Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Bakar Ala-Ala Kenny Rogers. Ayam Dimasak Juicy Dengan Sos Yang Hangat!

0 1,055

Bila lihat hidangan ayam bakar yang super marvelous ni, terasa wajib untuk kongsikan resepi ni pada anda semua. Rugi kalau tak cuba resepi ayam bakar ala-ala Kenny Rogers yang disaluti sos hangat lada hitam ni. Sekali makan, pasti tak kan lupa rasa ayam bakarnya yang dimasak enak dan juicy.

Resepi ayam bakar Kenny Rogers yang dikongsikan oleh Fazreen Saini ni rasa istimewa sebab bahan perapan yang diolah menjadi kaw. Cukup rasa pedas dan bahang lada hitam serta rasa manis-manis manja yang memikat selera.

Bak kata orang kalau nak rasa bahan perapan yang strong dan kaw, jangan kedekut bahan. Resepi ni memang gunakan extra sos dan beberapa bahan tambahan pedas untuk menaikkan lagi rasa. Tapi bahan-bahan ni sebenarnya yang biasa ada di dapur dan mudah untuk disediakan.

Kalau sekali pandang je memang terus tergoda. Boleh jadikan hidangan istimewa keluarga pada hujung minggu. Lagi-lagi musim pandemik ni, sebaiknya masak sendiri di rumah, malah boleh berjimat.

Nak lagi special, boleh buat sayur atau kentang express sebagai makanan sampingannya. Barulah betul-betul rasai hidangan seperti di restoran.

 

RESEPI AYAM BAKAR ALA-ALA KENNY ROGERS

Untuk resepi yang dikongsikan ni sesuai untuk hidangan seekor ayam ikut bahagian mana anda suka. Dalam resepi ni gunakan semua bahagian peha yang menjadi kegemaran ramai.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan ayam panggang:
  • Ayam 1 ekor
  • Tomato 1 biji
  • Kentang 2 biji (dipotong 8 supaya mudah empuk)
  • Brokoli rebus

 

Bahan kisar:
  • Bawang merah besar 1 biji (optional. Tak nak letak pun tak apa)
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia ½ inci (optional juga)
  • Lada hitam biji 3 sudu besar

 

Bahan campuran:
  • Cili api 3-5 tangkai (untuk extra pedas)
  • Serbuk cili 2 sudu besar
  • Sos cili 5 sudu besar
  • Sos tomato 5 sudu besar
  • Sos tiram 5 sudu besar
  • Madu 2 sudu besar
  • Gula putih atau gula perang 1 sudu besar
  • Garam 1 sudu besar
  • Kiub pati ayam ½ kiub
  • Sedikit mentega atau minyak zaitun

Cara buat ayam ala-ala Kenny Rogers:

▶️ Kisar hancur kesemua bahan kisar.

▶️ Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama dengan semua bahan campuran. Kemudian masakkan atas api.

▶️ Bila adunan dah sebati, padamkan api dan sejukkan sekejap.

▶️ Lepas tu tuangkan adunan ke dalam dulang ayam yang dah disusun. Perap sekurang-kurangnya sejam. Tapi kalau lama lagi sedap.

▶️ Masukkan juga kentang dan juga tomato yang dah dipotong kecil.

▶️ Kemudian masukkan minyak atau mentega.

▶️ Dan bakar pada suhu 200’c selama sejam atau sehingga masak.

▶️ Dah siap ayam bakar ala-ala Kenny Rogers yang super sedap ni.

Sebelum hidangkan tu, kukuslah dulu brokoli untuk lembutkannya. Yang ni untuk hidangan sampingan. Boleh juga buat kentang putar.

 

BACA JUGA: Cara Buat Ayam Goreng Lebih Sedap Dan Wangi Dari Ayam Goreng Biasa. Mudah Je!

 

Untuk buat kentang putar atau kentang express pula, kisarkan je kentang yang dibakarkan sekali dengan ayam tadi. Letakkan sikit bahan perapan yang dah masak tadi. Jangan letakkan banyak supaya rasa kentang lebih original.

Nak lebih menarik ayam bakar tu, lepas je kita bakarnya selama 30 minit, boleh letakkan lagi minyak atau mentega beserta bahan perapan ayam tadi, kemudian sambung semula bakar. Ini bertujuan untuk menambahkan lagi rasa dan nak elakkan ayam kering.

Nanti jangan lupa mencubanya. Tapi sebelum tu kongsikan dulu resepi ayam ala Kenny Rogers ni di wall Fb anda supaya dapat manfaatnya bersama. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.