Segalanya Tentang Makan..

Resepi Apam Nasi Gebu Dan Lembut. Mudah Sangat Guna Sukatan Cawan!

0 4,621

Nikmatnya kalau dapat makan apam yang lembut, sedap dan fluffy. Bila dipicit-picit terasa gebunya. Dalam banyak-banyak jenis apam, pernah tak try resepi apam nasi gebu dan lembut ni? Apam nasi ni selalu sangat viral bila tiba bulan puasa.

Sebab apam nasi ni simple dan sedap, sesuai nak makan masa berbuka dan moreh. Kalau bukan bulan puasa pun sedap nak buat kudapan time santai-santai kat rumah. Kalau ada anak-anak ni, mesti mereka suka buat makan waktu petang.

Selalunya kita nampak orang buat apam mekar, apam kampung, dan sebagainya. Semua ni bahan utamanya ialah tepung gandum. Kali ni, apam nasi pula dan bahan utamanya dah tentu nasi.

Kalau ada nasi lebih kat rumah tu, dari dibiarkan basi dan buang, baik buat apam nasi yang sedap ni. Nak buatnya pun senang je. Bahan sangat simple yang mudah didapati. Siapkan je la pengukus untuk memasaknya.

Resepi apam nasi gebu dan lembut ni ada dikongsikan oleh  Zaihanififie Abu Bakar. Cantik kejadiannya! Warna cantik, apamnya pun sangat gebu dan lembut! Jom ikut resepi beliau.

 

RESEPI APAM NASI

Nak buat apa-apa jenis kuih ni, sebaiknya guna sukatan cawan supaya mudah untuk disukat nanti. Biasanya penyukat cawan boleh didapati dari kedai peralatan kek dan kuih. Lagi senang untuk ukur semua jenis bahan tanpa ada terkurang atau terlebih.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Nasi sejuk 1 cawan
  • Tepung gandum 1 cawan
  • Tepung beras 1 cawan
  • Air 1 cawan
  • Gula 1 cawan
  • Yis (mauripan) 1 sudu besar
  • Pewarna

Cara buat apam nasi:

▶️ Mula-mula blend nasi, air dan gula hingga hancur.

▶️ Setelah dah hancur, masukkan pula tepung gandum dan tepung beras. Sambung semula blend sehingga sebati.

▶️ Kemudian masukkan adunan ke dalam bekas atau mangkuk yang besar. Dan masukkan yis ke dalamnya.

▶️ Kacau sehingga sebati dan kemudian bahagi-bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diletakkan pewarna berlainan.

▶️ Setelah dah dimasukkan pewarna, rehatkan dulu dalam 2 jam sebelum dikukus.

▶️ Sediakan acuan apam dan sapukan sedikit minyak masak di sekitar acuan.

▶️ Kemudian tuang adunan ke dalam acuan. Jangan isi terlalu penuh.

▶️ Dalam pada tu panaskan siap-siap pengukus.

▶️ Kukus apam dengan api besar selama 10-15 minit. Untuk minit ni sesuai kalau anda gunakan acuan. Bagi yang gunakan loyang, kukus selama 30-40 minit.

▶️ Jangan lupa tutup pengukus siap-siap dengan tutup yang dibalut kain. Sebab nak elakkan air menitik atas apam yang membuatkan ia mudah batat.

▶️ Setelah dah masak, boleh tutup api dan biarkan sejuk dulu.

▶️ Dah sejuk boleh keluarkan dari acuan dan sedia untuk dihidangkan!

Dah siap apam nasi gebu dan sedap ni. Cuba dibelah tengah apam nasi ni, dan lihat dalamnya. Fuhh, mengancam dan nampak menyelerakan! Lagi-lagi buat kombinasi warna yang lembut macam hijau lembut dan warna pink.

 

BACA JUGA: Agar-agar Santan Pandan Sedap Dan Senang Nak Buat! Makan Sejuk-Sejuk Serius Marvellous!

 

Kalau buat untuk hidangan tetamu memang sesuai. Muak juga kan kalau tiap kali tetamu datang je kita terfikir nak sediakan manisan seperti kek dan brownies. Sesekali hidangkanlah dengan apam nasi yang gebu dan sedap ni.

Buatnya pun senang  je. Hanye blend bahan dan sebatikan. Lepas tu kukus! Bagi anda yang nak cuba, bolehlah ikut resepi ni. Semoga ianya membantu. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.