takut pahit.
▶️ Ini hasil crust yang dah siap dibakar.
▶️ Seterusnya buat filling coklat lembut (lapisan kedua). Filling ni boleh dibuat semasa membakar crust tadi.
Bahan-bahan filling (lapisan kedua):
- 270 gram dairy cream (Anchor, Millac dll)
- 250 milk compound (Beryls-chocolate coin)
- 2 biji telur (A @ AA)
- 1 sudu teh esen vanilla
- ¼ sudu teh garam
Cara buat filling (lapisan kedua):
▶️ Masukkan dairy cream dalam periuk double boil dulu. Bukakan api.
▶️ Lepas dah naik bubble di tepi-tepi periuk tu, boleh masukkan milk compound, garam dan esen vanilla.
▶️ Kacau sehingga sebati dan pastikan semua coklat coin mencair.
▶️ Ini rupa filling yang dah sebati tadi.
▶️ Dalam mangkuk lain, pecahkan telur. Kemudian pukul.
▶️ Selepas tu tuangkan telur ke dalam campuran filling tadi. Kacaukannya sebati.
▶️ Kemudian tuangkan filling ni ke dalam loyang. Kalau nak lebih cantik, tapiskan masa tuang tu.
▶️ Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 180’c selama 20-25 minit.
▶️ TIPS: Jangan bakar terlalu lama sebab kalau overcooked, teksturnya jadi tak lembut. Jadi, semasa membakar tu boleh agak-agak sebelum sampai minit ke 25 tu, buka loyang dan cuba goyang-goyangkan. Kalau filling macam gedik-gedik tu bermakna dah boleh keluarkan.
▶️ Ini hasil bahagian lapisan kedua (filling) selepas dibakar. Rupanya memang begitu, jadi tak perlu risau.
▶️ Sejukkan sekejap. Boleh buka kipas atau nak masukkan sekejap dalam peti ais pun boleh.
▶️ Sementara tunggu sejuk, jom buat glaze atau topping untuk lapisan ketiga.
Bahan-bahan glaze atau topping (lapisan ketiga):
- 40 gram dairy cream (Anchor, Millac dll)
- 70 gram dark chocolate (Berysl)
- 1 sudu besar madu @ golden syrup
- 1 susu besar air panas
Cara buat glaze atau topping (lapisan ketiga):
▶️ Lebih kurang sama je macam buat filling tadi. Jadi, boleh gunakan periuk double boil yang sama.
▶️ Masukkan dairy cream, dan nyalakan api. Lepas dah timbul bubble di tepi-tepi periuk, boleh masukkan dark chocolate, madu @ golden syrup dan juga air panas.
▶️ Kacau-kacau sampai jadi cantik berkilat macam ni.
▶️ Tuangkan atas tart yang dah sejuk tadi.
▶️ TIPS: Pastikan choc tart tadi betul-betul sejuk sebelum tuang bahan glaze/topping. Kalau tak, hasil glaze tak kan cantik. Lepas dah tuang, masukkan dalam peti sejuk, set at least 4 jam.
BACA JUGA: Kek Red Velvet Gebu, Dengan Topping Cheese Leleh Banjir. Resepi Power Bikin Terliur!
Selepas tu baru boleh keluarkan dari loyang. Nak keluarkan pun perlu berhati-hati. Gunakan pisau potong sekeliling loyang. Kalau tidak, triple tart ni melekat dan habis berterabur crust dan patah fillingnya.
Kemudian ambil spatula kaup bahagian bawah perlahan-lahan untuk tanggalkan baking paper dari crust. Ambil papan kek, dan masukkan ke bawah crust dan tolak papan perlahan-lahan sampailah tart ni beralih ke atas papan.
Dah siap triple chocolate tart with hazelnut crust. Bolehlah dihidangkan. Rupanya memang cantik berkilat. Kalau anda suka, buatlah apa-apa topping atau hiasan di atasnya, contohnya strawberi, coklat ball dan sebagainya. Selamat mencuba!