Warning: fopen(/tmp/b7d7b3d14b83e5fa52b0e8695277e71e-sey51v.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/b7d7b3d14b83e5fa52b0e8695277e71e-sey51v.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Udang Goreng Butter Mudah Dan Sedap. Confirm Makan Sampai Licin!

0 1,448

Bagi penggemar udang, selalunya kalau ada udang kat rumah anda masak apa? Masak sambal, gulai, tomyam, goreng tepung, atau apa lagi? Pernah tak cuba resepi udang goreng butter, atau bahasa orang putihnya butterprawn?

Kalau anda tak pernah makan udang masak butter ni, masakan ni sebenarnya sedap dengan rasa berlemak, pedas dan wangi dek aroma daun kari dan udang butter tu sendiri.

Udangnya akan diperap sekejap dulu, kemudian akan digoreng dengan tepung jagung sikit. Sedap bila dimakan garing dan rangup.

Yang menariknya, masakan butter ni dimasak dengan telur dalam bentuk hidangan macam sarang. Orang panggil sarang telur. Memang terbaik kombinasi udang butter dengan sarang telur ni.

Dah banyak perkongsian resepi udang goreng butter yang orang buat. Salah satu anda boleh ikut ialah resepi dari Wan Luqman ni. Sangat simple dan mudah je cara membuatnya.

 

RESEPI UDANG GORENG BUTTER

Untuk buat sarang telur yang akan disalutkan atas udang nanti, telur yang akan digunakan ialah telur kuning sahaja. Kalau banyak udang yang dimasak, banyaklah telur yang perlu anda gunakan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Udang 8 ekor
  • Minyak masak 2 cawan (boleh kurangkan 1 cawan je)
  • Butter / marjerin 3 sudu besar
  • Nampla (sos ikan)
  • Lada sulah
  • Tepung jagung sikit
  • Gula ½ sudu kecil
  • Serbuk pati ayam / garam ½ sudu kecil
  • Cili padi (ikut pedas mana nak)
  • Daun kari sedikit
  • 4-5 biji kuning telur

Cara buat udang goreng butter:

▶️ Mula-mula masukkan udang dalam mangkuk dan tuangkan nampla dan lada sulah sikit. Kemudian perap sekejap udang tu.

▶️ Selepas tu, taburkan sikit tepung jagung dan seratakan pada semua udang.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng udang tersebut.

▶️ Tak perlu lama sangat. Bila udang dah masak, boleh angkat dan toskan.

▶️ Kemudian dalam minyak yang banyak, masukkan butter / marjerin. Dan biarkan sehingga butter mencair.

▶️ Seelok pakai kuali yang lombong dan besar sikit supaya mudah nanti proses mengacau telur.

▶️ Selepas butter dah mencair, tuangkan 4-5 biji telur kuning, sikit demi sedikit sambil tangan lagi satu mengacau telur dalam kuali tanpa henti. Ini tujuan untuk hasilkan sarang telur.

▶️ Kacau sentiasa telur tu dalam api yang sederhana.

▶️ Ketika proses mengacau telur tu, masukkan sekali gula dan stok ayam.

▶️ Kemudian dalam hujung-hujung telur nak mengembang tu, masukkan pula daun kari dan cili padi.

▶️ Tangan mungkin akan lenguh sikit sebab nak pastikan telur betul-betul mengembang. Jadi kena sentiasa kacau.

▶️ Bila telur dah kembang, boleh padamkan api. Dan tuangkan atas udang yang dah digoreng tadi.

▶️ Dah siap. Sedia untuk dihidangkan.

Fuhh, kalau dapat ratah udang goreng butter ni macam tu je memang puas. Bila masuk ke mulut, bau aroma butter, udang dan daun kari tu yang menangkap selera.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Panggang Black Pepper Sedap Dan Juicy. Rasa Perapannya Sampai Ke Dalam Isi!

 

Sarang telurnya pun sedap dan cukup berasa. Bila dimakan dengan udang yang garing tadi, memang nikmat sungguh.

Lepas ni kalau ada udang kat rumah, bolehlah cuba resepi udang goreng butter ni. Pasti anda berpuas hati. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.