Nampak je kuah kacang terus teringat hari raya. Tapi tahun ni agak-agak dapat raya ke tak kan. Apa-apa pun makanan wajib ada iaitu kuah kacang ni kenalah sediakan nanti.
Cuma sekarang ni, nak makan kuah kacang, nasi impit, tak perlu tunggu raya dah. Rasa nak makan, boleh buat sendiri je dari dapur masing-masing.
Kuah kacang memang penting dalam satu-satu hidangan. Kalau kuah kacang gagal, maka rosaklah rasa makanan tersebut.
Nak tak saya kongsikan macam mana nak buat kuah kacang guna air fryer? Memang memudahkan dan cepat kerja kita. Tapi lepas guna air fryer tu, tetap kena masa katas api. Baru menjadi. Gunakan air fryer untuk part paling lama je.
Resepi yang dikongsikan oleh Dapur Kak Aya ni merupakan milik Cik Puan Aya Chalo. Memang mudah betul cara nak buat dia. Lepas ni semua orang pun boleh buat kuah kacang yang super sedap ni.
RESEPI KUAH KACANG SEDAP
Selain makan dengan nasi impit, kuah kacang ni sedap juga dimakan dengan rojak mee ataupun makan dengan sate.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 500 gram kacang tanah berkulit
- 6-7 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 cm halia
- 3 cm lengkuas
- 3 batang serai
- 1 genggam udang kering
- Gula merah
- Cili boh / cili kisar
- Minyak
- Garam
- Serbuk perasa
CARA PENYEDIAAN KUAH KACANG :
▶ Mula-mula sekali, basuh dan toskan seketika bahan-bahan kering
▶ Kemudian, sangai atau goreng tanpa minyak. Lebih mudah, masukkan je dalam air fryer sahaja selama 20 minit. Bahan-bahan kering tu ialah kacang tanah, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan udang kering
▶ Setkan air fryer pada suhu 140’c selama 20 minit dan bukak beberapa kali untuk goncangkan supaya ianya masak sekata
▶ Kemudian, masukkan semua bahan tersebut dalam blender kering. Atau jika ada food processor pun juga boleh digunakan
▶ Kisar sampai hancur atau tahap hancur yang kita suka. Ada yang suka tak terlalu hancur dan ada yang suka betul-betul hancur
▶ Seterusnya, masukkan dalam kuali semua bahan tadi. Masukkan juga bersama bahan-bahan lain. Jangan lupa minyak dan juga air.
▶ Jika suka versi tumis, tumis dulu bahan rempah baru masukkan bahan lain seperti kacang dan juga air ye.
▶ Masak sampai lah kuah jadi pekat dan bertukar menjadi warna pekat.
▶ Jika terlalu pekat boleh tambahkan air. Jika terlalu cairkan keringkan sedikit. Boleh sahaja tambah minyak jika tidak mencukupi.
▶ Rasa semua dah okay, bolehlah padamkan api.
Alang-alang dah ada kuah kacang ni kena lah ada mee rojaknya kan. Baru sedap buat untuk makan petang.
BACA JUGA: Resepi Pucuk Ubi Goreng Ikan Bilis Sedap Dan Terangkat. Wajib Cuba Menu Ni!
Tak susah nak sediakan bahan rojak mee ni.
Antara yang wajib ada ialah :
- Mee kuning. Celur sehingga sedikit lembut dan buang bau dan rasa kapurnya
- Daging rebus. Hiris nipis-nipis je tau
- Telur rebus
- Timun
- Tauhu
Hidangkan dalam satu pinggan dan tuang kuah kacang ke atasnya. Sedapnya dapat makan bersama keluarga. Haa, sebenarnya nak buat kuah kacang yang sedap ni, macam tu je rahsia dan caranya.
Yang penting kalau ada udang kering tu laaagi sedap dan rasa kuahnya. Nak buat untuk menjual pun boleh gunakan resepi yang saya kongsikan ni.
Kalau korang buntu nak buat apa untuk minum petang, bolehlah sediakan mee rojak dengan kuah kacang ni.
Jangan lupa kongsikan dekat wall facebook masing-masing ye supaya lepas ni senang nak buat rujukan jika berkelapangan nak buat. Selamat mencuba semua!
Comments are closed.