Pernah tak anda makan masakan teriyaki? Tak kira dimasak dengan daging atau ayam. Masakan teriyaki ni berasal dari Jepun dan amat sedap dengan sosnya yang pekat, manis dan wangi. Kali ni jom ikuti perkongsian resepi daging teriyaki yang sedap dan mudah untuk disediakan ni.
Sebenarnya teriyaki ni ada maksudnya dalam bahasa Jepun. Iaitu gabungan yaki iaitu ‘panggang/goreng’ dan juga ‘sos teri’. Sos teri ni ialah campuran dari sos soya dan sake iaitu sejenis wain Jepun. Tapi bila dah dikenali di Malaysia, sosnya tu diubah suai resepinya bersesuaian dengan masyarakat kita.
Sedap juga bancuhan sos teri ‘versi Malaysia’ ni. Jadi, bila gabungkan dengan gorengan daging, lagi bertambah padu rasanya.
Resepi daging teriyaki yang sedap dan mudah ni dikongsikan oleh page Seismik Makan. Hidangan ni memang nampak sangat menyelerakan dengan campuran beberapa jenis sayuran.
Kuah sosnya dimasak pekat dan rasa manis. Nanti dalam masakan akan dimasukkan sekali sedikit lada hitam untuk menambahkan rasa bahang dan pedas dalam masakan.
RESEPI DAGING TERIYAKI SEDAP DAN MUDAH
Kalau makan lauk daging teriyaki ni, biasanya dihidangkan dengan nasi putih tanpa perlu hidangan lauk lain dah. Memang sedap dan membangkitkan selera.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Air ½ cawan
- Kicap cair ¼ cawan
- Gula perang ½ cawan
- Halia 1 inci
- Bawang putih 4 ulas
- Madu 2 sudu besar
- Air tepung jagung ¼ cawan
- Minyak 2 sudu besar
- Daging lembu 500 gram
- Lada hitam secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Brokoli 1 cawan
- Lada benggala merah ½ biji
- Lada benggala kuning ½ biji lada
- Biji bijan 2 sudu kecil
Cara masak daging teriyaki:
▶️ Mula-mula sediakan periuk kecil untuk buat sosnya.
▶️ Masukkan air ½ cawan ke dalam periuk bersama dengan kicap cair, gula perang, halia, bawang putih dan juga madu.
▶️ Kemudian pasangkan api dan renehkan campuran bahan ni dengan api yang kecil je.
▶️ Setelah mendidih, masukkan bancuhan air tepung jagung. Dan kacaunya sehingga sos menjadi pekat. Kemudian ketepikan.
▶️ Dalam kuali, panaskan minyak 2 sudu besar. Dan masukkan daging. Masak daging sehingga warna keperangan.
▶️ Kemudian masukkan brokoli, lada benggala merah dan kuning. Kacau sekata.
▶️ Masukkan sos teriyaki dan juga biji bijan. Kacau sehingga semuanya sebati dan biarkan masak seketika.
▶️ Bila daging dan sebati dengan sos, perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa.
▶️ Dan masak lagi selama 5 minit.
BACA JUGA: Resepi Tofu Beef Stew Atau Sundubu Jjigae. Makan Sup Pedas Korea Yang Wajib Cuba!
▶️ Bila dah masak dan empuk sepenuhnya, boleh padamkan api.
▶️ Sedia untuk dihidangkan.
Nyummyy.. Tengok je pun dah tergoda. Kalau hidangkan dengan nasi panas, memang berselera bila gaulkan kuah sos teri ni bersama nasi. Makan pula dengan daging yang memang sedap. Confirm makan bertambah-tambah punya.
Kalau anda lebih suka ayam, boleh gantikan je dengan ayam dan masak dengan step yang sama. Mudah je kan. Boleh buat untuk hidangan sekeluarga. Jangan lupa mencubanya!