Warning: fopen(/tmp/78c75d3c5b1ca91e5e8e37cb94cc077e-siNzAU.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/78c75d3c5b1ca91e5e8e37cb94cc077e-siNzAU.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Solok Lada Sedap Dan Mampat. Resepi Simple Tapi Padu!

0 1,522

Bagi sesiapa penggemar nasi kerabu, mesti biasa dah makan solok lada ni kan? Atau nama lainnya ialah lada sumbat. Bila buka je bungkusan nasi kerabu, tersenyum lebar kalau dapat solok lada yang mampat isinya. Ada yang memang dah jadi favorite dia tiap kali makan nasi kerabu.

Bagi yang tak biasa makan, solok lada ni ialah makanan tradisi melayu yang popular di Kelantan. Memang biasa dihidangkan sebagai pelengkap lauk dalam nasi kerabu. Solok lada ni menggunakan lada hijau yang dibelah dan disumbat dengan inti.

Intinya tu termasuk isi ikan, kelapa parut, santan dan perasa-perasa lain. Lagi mantap isinya lagi sedap. Rasa lemak-lemak tu yang buatkan lada solok ni padu rasa dia! Orang sekarang ni dah buat solok lada ni sebagai hidangan dengan lauk lain dan nasi putih.

Ada juga makan dengan nasi berperisa lain jugak. Sebab sedap dengan rasa lemak manisnya tu. Kalau anda nak cuba, boleh ikut cara buat solok lada sedap dan mampat oleh Puan Nana Ismail ni.

Simple je bahannya. Lepas tu buatlah inti sumbatnya tu mampat-mampat, mesti puas hati punya! Pilihlah lada hijau yang besar-besar kat pasar tu baru dapat buat solok lada yang mantap.

 

RESEPI SOLOK LADA MAMPAT

Untuk isi ikan yang akan dicampurkan sebagai inti nanti, anda boleh gunakan sebarang jenis ikan yang ada banyak isi. Ikutlah nak ikan apa, dan pilihlah ikan yang sedap-sedap isinya ikut selera masing-masing.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ikan 10 ekor
  • Lada hijau (dibelah tengah tanpa putus dan buang siap isinya)
  • Lada sulah 2 sudu kecil
  • Garam 2 ½ sudu kecil
  • Perasa 1 sudu kecil
  • Bawang merah 3 biji (size sederhana)
  • Halia (besar ibu jari)
  • Santan secawan
  • Kelapa parut dalam 2 genggam

Cara buat solok lada sedap dan mampat:

▶️ Mula-mula asingkan dulu ikan dengan isinya. Boleh gunakan pisau je untuk asingkan tulang tu.  Pastikan semua tulang habis diasingkan.

▶️ Kemudian kisar isi ikan tu sehingga halus. Ketepikan.

▶️ Seterusnya tumbuk bawang merah dan halia sehingga lumat.

▶️ Dalam satu mangkuk, campurkan isi ikan yang dah dikisar, bahan yang ditumbuk tadi, kelapa parut, lada sulah, garam dan perasa. Gaulkan sehingga sebati.

▶️ Kemudian sumbatkan ke dalam lada hijau yang dah dibelah dan dibuang biji tadi. Sumbat ramuan ni padat-padat tau.

▶️ Buat untuk beberapa biji lada sumbat sampai ramuan ni habis. Dan susunkannya ke dalam bekas yang sesuai untuk dikukus.

▶️ Kukus solok lada ni dalam 5 minit.

▶️ Selepas 5 minit tu, buka sekejap dan tuangkan santan ke dalamnya. Kemudian sambung semula kukus dalam 5 minit lagi atau sampai santan kering.

▶️ Dah siap, boleh keluarkan dari pengukus.

▶️ Sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Udang Black Pepper Barbeque Sedap. Mudah Sangat Tak Guna Banyak Bahan!

 

Fuhh, padukan isinya. Keluar je dari pengukus berasap-asap tu, terus rasa macam nak ratah macam tu je. Tak pun terus ambil nasi buat lauk. Memang sedap dengan rasa lemak manis, masin, dan pedas.

Ada sesetengah orang rebuskan dulu ikan tu sebab mudah dan cepat proses masaknya. Ada juga yang tak kisarkan ikan tapi tumbuknya sekali bersama bawang merah dan halia. Mungkin tak nak bagi ikan terlampau halus.

Terpulang pada anda nak ikut selera macam mana. Yang penting sedap, berasa intinya dan mampat dalam lada hijau tu. Barulah sedap dan padu solok lada sedap dan mampat ni. Lepas ni bolehlah cuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.