Siapa kat sini tak pernah dengar tentang Chinese food bernama Chee Cheong Fun ni? Makanan ni famous kat Ipoh. Orang-orang sana dah biasa makan buat makan pagi dan waktu petang. Dalam banyak-banyak cara buat, resepi Chee Cheong Fun Udang paling sedap sekali.
Kalau tengok hidangan dia, lebih kurang macam kueh teaw atau yong tau fu. Ada kuah dan sambal kering. Namun ada pelbagai cara dan bahan digunakan untuk buat kulit bewarna putih tu ikut selera orang yang berbeza.
Ada yang buat dengan kueh teaw, lempeng dari tepung dan macam-macam lagi. Kali ni saya nak kongsikan resepi chee cheong fun yang menggunakan spring roll paper. Lagi nipis dan lembut kulitnya. Smooth je bila masuk ke mulut.
Nak lagi sedap, buat ada isi udang! Fuhh, memang sedap dan menyelerakan. Resepi ni mudah je. Sesekali nak try snek tradisi cina bolehlah cuba makanan ni.
Perkongsian resepi ni dari Ujie Ibrahim yang memang kalau tengok je sekali hidangan dia, boleh buat kita terliur. Terasa rugi pula kalau tak cuba. Jom kita lihat resepinya.
RESEPI CHEE CHEONG FUN UDANG
Sebenarnya resepi ni menggunakan spring roll paper sebab bukan je kulitnya yang lembut, malah lebih senang sebab tak perlu bancuh tepung dan sebagainya. Spring roll paper ni hanya perlukan proses rendam sahaja.
Bahan-bahan untuk kulitnya:
- Spring roll paper sepeket
- Udang (ikut beberapa ekor yang sepadan untuk bilangan roll anda nanti) – kepala dan air rendaman udang jangan dibuang sebab nak guna dalam sambal dan sos kicap nanti
Cara penyediaannya:
▶️ Keluarkan beberapa keping spring roll dan rendamkan dalam air biasa sehingga lembut.
▶️ Jangan rendam terlalu lama sebab spring roll ni lembut je.
▶️ Kemudian ambil tudung periuk, dan letakkan spring roll yang dah direndam tadi.
▶️ Susunkan udang yang dah dibersihkan di atas spring roll tu, dan kukus selama 3 minit.
▶️ Agak spring roll tu dah nampak macam kueh teaw, boleh angkat dan gulungkan seperti dalam gambar.
▶️ Dah siap boleh ketepikan.
Bahan-bahan untuk sambal cicah:
- Bawang putih 5 ulas
- Bawang merah 1 biji saiz sederhana
- Cili kering sedikit
- Udang kering atau ambil kepala udang yang dah digunakan dalam spring roll tadi yang dah dibuang kulitnya.
Cara masak sambal:
▶️ Potong mayang bawang putih dan bawang merah.
▶️ Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng bawang-bawang dan cili kering sehingga garing kesemuanya.
▶️ Selepas tu masukkan pula kepala udang. Kepala udang ni cepat garing, jadi dia dimasukkan lambat berbanding bawang dan cili tadi.
▶️ Seterusnya angkat bahan-bahan ni dan sejukkan sekejap. Kemudian kisar pakai blender sehingga hancur.
▶️ Panaskan minyak kat kuali, dan masukkan bahan yang dah dikisar ni. Tumis sehingga naik minyak dan masak.
▶️ Dah siap boleh angkat.
Bahan-bahan untuk sos kicap:
- Air rendaman kepala udang (masa basuh udang tadi, airnya disimpan sikit. Tapi kalau nak pakai air biasa pun tak apa)
- Kicap manis sesenduk
- Sos tiram 1 sudu
- Gula 1 sudu (terpulang nak letak ke tak sebab kicap dah manis)
- Bawang putih 2 ulas yang dah diketuk
- Minyak bijan (kalau tak ada pun tak apa)
Cara buat sos kicap:
▶️ Mula-mula sediakan kuali.
▶️ Masukkan air rendaman udang, kicap, sos tiram, gula, dan bawang putih.
▶️ Kemudian masukkan sikit minyak bijan.
▶️ Kacau sekata, dan nyalakan api dan didihkan.
▶️ Dah siap boleh padam api dan angkat.
▶️ Dalam mangkuk hidangan, letakkan spring roll udang, dan tuang sos kicap. Hidangkan sekali dengan sambal digoreng tadi.
▶️ Hiaskan sikit dengan daun sup, bawang goreng atau bijan.
BACA JUGA: Resepi Bread Butter Pudding Terlajak Sedap! Nampak Mewah Dengan Bahan Tambahan!
Wahh, berselera tengok. Sambal dan sos kicap tu yang buatkan rasanya lagi kick bila dimakan dengan spring roll udang yang lembut.
Sedap kalau buat hidangan minum petang ni. Rasanya manis-manis pedas. Tak perlu letak sos kicapnya lebih-lebih. Cukup sekadar digaul dan rendam sikit dalam spring roll tu. Masuk je mulut terus rasa melting.
Pada yang belum pernah cuba, try lah buat resepi chee cheong fun udang ni. Memang mengalahkan edisi ipoh punya tau. Pasti anda suka. Selamat mencuba!