Segalanya Tentang Makan..

Resepi Karipap Inti Keledek. Sedap Dengan Kulit Yang Rangup Dan Inti Keledek Yang Mampat!

0 11,983

Sebelum ni kita selalu makan karipap inti kentang atau inti sardin. Lepas tengok orang buat resepi karipap inti keledek ni, teringin pula nak cuba buat. Nak tau macam mana rasa dia. Dah tentu lain dari yang lain kan.

Yelah, selalunya kita tau keledek ni orang buat keria, cucur badak, kuih talam, dan ada juga dibuat bubur. Memang sedap bila keledek ni dibuat pelbagai kuih tradisional melayu. Sedangkan makan lepas direbus macam tu je pun dan sedap, inikan pula dibuat kuih.

Cara buat karipap inti keledek ni lebih kurang sama je macam buat karipap inti kentang. Cuma kalau ikut resepi yang dikongsikan oleh Mazni Mohamad Isa ni, ada tambahan beberapa bahan yang menaikkan lagi rasa dia.

Sedap kalau dimakan dengan kulit karipap yang rangup. Inti pula dibuat penuh-penuh. Barulah puas nak makan. Walaupun kita tau keledek ni memang lagi mahal dari kentang, tapi sesekali nak buat untuk penuhi citarasa, apa salahnya kan.

Mujur jumpa resepi Puan Mazni ni. Boleh follow je terus sebab mudah difahami, dan kalau lihat je karipapnya terasa wow dengan isi yang gemuk-gemuk dan menyelerakan. Jom kita lihat resepinya.

 

RESEPI KARIPAP INTI KELEDEK

Sebelum tu, ini tips berguna anda boleh gunakan untuk kulit karipap. Kalau anda suka kulit karipap yang flawless atau licin, boleh masukkan waktu minyak tak berapa panas. Kalau nak kan kulit yang menggerutu pula, gorengkan waktu minyak panas dengan api sederhana.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk kulit karipap:
  • Tepung gandum 500 gram
  • Minyak masak ½ cawan (cawan minum air kopi)
  • Marjerin 1 sudu besar
  • Sedikit garam dan air secukupnya yang dikacau sebati

Cara buat karipap:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dan marjerin dalam periuk dengan api yang perlahan.

▶️ Bila dah panas, masukkan ke dalam tepung gandum yang dah siap diayak.

▶️ Gaulkan minyak dengan tepung tu menggunakan senduk sehingga sekata menjadi seperti serbuk roti.

▶️ Selepas tu tuangkan air garam sikit demi sikit. Uli sehingga menjadi doh yang tak melekat kat tangan.

▶️ Kemudian biarkan selama 30 minit.

▶️ Seterusnya bulat-bulatkan menjadi adunan kecil-kecil sebesar bola pingpong. Anggaran berat dia dalam 25-30 gram macam tu.

▶️ Boleh digelek dan dileperkan untuk diisikan dengan inti.

 

Bahan-bahan untuk inti keledek:
  • Ubi keledek dipotong dadu sebanyak 500 gram
  • Halia 1 inci
  • Jintan manis 1 sudu teh
  • Udang kepai/geragau 3 sudu besar
  • Daun kari 2 tangkai
  • Rempah kari daging 3 sudu besar
  • Bawang holland 1 biji dipotong dadu
  • Cili besar hijau 2 biji dihiris
  • Daun sup sedikit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air

Cara masak inti keledek:

▶️ Mula-mula tumbuk bawang putih, halia dan jintan manis.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan sekali daun kari dan tumis kesemuanya sehingga naik bau.

▶️ Dengan api yang perlahan, masukkan udang kepai/geragau dan rempah kari. Kacau sehingga sebati.

▶️ Masukkan sikit air dan masakkan sehingga pecak minyak.

▶️ Kemudian masukkan ubi keledek dan kacau sekata.

▶️ Seterusnya masukkan pula garam, gula, daun sup, bawang holland dan sikit air.

▶️ Masakkan sehingga ubi keledek dah empuk.

▶️ Akhir sekali masukkan cili hijau besar. Kacau sekata.

▶️ Dah siap bolehlah tutup api. Sejukkan untuk dimasukkan dalam isi karipap.

▶️ Masukkan seberapa banyak kita mahukan. Lagi tebal lagi sedap.

▶️ Tutup kulit karipap dan corakan bahagian tepinya.

▶️ Sedia digoreng.

 

BACA JUGA: Resepi Kari Kepala Ikan Jenahak Sedap Dan Mudah! Kuah Padu Macam Kedai Mamak!

 

Dah siap karipap garing inti keledek. Tak sangka, sedap betul rasa karipap inti keledek ni. Orang kampung dulu-dulu sebenarnya dah selalu buat karipap ni.

Cuma zaman sekarang ni jarang dah dibuat, dan kita tak nampak pun orang jual sebab mungkin memerlukan modal yang banyak kalau nak membuatnya. Dah jumpa resepi ni, lepas ni bolehlah buat sendiri untuk dijamah 1 keluarga.

Buat lebih-lebih pun tak ada masalah sebab karipap ni boleh di’frozen’kan. Nak makan je, boleh terus goreng. Tak perlu menguli banyak kali.

Bagi yang nak mencuba, bolehlah simpan resepi ni dulu. Share kan dalam facebook anda supaya nanti mudah nak cari semula bila nak dibuat nanti. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.