pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Roti Sandwich Omelette Ayam Ham. Sedap Gila! Rugi Tak Cuba.

0 3,623

Nama je roti sandwich, tapi bukan biasa-biasa tau. Ada banyak bahan dia, dan rasanya letops habis. Makan 1 keping je memang tak cukup. Rugi kalau tak cuba! Cara buat roti sandwich omelette ni senang je sebenarnya.

Boleh buat hidangan minum petang atau sarapan pagi. Kalau nak buat makan malam pun sesuai juga sebab roti sandwich ni mengenyangkan. Yang lagi sedap tu, sebab ada kepingan cheese sekali di dalamnya.

Resepi roti sandwich omelette dari Nurul Ateekah ni memang nampak menyelerakan. Setiap hidangan 1 set sandwich, gunakan 2 keping roti dan 1 biji telur.

Lepas tu, bahan-bahan bancuhan untuk isinya dibancuh sekali untuk sekali banyak hidangan. Senang je kan nak membuatnya.

Bukan tu je. Bahan perasanya pun boleh tahan juga. Sedap, dan ada rasa bahang pedas. Kalau tak nak makan pedas pun boleh. Ubah suai bahan mengikut citarasa sendiri. Jom lihat resepinya.

 

RESEPI ROTI SANDWICH OMELETTE AYAM HAM

Bahan bagi isi dan perasa untuk sandwich ni memang banyak dari sandwich biasa orang buat. Tapi berbaloi sebab rasanya sangat sedap dan mengenyangkan.

Bahan-bahan:
  • Roti
  • Chicken ham
  • Daun ketumbar
  • Cili hijau
  • Capcicum yellow
  • Bawang merah
  • Telur
  • Cheese
  • Mayonnise
  • Serbuk Kari
  • Serbuk lada putih
  • Serbuk knorr

Cara buat roti sandwich omelette:

▶️Mula-mula masukkan kesemua bahan (kecuali roti, chicken hum dan mayonis) ke dalam mangkuk. Dan ketuk atau gaul sampai sebati.

▶️ Lepas tu, dalam kuali, panaskan sikit minyak dan masak sekejap chicken hum. Kemudian ketepikan.

▶️ Seterusnya buat bahan omelettenya pula. Panaskan sikit minyak kat kuali, kemudian masukkan bahan bancuhan telur tadi ke dalamnya.

▶️ Masak pakai kuali leper supaya mudah telur nak melebar.

▶️ Lepas tu, terbalikkan telur dan masak bahagian bawah pula. Dalam masa yang sama, tepekkan sekeping cheese di atasnya.

▶️ Di atas cheese, letakkan pula chicken hum yang dah digoreng sekejap tadi.

▶️ Selepas tu, sapukan butter pada roti. Letakkan juga mayonis.

▶️ Kemudian roti tu letakkan atas chickum hum tadi. Balik-balikkan roti untuk masak dan garingkan bahagian atas dan bawah.

▶️ Dah siap bolehlah angkat, dan potong dua supaya mudah nak makan.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

Mudah je kan nak membuatnya! Anak-anak pasti suka. Untuk resepi sandwich ni sebenarnya bahan-bahan isi tu bergantung juga pada selera masing-masing.

 

BACA JUGA: Cara Buat Keropok Lekor Sedap Dan Lembut. Mudah Je Bahan Yang Digunakan Rupanya!

 

Mungkin ada yang tak suka atau kurang makan pedas, jadi, boleh buang bahan cili hijau. Begitu juga sebaliknya.

Ada juga mungkin yang tak sukakan mayonis, jadi boleh gantikan dengan bahan cecair atau apa-apa sahaja sos yang anda suka.

Namun, kalau anda ikut betul-betul resepi cara buat roti sandwich omelette ni, pasti berpuas hati. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.