Bila tiba rasa malas nak masak, ada sambal kering ikan bilis ni kan sedap. Lagi sedap bila dicampurkan dengan kentang dan juga kacang. Fuuh! Bertambah nasi dibuatnya.
Biasanya kalau nak buat sambal macam ni, mak -mak kita buat untuk balik asrama atau balik dari kampung. Makan dengan semua jenis makanan pun layans. Silap-silap buat ratah depan tv je. yelah, dah jadi macam kerepek ubi sambal tu.
Dalam rumah ni memang suka sangat kalau ada sambal kering ikan bilis ni. Senang kalau terkejar masa nak masak. Makan dengan lauk ni je pun boleh layan.
Dalam perkongsian kali ni, saya nak share resepi daripada Cik Puan Ariana Sofia Ahmad ni yang ajar kita step by step macam mana nak buat sambal kering ikan bilis dengan kentang dan kacang yang rangup.
Resepi yang simple je nak follow, dan semua orang boleh buat. Jom saya kongsikan bahan-bahan yang digunakan untuk buat sambal kering ikan bilis ni.
RESEPI SAMBAL KERING IKAN BILIS
Sambal kering macm ni memang sangat berguna kalau nak buat sebagai makanan sahur nanti waktu bulan puasa. Jadi boleh buat banyak untuk simpan stok. Sekejap je habis kalau buat sikit.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 100 gram ikan bilis
- 150 gram kacang tanah
- 4 biji kentang ( saiz kecil)
- 1 sudu kecil garam ( gaulkan dengan ubi kentang)
- 70 gram nisan @ gula melaka
- 1 ½ sudu besar gula putih
- 8 sudu besar cili kisar
- Minyak untuk menggoreng
- Bancuhan air asam jawa ( ¾ sudu besar asam jawa)
BAHAN KISAR :
- 4 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- ½ inci halia
CARA PENYEDIAAN SAMBAL KERING IKAN BILIS :
▶ Mula-mula sekali, hiris nipis ubi kentang. Kalau guna ubi kentang saiz kecil macam ni, tak perlu potong 2. Tapi jika ubi kentang besar, belah dua dulu.
▶ Gaulkan dengan garam bagi sebati. Biarkan sekejap dalam 5 minit sampai air kentang keluar. Barulah rangup nanti.
▶ Sementara tu, kisar bawang merah, bawang putih serta halia. Kisar sampai hancur
▶ Air ubi dah keluarkan tapis dan toskan sahaja.
▶ Panaskan minyak, goreng ubi kentang selapis -selapis supaya tak melekat. Pastikan minyak panas tau. Nampak dah ade yang kekuningan terus angkat, tak perlu tunggu semua kuning ya.
▶ Dah siap bahagian kentang, basuh ikan bilis dan toskan sekejap. Guna ikan bilis kecil pun sedap.
▶ Gunakan minyak yang sama, goreng sampai garing. Kemudian angkat dan toskan.
▶ Sama juga dengan kacang tanah, waktu nak goreng kacang ni, kurangkan sedikit minyak. Sentiasa kacau supaya kacang masak sekata
▶ Bila kacang dah bertukar warna, angkat dan toskan minyak.
▶ Menggunakan minyak yang sama juga, tumis bahan kisar. Tumis samapi kekuningan atau garing. Kemudian, masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
▶ Seterusnya, masukkan gula dan gula nisan atau gula melaka. Kacau sampai gula larut sebati dengan sambal kita
▶ Dah sebati, masukkan air asam jawa. Kacau lagi sampai kuah rasa sempurna. Garam tak letak sebab nanti ikan bilis dan kentang sudah masin.
▶ Masak sampai jadi pekat dan warna jadi gelap. Perlahankan api, masukkan kacang. Gaulkan biar sambal melekat dekat kacang.
▶ Akhir sekali masukkan ikan bilis dan kentang. Sengaja masuk lewat sikit kedua bahan ni sebab kita tak nak nanti lemau jika terlalu lama.
▶ Kacau sampai semua bahan sebati dan melekat dengan kedua-dua bahan ini. Boleh padam kan api.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Roti Boy Macam Kedai. Bau Kopi Dia Memang Tak Tahan!
Waah! Mudah sangat nak buat sambal kering ikan bilis dengan kentang dan kacang ni. Haa Panjang betul nama dia. Tapi itulah hakikatnya bahan yang digunakan sebagai bahan utama. Kalau buat sambal kering ni, wajib buat banyak-banyak!
Bukan sahaja berselera nak makan dengan nasi putih panas, makan dengan nasi berperisa pun sedap. Tapi paling tak percaya, makan dengan roti putih, roti canai, roti jala, lempeng semuanya sedap tak terkata tau.
Yang mana belum pernah buat resepi n, boleh cuba follow resepi yang saya kongsikan ni. Serious mudah dan rasa pun memang terbaik! Selamat mencuba buat semua!