Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Panggang Black Pepper Sedap Dan Juicy. Rasa Perapannya Sampai Ke Dalam Isi!

0 2,039

Tiap kali terbayang ayam panggang je, terus teringat ayam panggang Kenny Rogers. Musim-musim pandemik ni, nak keluar makan di kedai beramai-ramai dengan keluarga pun susah. Apa kata jom buat sendiri resepi ayam panggang black pepper sedap macam Kenny Rogers ni.

Buat sekali seekor ayam untuk santapan keluarga. Puas dapat makan beramai-ramai. Resepi ni ada dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Sekali pandang je, pasti buat anda telan air liur.

Walaupun ayamnya seekor besar, ada cara untuk perap ayam yang boleh rasa bahan perapannya sampai ke isi. Bahan yang digunakan pun cukup rasa pedas cili dan lada hitam, wangi herba dan juicy.

Sedap kalau makan ratah macam tu je. Dan kalau nak makan dengan nasi pun boleh juga. Boleh tambah kentang dan sayuran, dan bakarkan sekali dengan ayam dalam ketuhar.

Bahan-bahan yang digunakan pun tak lah banyak mana. Dan mudah je nak dapatkan di mana-mana pasaraya. Jom lihat resepinya.

 

RESEPI AYAM PANGGANG BLACK PEPPER

Nak perap ayam ni tak mengambil masa begitu lama. Cukup 2-3 jam je. Dengan bahan perapan ayam tu dah buatkan ayam cukup berasa dan juicy.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 ekor ayam (lebih kurang berat 800g-1000g)
  • Bawang holland ½ biji
  • 3 ulas bawang putih

 

Bahan perapan:
  • Bawang putih 2 ulas (dicincang)
  • Halia 2cm (ditumbuk)
  • Serbuk lada hitam 1 sudu besar
  • Serbuk paprika 1 sudu kecil
  • Serbuk cili 1 sudu kecil
  • Basil kering 1 sudu kecil
  • Oregano kering 1 sudu kecil
  • Thyme kering 1 sudu kecil
  • Jus perahan air lemon 1 sudu besar
  • Serbuk perasa Knorr 1 kecil
  • Garam (boleh agak-agak secukup rasa)
  • Butter 2 sudu besar

Cara perap dan bakar ayam:

▶️ Mula-mula masukkan kesemua bahan perapan di atas ke dalam mangkuk. Kemudian gaulkan sekata.

▶️ Letakkan ayam seekor yang dah siap dicuci dalam loyang.

▶️ Lubangkan ayam dengan garfu supaya nanti bahan perapan meresap ke dalam isi.

▶️ Seterusnya, sapukan bahan perapan tadi pada ayam sehingga rata.

▶️ ½ biji bawang holland dan 3 ulas bawang putih tadi akan dimasukkan ke dalam ayam, dan kaki ayam tu ikat dengan benang.

▶️ Kemudian perap ayam ni. Sediakan plastik wrap atau penutup apa yang sesuai. Dan perap selama 2-3 jam sebelum bakar.

▶️ Lepas perap, panaskan siap-siap oven pada suhu 210c.

▶️ Tapi sebelum tu, kalau anda nak masukkan kentang dan sayuran seperti kobis bunga, lobak merah dan bawang holland, masukkan kesemua bahan ni dalam satu mangkuk.

▶️ Kemudian sapukan olive oil padanya dan taburkan sikit garam serta serbuk lada hitam.

▶️ Lepas tu masukkan sekali dalam loyang ayam untuk dibakar bersama.

▶️ Bakar ayam ni selama 30 ke 40 minit atau sampai masak.

▶️ Nanti minyak akan keluar daripada ayam. Ambil minyak ni dan curah-curahkan kat ats permukaan ayam yang sedang dibakar.

▶️ Dah masak, keluarkan dari oven, dan sedia untuk dijamah sekeluarga!

Fuhh, betul-betul sedap dan menaikkan selera kan. Ayam panggang macam ni memang sedap kalau disediakan untuk santapan keluarga. Anak-anak mesti suka.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Bbq Madu Berempah. Cara Buat Bahan Perapan Yang Paling Sedap!

 

Nak ikukan cara penyediaannya senang je. Hanya gaul-gaulkan bahan, perap dan bakar. Tak perlu pun menghadap dapur lama-lama.

Lepas ni, waktu hujung minggu bolehlah buat resepi ayam panggang black pepper sedap ni untuk jadikan menu istimewa keluarga. Jangan lupa share kat Facebook masing-masing ya. Supaya dapat manfaat perkongsian bersama. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.