Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-UBHIcQ.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-UBHIcQ.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Sotong Sos Thai Terlajak Sedap. Rasa Pedas-Pedas Masam Macam Kedai Thai.

0 866

Kalau Pergi ke restoran Thai, tak sah kalau tak order makanan seafood masak pedas. Dengan masakannya cukup rasa masam, manis, masin dan wangi. Memang kena sediakan nasi tambahlah jawabnya. Resepi sotong sos Thai ni salah satu masakan Thai yang wajib anda cuba.

Dia punya pedas tak ingat dunia. Kalau anda memang jenis selera makanan Thai, tahulah macam mana nikmatnya rasa pedas dan masam kuah tu bila dihirup. Tapi kali ni resepi sotong sos Thai ni tidaklah diikut bulat-bulat dari restoran Siam sebab ikut suka kita nak rasa tahap pedas macam mana.

Nak kurang atau lebih pedas, atau nak lebihkan masam manis, semua terpulang pada selera masing-masing. Tapi rasanya masih tak lari dari resepi yang sebenar. Perkongsian resepi sotong sos Thai ni ialah daripada Saleh Maarof.

Kalau sekali pandang hidangannya memang tergoda. Apatah lagi kalau dah cuba. Lepas ni kalau teragak nak makan, masak sendiri je. Tak perlu makan kat kedai lagi.

Tapi perlu diingatkan. Masak sotong ni tak perlu lama sebab sotong akan keras. Jadi, masakkan sekejap je atas kuali, kemudian dah boleh angkat. Selepas tu baru curahkan sosnya.

 

RESEPI SOTONG SOS THAI TERLAJAK SEDAP

Untuk rasa pedas dan masam nanti, anda boleh adjust ikut citarasa sendiri. Kalau nak lebih, lebihkan cili. Kalau sukakan lebih masam masin, boleh lebihkan perahan limau dan juga sos ikan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Sotong segar
  • Cili api merah dan hijau (campurkan untuk meriahkan hidangan)
  • 6-7 ulas bawang putih
  • Sos tiram 1 sudu
  • 3 sudu gula
  • Garam secubit (secukup rasa)
  • Sos ikan
  • Jus limau nipis
  • Daun ketumbar dipotong halus

Cara masak sotong sos Thai:

▶️ Cuci bersih sotong. Kemudian kelarkannya. Jangan potong.

▶️ Kemudian masakkan sekejap je untuk keringkan air sotong. Terbalik-terbalikkan.

▶️ Angkat dan toskan. Jangan masak terlalu lama.

▶️ Kemudian sediakan sosnya pula.

Cara penyediaan kuah sos Thai:

▶️ Mula-mula tumbuk kasar cili api (tak terlalu hancur).

▶️ Masukkan pula bawang putih dan tumbukkan sekali.

▶️ Masukkan bahan tumbuk ni ke dalam mangkuk. Dan masukkan juga ke dalamnya sos tiram, sos ikan, garam dan gula secukup rasa.

▶️ Perahkan jus limau nipis. Masuk sikit-sikit dulu dan rasa masamnya.

▶️ Dan akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar. Gaul sebati.

▶️ Lihat kuahnya. Kalau nak kuah lebih, masukkan lagi sos ikan dan perahan limau nipis. Kalau nak kan pekat boleh kurangkan sos ikan. Adjust ikut selera anda.

▶️ Rasa kuah sos ni ada masam, masin, manis dan pedas.

 

BACA JUGA: Resepi Kerabu Maggi Thai Power Dan Super Sedap! Rugi Kalau Tak Cuba.

 

▶️ Dah cukup berasa semua, boleh curahkan atas sotong tadi.

▶️ Dah siap. Sedia untuk dihidangkan.

Tengok pun dah kecur air liur kan. Boleh bayang dah macam mana rasanya. Makan dengan nasi sedap. Kalau nak ratah macam tu je pun enak.

Sos Thai ni kelebihannya bukan je setakat sedap makan dengan sotong, kalau nak hidangkan dengan daging, kambing bakar dan udang pun sedap dan menyelerakan. Bolehlah lepas ni anda mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.