Warning: fopen(/tmp/7953a7ad6e9a2bd03618247c11c5f174-pLAH4G.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/7953a7ad6e9a2bd03618247c11c5f174-pLAH4G.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Udang Black Pepper Barbeque Sedap. Mudah Sangat Tak Guna Banyak Bahan!

0 8,299

Udang ni kalau buat masakan bakar atau panggang memang sangat digemari. Tak kira pakai udang saiz apa pun, memang berbaloi buat hidangan keluarga. Dalam banyak-banyak masakan udang bakar, resepi udang black pepper barbeque ni antara yang paling orang suka!

Bila udang tu diperap dengan lada hitam, terasa bahang pedasnya. Tambahan lagi dalam perapan juga ada bawang putih dan halia. Sedap dan wangi je bila dipanggang. Bagi penggemar seafood, memang tau lah macam mana nikmatnya makan seafood bakar atau panggang dengan perapan macam ni.

Resepi udang black pepper barbeque ni dari perkongsian Azizah Agur. Sangat simple resepinya dan menggunakan bahan yang sikit. Kalau dah nampak resepi ni, nak terus buatnya di rumah pun tak ada masalah.

Janji ada pemanggang atau tempat bakar udang. Tak perlu susah payah bakar arang pun tak apa. Sekarang ni lebih mudah dengan menggunakan pemanggang elektrik je.

Bagi anda di rumah tu, kalau ada udang besar dan segar dalam peti ais, jom lah cuba resepi ni. Memang sedap sangat. Tak payah tunggu makan dengan nasi, sekejapan je confirm licin diratah begitu je.

 

RESEPI UDANG BLACK PEPPER BARBEQUE SEDAP

Kalau makan udang panggang atau bakar ni, lagi sedap kalau gunakan udang besar atau udang galah. Hidangan udangnya tu akan jadi lebih segar dan tak mengecut.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Udang yang dah siap dibuang muncung janggut
  • Bawang merah kecil
  • Bawang putih
  • Halia muda
  • Lada hitam
  • Garam sedikit
  • Serbuk kunyit sedikit

Cara masak udang black pepper barbeque sedap:

▶️ Mula-mula cuci ayam bersih, dibuang muncung janggut dan potong sikit bawah ekornya.

▶️ Kemudian tumbuk halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.

▶️ Bahan tumbuk ni dilumurkan pada udang. Gaulkan sekata termasuk sedikit garam.

▶️ Selepas tu taburkan sedikit kunyit serbuk dan gaul sekata.

▶️ Biarkan perap udang dengan bahan-bahannya selama 25 minit.

▶️ Kemudian panaskan pemanggang.

▶️ Letakkan minyak sedikit dan masukkan udang yang dah diperap tadi. Biarkan sehingga masak.

▶️ Balik-balikkan udang untuk masak sekata pada setiap bahagian.

▶️ Dah siap boleh angkat dan sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Udang Buttermilk Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan. Kuahnya Pekat Lagi Bertambah Sedap!

 

Bila tengok udang tu dah siap dibakar sepenuhnya, memang nampak sedap dan menyelerakan.  Udang ni ada rasa manis-manisnya tersendiri. Bila diperap secukupnya dengan bahan dan masa perapan pun cukup, memang sedaplah rasanya selepas dibakar tu.

Kalau nak lebih sedap dan ada bau wangi aroma gorengan tu, boleh masukkan sikit marjerin atau planta untuk naikkan lagi bau dia.

Mudah je kan cara membuat udang black pepper barbeque. Bahan pun sikit. Lepas ni bolehlah jadikan idea untuk menu perapan seafood untuk aktiviti bbq dan panggang bersama keluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.